Pengikut

Isnin, 8 Januari 2018

Jangan ikut kemahuan, tetapi ikutkan keperluan

gambar hiasan

Assalamualaikum 

Ingat lagi, masa aku kerja bank dulu. Datang seorang anak muda, nak buat loan. Aku tanya nak buat apa? 

Nak beli hand phone baru katanya. Aku hanya nasihat termampu tapi dia buat endah tak endah. Tapi dia tetap nak proceed, 2 bulan lepas itu datang lagi kepada aku. Bagitahu dia tak mampu nak bayar bulan-bulan duit loan. Maka dengarlah bebelan aku. 

Aku tahu zaman sekarang remaja semua nak up to date. 

Nak lepas habis belajar, beli kereta honda civic,
Beli kawin usia muda,
nak selalu up to date jenis hand phone,

Semua nak mengikuti perkembangan zaman, sehingga pakai baju sweater di waktu tengah hari kerana terpengaruh cerita-cerita KPOP yang bermusim sejuk sana. 

Ukurlah baju di badan sendiri, kalau jenis kamu anak orang kaya yang di bekalkan kad kredit oleh mak ayah tidak di herankan. Tetapi andai kau juga berasal sama seperti aku berasal dari kampung dan felda maka beringatlah bahawa susah payah mak ayah. Bergolot, bergadai untuk menyara hidup kita, hantar belajar. tinggi-tinggi.

Jangan ikut kemahuan, tetapi ikutkan keperluan. 

Aku lihat mereka ini lebih kepada kemahuan, keluar sahaja jenis  hand phone baru berpusu-pusu nak dapatkannya hakikatnya hand phone masih dapat di gunakan. Tengok orang bergaya pakai DSLR ambil gambar , cantik. Kau pun nak juga, tapi tak geti guna, dah simpan dalam almari. Keluar kasut adidas & Nike maka berpusu-pusu semua nak beli , jika satu keperluan silakan tetapi jika tidak fikirkan berkali-kali.

Aku pun pernah lalui zaman tersebut.Paling penting adalah ambil gambar dan post di laman sosial. Tengok apa reaksi kawan-kawan dan berapa jumlah like. 

Tapi paling membimbangkan adalah apabila mereka mampu bertindak aggressive untuk dapatkan apa yang mereka mahukan. Ada yang sanggup mencederakan ibu bapa, ada yang sanggup mencuri dan lakukan pekara-pekara yang tidak di ingin. 

Tak salah nak ikut trend tetapi fikirkan banyak kali. Begitu juga terlalu mengikut trend kawin muda.

Sekali lagi aku ulang tak salah, bagus tapi lengkapi diri dengan ilmu dan tanggungjawab kerana kawin ini bukan satu percubaan dan mengikut emosi semata. Lihat statistik perceraian untuk pasangan muda semakin tinggi.Jadi lengkapi diri dengan keperluan kehidupan kita dan keperluaan akhihat kelak. 

kita hendaklah hidup sepadan dengan pendapatan kita. Walau apapun maksudnya, kita hendaklah menjalani kehidupan dengan kemampuan yang seadanya. Jangan kita berlebih dalam berbelanja dan sebaliknya pula jangan kita bakhil! Allah tidak suka orang yang boros dan juga orang yang bakhil.

Kau masih belum tahu, bagaimana jika nanti hutang menimbun, nama di senarai hitam. Susah nak beli rumah, nak beli kereta. Nanti anak-anak kamu pun susah. Jangan  jadi biar papa asal bergaya !

Mengikut gaya hidup terkini itu tak jadi masalah, tetapi andai membebankan itu jauhilah.

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Al-Israk: 27)



Share This!


5 ulasan:

paridah berkata...

BELANBJ KPPD YANG PERLU N MAMPU SAJA

Noriza Abdul Rahman berkata...

Yang berjiwa muda pastinya nak cuba nermacam-macam benda yang baru dan bagus. Tapi, mereka sukar nak tentukan mana keperluan dan kehendak

qaseh dalia berkata...

Betul betul betul

Usry Norie berkata...

Setuju..

Hasliynda Umairah berkata...

belanja sekrg ni rm50 satu hari pun tak cukup
apatah lagi nak beli barang2 yg mahal...

belanja la sekadar mampu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails