Di khianati walhal dialah satu ketika orang yang pernah kau sayang dan orang yang rapat dengan kau | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 15 Februari 2018

Di khianati walhal dialah satu ketika orang yang pernah kau sayang dan orang yang rapat dengan kau




Assalamualaikum

Puas di seluk-seluk seluruh isi ruang. Bagai tercapah mencari sesuatu yang tak pasti. Kadang sesak nafas, bagaikan cuba jeratkan diri sendiri untuk puaskan hati semua orang.

Hakikatnya usaha itu gagal, punah.

Ada sahaja salah kita,
ada saja buruk pada kita orang nampak,
ada saja tak kena,
orang tengok kita atas bawah.

Puas sudah segala sisi untuk aku bersangka baik. Semakin itu semakin sakit aku dapat. Cukup mereka mengata, cukup mereka memerli dan berkata buruk. 

Mereka suka lihat kita jatuh, jatuh dan terus jatuh. Biar terduduk, biar rebah tidak bangkit. Walhal dialah satu ketika orang yang pernah kau sayang dan orang yang rapat dengan kau.

Aku pernah lalui saat itu, air mata tanpa henti mengalir. Mata ini menjadi saksi dan Allah Maha Mengetahui.

Mereka bahagia melihat kesengsaraan orang lain, mereka bahagia melihat aku derita.

Mereka lupa Allah itu ada.




Bukan selama kita akan muda, bukan selamanya kita akan di atas.

Ada masanya kita dihadirkan ujian-ujian kita yang sendiri.

Jangan biarkan mereka yang membencimu, melihatmu jatuh. Tunjukkan kemampuanmu.Jangan menyerah. Be strong , prove them wrong !

Biarlah mereka nak kata apa, Allah tahu. Senjata kita dan pendinding kita adalah Doa.

Doa seorang insan untuk insan lain lebih baik. Doakanlah baik-baik, doakan semoga mereka dapat hidayah Allah.

Semoga Allah hantarkan kebaikan setiap apa yang terjadi.Paling penting jangan berdendam. Jangan rosakkan hati.

Selalulah berzikir untuk melembutkan hati kita dan dia.

Doa Dan Zikir Melembutkan Hati Seseorang Dari Jauh Dengan Zikir al Lathiif
Artinya:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)

Share This!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails