Doakan kamu semoga bertemu jodoh yang baik dan sentiasa di bawah keredhaannya | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Rabu, 20 Disember 2017

Doakan kamu semoga bertemu jodoh yang baik dan sentiasa di bawah keredhaannya


Assalamualaikum

Pertemuan itu sering berlaku, kita bertemu, berkenalan dan mula perasaan itu datang. Ianya tak di duga, tak di jangka.

Kita mula suka dia dalam diam, kita mula merindui senyuman dia. Kita mula selit namanya dalam setiap doa kita. Kita cuba ambil berat tentang dia.Kita cuba sehabis baik untuk dia.

Dalam kita tak sangka pertemuan itu adalah ujian untuk kita. Kita bertemu sebagai proses perkenalan mungkin sebagai kawan tidak lebih dari itu.

Tetapi itulah hati, selalu berharap lebih dari apa berlaku, berusaha dan akhirnya hati mula terpaut.

Kita cuba rancang satu persatu mahligai indah untuk membina masjid teguh. Cinta bertaut berlandas jalanNya, akidah di jaga, pergaulan di bataskan.Berlalu hilang dek kerana masa.

Kadang-kadang daripada apa yang kita hilang, Kita belajar menghargai apa yang kita masih ada.

Dan kadang-kadang daripada apa yang masih tidak kita punyai , Kita belajar mensyukuri apa yang telah kita miliki..

Kadang-kadang orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita dengan berbagai-bagai alasan . Menangis tidak keruan ketika itu. Tetapi dalam tak sedar Allah sayang  kita, Allah tak mahu kita kejar cinta yang tak pasti.InshaAllah hadirkan selayaknya untuk kita.

Jodoh ini bukan semata-mata benda rahsia yang kita tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya dengan teruja.

Jodoh ini lebih dari itu.
Jodoh ini tentang keyakinan.

Tentang usaha.
Tentang kita sebagai hamba dan Allah itu Tuhan kita.

Kalau bukan kerana Allah nak bernafas pun kita tak mampu. Stop comparing your life with others. It's ordinary to search for something that will love you. But searching for something you will love is part of a journey.

Yeahhh... it might be a long, though and exhausted.

Ada satu tahap nanti kau akan rasa..,
"aku serahkan hidup dan matiku pada-Mu, ya Allah. Aku serahkan segala perkara yang aku tak tahu kepada-Mu ya Allah."

Apa yang terlihat cantik pada pandangan mata belum tentu cantik pada pandangan-NYA dan apa yang kelihatan seperti tidak menarik bagi kita itulah yang terbaik anugerah dari-NYA.

Jaga diri semoga semuanya masih dalam jagaan-NYA.

Tetapi siapalah kita untuk mentakdirkan sesuatu kerana kita hanya hamba,takdir itu Allah yang tentukan. Hanya kita manusia merancang sesuatu mengikut kemahuan kita.

Serapat mana kasih berpaut, jika Allah telah takdir dia bukan milik kita maka akan terpisah juga. Segalanya berlaku merupakan ujian untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita dan dia.

Apa jua berlaku bersangka baik dengan Allah. Kecewa itu pasti tetapi teguhkan hati untuk yakin dengan Allah.

Jadi jangan terlalu berharap, kadang takdir kita hanya dapat bertemu, kenal dan berkawan sahaja belum tentu jodoh.Doakan aku agar bertemu dengan jodoh yang baikdan aku juga doakan kamu semoga bertemu jodoh yang baik dan sentiasa di bawah keredhaannya

Share This!


3 ulasan:

Hasliynda Umairah berkata...

amin insya allah

Noriza Abdul Rahman berkata...

Kenal lama pun belum tentu berjodoh, tapi mohon supaya Allah jodohkan dengan mereka yang baik-baik akhlaknya

Unknown berkata...

Pertemukaan lah aq dgn org yg bnr2tulus mncintaiQ&mnerima sgala kekuranganQ..agar aq bnr2mrasakan kbhagiaan yg sesungguhnya.amiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails