Pengikut

Selasa, 5 September 2017

Jika lambat bertemu jodoh, ingatlah...



Assalamualaikum

Terjumpa kenalan seorang yang sangat lembut tutur bicaranya. Sopan dan penuh karisma di mata aku. Kami bertiga sedang duduk menunggu makanan. 

Tiba-tiba Hanif berbicara :

Kak Nida, apa rahsia cepat dapat jodoh ? Tengok akak alhamdulilah senang dapat jodoh. Tak pernahlah tengok dating. Tup tup dah kawin. Kagum dengan akak.



Tidaklah nif, akak ini tak pandai macam anak muda sekarang bercinta. Tetapi Akak lebih yakinkan hati untuk yakinkan hati untuk percaya Allah.Percaya dengan takdir Allah, berusaha membaiki diri dan tawakal pada Allah. Cepat jodohnya ada ujiannya.Lambat jodohnya ada ujiannya. Bila dah kawin bukan bererti kita dah berjaya dan gah hakikatnya banyak ujian yang pernah di tempuhi.Balas kak Nida.

Betul tu kak, tapi bagaimana nak yakinkan hati ? Balasku.

Perbanyakkan zikir dan jauhi prasangka buruk pada orang lain. Paling penting dekatkan diri pada Allah. Ya latif, ya latif..

Yakinkan hati bahawa apa pun jua Allah selalu ada dengan kita.Balasnya lagi. 

Tapi kak, kalau jodoh kita lambat.Usia pun makin bertambah bukan mudah nak cari sekarang ini.Balas Hanif.

Tengok dah ada ragu, yakin hati. Allah kan dah takdirkan untuk kita. Kita berusaha selebihnya serahkan pada Allah.Balas kak Nida. 

Jika lambat bertemu jodoh, ingatlah kepada Saidatina Khadijah dengan kesabarannya beliau bertemu jodoh dengan Insan yang amat mulia.

Jika tidak bertemu jodoh, maka ingatlah kepada Siti Maryam yang mana Allah SWT mengangkat kedudukannya yang amat mulia di dunia dan di Syurga.

Sabar, sabar dan berusaha . Selebihnya bertawakal kepadaNya.Balasku. 




Share This!


6 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian. insyaAllah, sabar itu indah.

    BalasPadam
  2. In shaa Allah, betul tu Acik. Sabar, usaha dan tawakkal.. mudah2an Allah kurniakan yg terbaik... aamiin.

    BalasPadam
  3. InsyaAllah.. Sabar dan berusaha. :)

    BalasPadam
  4. jodoh tu rezeki dan rezeki tak pernah salah alamat. tak cepat dan tak lambat.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails