Ticker

6/recent/ticker-posts

Rupanya kau insan terpilih yang telah di gerakkan hati dan akalnya





Assalamualaikum

Setiap helaan nafas kita tiada noktahnya ujian dari Allah. Hadirnya kadangkala bertalu-talu sehingga melunakkan jiwa. 

Sehingga air mata telah kering menangis, merintih dengan apa yang telah terjadi. Bagi yang pernah rasai pasti tahu bagaimana perasaan itu.

Maka berderetlah sekeliling berkata sabar, sabarlah.

dan berlalu pergi, 

Sedangkan kau ? 

Masih selalu mengharapkan keajaiban berlaku. Antara motivasi dan takdir menjadi di hujung tanduk. Jangan rebah, jangan mengalah.

Kita di hidupkan bukan semata untuk bertemu kematian. Tetapi pelbagai corak warna yang perlu kita tempuhi. Ada kalanya bahagia, adakala derita dan adakalanya kau tidak mampu berbuat apa-apa.Terkulai layu, jasad terbujur menanti hari-hari tiba.

Di dunia ini bukan kau sahaja di uji. Setiap makhluknya ada ujiannya tersendiri. Sedangkan ikan kecil di lautan luas terbentang ujiannya. 

Bertarung nyawa , bersengkang mata berjaga. Takut-takut di makan oleh ikan besar. Menongkah arus untuk mencari tempat yang selamat. Berbatu jauhnya,bermeter kedalamannya berjuang untuk terus hidup. 


Adakah baru jentikkan sedikit ujian kau terus rebah ? 

Terus rasa tak di hargai, rasa tak di perlukan. Rasa Allah tak mendengar doa-doa kita.

Tutup matamu seketika, lihatlah putaran kejadian apa yang telah kau lakukan. 

Di mana saat kau gembira ? 
Di mana saat kau senang ? 

Siapakah yang kau cari dulu ? 

Pernahkah kau mengadu pada penciptamu. Jangan tatkala hanya kau di saat sedih sahaja. 

Tanya pada dirimu, berbisiklah pada hati. Pujuklah yakinlah pada Allah.

Sesungguhnya takdir Allah itu tidak kejam ianya penuh dengan hikmah si luar pengetahuan kita. 

Biar rebah, jangan berubah
Biar jatuh, jangan hilang iman.
Biar menangis , jangan kelak binasa sang api terbakar.

Perasaan itu muncul kerana telah di gerakkan olehNya. Terjaga waktu malam seorang diri. Tiba-tiba rasa sunyi itu hadir, air mata rasa nak bergelinangan. Mulalah minda separa sedar memutarkan momen-momen buatkan kau rasa sayu. 

Lalu kau tertanya kenapa  ?

Rupanya kau insan terpilih yang telah di gerakkan hati dan akalnya. Allah rindu padamu. Allah nak kau bangun malam, "bertemu" dengannya melalui solat dan melalui doa padanya. 

Cubalah kalau kau tak percaya, buat solat taubat. Lepas itu berdoalah. Ceritakan apa yang kau rasa dan lalui, mintalah pada Allah. Biarkan air mata itu mengalir, jangan fikir pasal orang lain. Tetapi fikirlah tentang hubungan kau dengan Allah..

InshaAllah hatimu akan dapat rasa ketenangannya. InshaAllah.



Catat Ulasan

2 Ulasan