Pengikut

Sabtu, 11 November 2017

Kau berbisik pada bumi, tetapi Didengari oleh Langit


ehsan google

Assalamualaikum

Aku faham setiap kita ada kisahnya, ceritanya,impiannya dan cintanya. Aku sedang menjalani sebagai seorang hamba biasa mencari keredhaanNya. 

Hidup ini tidak semua yang kita mahukan itu akan kita dapatkan. Mungkin 1/10 mungkin 0/10 yang kita akan dapatkan. Gentuman hati berbisik helaan nafas marah pada takdir. 

Muram muka,hati rasa gundah. 

Ya rab, mudahnya rezeki mereka yang lain. Bahagia, mendapatkan cintanya, hidup mewah. 

Sedangkan aku ? 

Bertarung demi sesuap nasi. 

Adakah aku dan mereka senasibku tidak mencuba dan berusaha?  

Jawapannya hanya kami yang faham,kami yang rasa. Di situlah ujian Allah untuk aku dan kamu. Mengukuhkan iktikad apa yang di lafazkan seiring dengan perbuatan. Iaitu yakin penuh hati bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki dan segala sesuatu itu Allah telah aturkan terbaik untuk kita.

Aku manusia biasa, 
ada tika iman meninggi, 
Ada tika jatuh menyembah ke bumi.

Tetapi itu bukan alasan untuk aku mengukuh kata-kata.Selagi bernyawa akan aku cuba yang terbaik.

Ada masanya ujian itu datang bertimpa-timpa, seperti tak mampu untuk hadapinya. Susah,sukar ya rab.

Jangan jauh darinya, semakin kau di uji semakin dekatkanlah dirimu pada Maha Pencipta. Sujudlah , berbicaralah kepadaNya, zahirkan rasamu, ceritakan kisahmu walaupun ianya rahsia sebesar dunia. Kerana Allah itu Maha Mengetahui, maka jujurlah padaNya.

SUJUD itu Indah. Kau berbisik pada bumi, tetapi Didengari oleh Langit.

Maka luangkan masamu. 

 “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda: “Keadaan paling dekat seorang hamba dari rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyak doa (di dalamnya).” HR. Muslim.

"Ya rab aku bisikan pada langit,
Agar langit dapat menitipkan pada DIA,
Agar segala rusuh yang berbisik,
berharap agar damai kembali menyapa hati.."


Share This!


6 ulasan:

mamapp berkata...

Tq atas peringatan

zaleha awaluddin berkata...

semoga kita sentiasa tergolong di kalangan hambaNya yg sering sujud padaNya samada senang mahupun susah.

Jemput singgah baca tips suami isteri yang masih menanti kehadiran cahaya mata.

Cikgu Iza berkata...

Betapa agungnya Dia, kita berbisik pada bumi tetapi Dia di langit akan sentiasa mendengar! jadi selalu2 lah berbisik agar bisikan kita akan terus didengari-Nya..

farhanna jafri berkata...

semoga sentiasa kuat harungi kehidupan

Engku Muzahadin™ berkata...

Tersentuh hati nurani...

Nadia Johari berkata...

Allahu..kebesaran mu Ya Allah..sentiasa mendengar luahan hati hambamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails