Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan banding-bandingkan anak-anak




Assalamualaikum

Aku tahu setiap mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anaknya. Nak tengok kejayaan mereka hingga ke menara gading. 

Tapi hakikatnya tidak semua anak mampu pikul tanggungjawab tersebut kerana keterbatasannya. 

Ada anak yang dari kecil memang nampak dah dia memang pandai.
Ada anak yang slow sikit pelajarannya.Ada anak yang tahapnya sederhana dan kurang belajarnya. 

Macam aku dulu, aku akui di sekolah dulu aku bukan seorang budak yang bijak. Asyik kena marah tak lulus matematik dan english. Puas dah tukar kelas. 

Kalau dalam kelas kebiasannya aku berapa di ranking tertinggi. Paling tinggi nombor terakhir dalam kelas, paling tidak nombor 2 terakhir dalam kelas. Itu kira hebatlah itu, tertekan memang tertekan. 

Sampai kena datang awal ke sekolah sebab pukul 7.00 pagi ada kelas pemulihan untuk yang mereka kurang akademiknya. Aku salah seorang darinya.

Tapi satu hal yang buatkan aku bangkit adalah mak selalu percaya dengan aku dan selalu ada dengan aku. Dia selalu bagi semangat pada aku. Percaya pada Allah, ilmu dapat merubah nasib seseorang itu. Bicaranya setiap kali ceramah atau bebelannya.

Aku bangkit dari kesilapan dalam hidup aku. Sehinggalah aku dapat sambung ke politeknik.

Allah uji juga, ketika di politeknik aku merupakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) kiranya wakil pelajarlah. Masa minggu suaikenal semualah kena uruskan. Senang cakap adik-adik junior kenal kitalah.

Bangga sekejap !

 Haha tapi bukan soal itu aku nak ceritakan tetapi pada sem 5. Satu paper aku gagal. Ya Allah saat itu, hanya Allah yang tahu. Ingat lagi tepat pukul 5 pagi nak tengok result. Air mata ini menjurai-jurai mengalirnya. Tapi saat itu yang selalu beri kata pendorong adalah mak. Dia selalu bagi kata positif pada aku.

Alhamdulilah aku dapat habiskan diploma. Sehinggalah aku dapat habiskan ijazah. 

Aku cerita ini bukanlah nak cerita kejayaan aku. Jika di ikutkan tidak seberapa, tetapi ianya tentang kepercayaan. 

Jangan ingat anak yang degil masa kecil selamanya dia akan degil bila ada turning point dalam hidupnya berlaku dia boleh berubah. 

Jangan ingat anaknya pandai dari kecil dia akan berjaya hingga ke besar, jangan sombong di situ juga terletaknya ujian.

Jangan banding-bandingkan anak, emosi mereka akan terganggu. Setiap anak-anak itu ada kelebihannya, jika dia kurang pelajarannya,mungkin bidang kemahiran kepakarannya. 

Apa yang paling penting jika bekalkan anak-anak itu dengan ilmu. Seimbangkan dengan ilmu agama. Paling penting dalam doa jangan lekang doakan mereka. 

Kerana doa ibu bapa ini hijabnya terbuka luas di langit lagi doa yang baik-baik. 




Catat Ulasan

2 Ulasan

Kak Sue berkata…
Good sharing Acik, terima kasih. Ingatan untuk Kak Sue juga nie Acik, anak-anak nak meningkat remaja memang banyak ragam dan ujian nya..
setuju dengan perkongsian entri acik kali ni ,
dalam keluarga tak semua yang pandai , rezekilah kalau dapat anak yang pandai semua . mak mana taknak tngok kejayaan anak-anak kan , tambah pula dapat pegang sgulung ijazah