Ticker

6/recent/ticker-posts

Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?


Alhamdulilah masih bernafas di muka bumi Allah ini ucapkan syukur kehadratnya atas nikmat yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas nabi muhammad saw. Hari ini acik tidak berniat menaip di blog ini, tetapi niat itu bertukar apabila mendapat tahu tentang pekhabaran yang kurang baik. Kawin di usia muda banyak cabarannya yang perlu di hadapi , tetapi kawin perlu ada ilmu. Jadi acik karangkan sedikit cerita untuk kamu ambil iktibar atas apa yang berlaku, baru kawin ini perlu kawal emosi dan amarah. 

Sepasang kekasih muda saling mencintai satu sama lain, kisah pencintaan mereka berakhir ke jinjang pelamin. 

Ketika di ruang tamu

Hawa: Pada abang siapa saya di hati abang ?
Adam: (Berfikir sejenak, lalu menatap hawa dengan penuh kasih sayang) Awak pastinya Jodoh yang telah di tetapkan oleh Allah untukku dan pemilik tulang rusukku!
 Hawa: alhamdulilah ya ALLAH

Setelah menikah , pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis bersama. Setelah berbulan masa berlalu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran wanita tersebut lari keluar dari rumah. Saat di pintu rumah, dia berteriak “Abang tidak cinta saya lagi sepertimana kali pertama kita bertemu!!!”.

Si Adam sangat membenci ketidakdewasaan Hawa dan secara spontan juga berteriak “Aku Menyesali Kawin Dengan Engkau ! Kau ternyata bukan tulang rusukku!!!”
 
Secara tiba-tiba hawa perlahan langkahnya ,terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. Si Adam tergamam seketika apabila mengimbas kembali kata-katanya dan menyesali akan apa yang sudah dia katakan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk di ambil kembali. Dengan berlinang air mata, Hawa kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. 

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing” .
 
3 tahun telah berlalu setelah mereka bercerai.
 
Adam masih belum menikah, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan tentang bekas isterinya. Dia dapat tahu bahawa bekas isterinya pernah berkahwin dengan seorang lelaki dan telah bercerai . Adam sangat kecewa  mengetahui Hawa tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya.

Tetapi Adam tidak sanggup mengakui bahawa dia sangat merindukan Hawa.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

Adam : Apa khabar?
Hawa: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
Adam : Belum.
Hawa : Saya akan terbang ke Perth dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu ada waktu. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

  Hawa tersenyum manis, kemudian berlalu mengucapkan ‘SELAMAT TINGGAL..’

Satu minggu kemudian, Adam menerima khabar bahawa Hawa telah menjadi korban kemalangan kereta di Perth . Malam itu, sekali lagi, Adam meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Hawa, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan dan sakiti.

Ini hanya sekadar cerita yang reka, untuk pengajaran bersama, Kita selalu melampiaskan 99% kemarahan kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat,Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,apakah kata-kata yang kamu ucapkan adakah akan menyakiti orang yang dicintai? sebagai manusia jika kita merasakan akan menyakitinya,sebaiknya jangan pernah dikatakan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berpikirlah, apakah kata-kata yang akan diucapkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W

Semoga kita muhasabah diri dan memperbaiki diri kita, jangan jadikan orang yang kita sayang itu untuk kita menjadikan mangsa kemarahan kita. Gunakan konsep terima dia seadanya, jadikan Al quran dan sunnah itu sebagai panduan hidup kita pastinya hidup akan aman bahagia walaupun ujian datang melanda. In sha ALLAH.

Catat Ulasan

5 Ulasan

dd berkata…
Belum lagi jumpa tulung rusuk saya.. Harap dapat jumpa dalam masa terdekat ni ;)
Humaira berkata…
Hmm..ingt khwin main2 ke..bkn utk cri tulang rusuk msing2 je...huhu..khwin nie ad tggjwb yg perlu dilaksanakan drpd rsa hti semata2..smoga kita dipertemukn jodoh yg memahami dan menerima apa adanya lalu sling melengkapi
MasturaDin berkata…
Perkongsian yg menarik...
Unknown berkata…
Hmm..ingt khwin main2 ke..bkn utk cri tulang rusuk msing2 je
شركة نقل عفش بالرياض