Ticker

6/recent/ticker-posts

Hadirnya seseorang itu adalah asbab untuk kita dekat dengan pencipta kita.




Makin berganjak usiaku,
Makin besar ujianku, menguji tahap kematanganku.
Mereka datang bersilih ganti dalam hidupku,
ada ketika ianya hadir hanya seketika,
ada ketika hadirnya menguji hati ini dengan ragamnya, ada yang menyakitkan hati, ada buatkan kita rimas, ada yang buatkan kita rasa tertekan dan hari-hari penuh dengan emosi. 
Ada yang hadirnya bagaikan parasit menumpang ketika perlu. Ketika di saat senang, ketika susah.

Ya rab, saat kita susah, sukarnya nak jumpa mereka!
Hilang di radar itu biasa.

Ada juga hadirnya sebagai penyeri hidup kita.

Ada 2 pekara penting yang Allah hadirkan dalam hidup kita.

Pertama Allah uji kita melalui dengan caranya. 

Hadirnya dalam hidup kita, pada mulanya amat mengembira. Mula satu persatu kupasan bawang bermula untuk sesi berkenalan. Bertahun, tetapi ujian demi ujian itu hadir.Buatkan kita berubah hati, berubah tanggapan pada dia. Sangsi, muncul orang ketiga, ada ketika memanaskan keadaan dan ada yang membaik keadaan. 

Kerana marah ego, kita terpisah dan menjarakkan diri .Bukan hanya insan bercinta, tetapi insan bersahabat dan bersaudara.Andai kita sabar, inshaALLAH ada kebaikan yang hadir. 

Kedua : Kita Allah hadirkan sebagai ujian untuk dia. 

Kita tahu bagaimana cara kita, emosinya kita, dan persepsi kita. Lalu hadirnya seseorang menerima kita dalam hidupnya. Lalu Allah hampar satu persatu ujian melalui sifat kita. Andai baik maka baiklah ceritanya, andai buruk maka proses itu akan berulang.

Kita selalu anggap seseorang itu hadir dalam hidup kita itu sebagai ujian, hakikatnya kita juga hadir dalam seseorang sebagai cabaran ujian untuknya dan untuk kita.

Geramkan bila orang permainkan perasaan kita, orang pergunakan kita.
Marah dan dendam, lalu hati menjadi dangkal , keras kematu. Lalu kita ulangi perbuatan yang sama seperti orang lain lakukan pada kita. 

Prosesnya kita tak ubah seperti dia,

Lalu perkara yang terjadi dalam hidup kita memang sakit kita rasa, memang rasa nak berguling-guling bila mengenangkannya. Allahurabbi, hati ini rasa sakitnya, tetapi andai kita dapat redha dan menerima ini sebagai takdir Allah dan kita baiki itu akan buatkan kita tenang.

Buatkan kita lebih terbuka dan hati kita lebih sihat. 

Semuanya rahsia ALLAH


“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada
sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi
orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan
bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”  (An-Nisaa’ : 32)



Jika seseorang itu masih setia bersama kita walaupun beribu orang kata tentang dia. Orang lain pernah pulau kita, dia tetap percaya pada kau. Hargailah dia, tak ramai orang seperti itu. 

Jagalah persaudaraan yang ada,
jagalah persahabatan yang terbina,
jagalah ikatan perasaan itu agar selalu ingat kepada ALLAH.

Hadirnya seseorang itu adalah asbab untuk kita dekat dengan pencipta kita.
Dekatkan pada agama kita dan saling kenal mengenali dan menghargai satu sama lain. Buang sangsi dengan Allah, jangan biarkan ianya tersimpan di separa sedar otak kita.Selalu bersangka baik dan Selalu bersikap positif serta muhasabah diri.

Selain dari itu setiap kita juga hendaklah redha dengan bala musibah yang diujikan kepada mereka. Sememangnya bala musibah sering menimpa orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Ianya merupakan ujian ke atas seseorang insan, atau sebagai kaffarah dosa, atau sebagai penambah amalnya. Mungkin juga ujian itu sebagai peringatan kepadanya agar segera berhubung dengan Allah. Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam bala musibah itu. Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.



Catat Ulasan

1 Ulasan

Sii Nurul berkata…
Betul tu. Setiap insan yg hadir dlm hidup kita bukannya dtg secara kebetulan, samada dtg utk beri peringatan/pengajaran kpd kita ataupun kita akan belajar sesuatu dgn dia. Tak kira baik atau buruk individu itu. Terima kasih atas perkongsian :D