Pengikut

Sabtu, 17 Mac 2018

Perkahwinan adalah benda baik jangan di persulitkan, malah harus di permudahkan.




Assalamualaikum

Musim cuti sekolah, maka tibalah musim orang kawin. Satu hari hampir dapat tujuh jemputan kawin. Tapi masih ramai juga kira-kira tentang duit untuk hantaran.

Masa balik dari kerja kawin rumah kawan. Di datangi dua sahabat lama dengan muka gelisah dan mencuka sahaja.

Awat ini Din ?, tegurku.

Aku peninglah acik, aku tak tahu lagi nak cari mana lagi duit. Puas dah berpuasa, ikat perut, buat kerja part time untuk duit hantaran. Bukan sikit acik 20 ribu tu acik. Belum lagi duit untuk majlis, dahlah jauh acik, duit pengangkutan dan makan minum semua aku kena tanggung, balasnya berat helaan nafasnya.

Dah bincang dengan belah perempuan ? ,soalku.

Sudah acik, dia pula bagi pilihan untuk aku sama ada nak atau tidak. Aku tak ada pilihan. Sungutnya.

Oklah sekejap aku panggil tunang kau, bincang dengan dia elok-elok.

*lalu aku panggil tunang dia, din hanya menunduk bila tunang dia datang.

KENAPA ACIK ? Ada hal mustahak  ? B kenapa nie ?

Lalu satu persatu aku jelaskan padanya, dia tanya terdiam. Ayu sayang din tak ? Tanyaku.

Mestilah sayang ! balasnya.


Kalau sayang bantulah din, pujuklah mak ayah kurangkan ikut kemampuan munasabah din. Bantulah din sama-sama kumpul duit untuk majlis itu nanti. Majlis kamu berduakan, jangan habiskan duit hantaran tersebut, simpanlah sebahgiaan dari duit itu untuk kehidupan selepas kawin. Balasku.

Tapi acik itu bukan tanggungjawab lelaki ke acik ? tanyanya lagi.

Betul itu tanggungjawab tetapi.Sememangnya terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada isteri.Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin. 
Jadi jangan keliru, benda baik jangan di persulitkan, malah harus di permudahkan. Sama-samalah bantu untuk kumpul duit hantaran.

Kata susah senang bersama.Biar sama-sama tahu susahnya kumpul duit itu.

Mereka hanya terdiam.

aku bukan nak masuk campur hal kamu berdua. Cuma aku nak kamu berdua bahagia.

Mereka hanya mengangguk faham.

Mereka ini ada junior aku sewaktu belajar dahulu. Dari zaman poli lagi apa-apa akan rujuk dan minta pendapat yang di anggap abang oleh mereka.

Wahai ibu bapa sekalian, sedarilah bahawa perkahwinan bukan sekadar kehendak dan pilihan anak-anak, akan tetapi merupakan sebahagian daripda tanggungjawab kalian sebagai ibubapa.Berdasarkan firman Allah kepada ibubapa sekalian:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu. [al-Nur 24:32]

Ada ibu bapa yang bimbang, apa pula kata orang lain apabila anak kami bernikah dalam suasana majlis yang serba minimum? Perkahwinan ialah satu ibadah yang besar kepada Allah. Perhatikan saja betapa banyak tunjuk ajar, perintah larangan dan adab-adab perkahwinan daripada lamaran sehinggalah kepada kehidupan selepas pernikahan. Bahkan majlis perkahwinan itu sendiri adalah satu ibadah sehinggakan orang-orang yang telah dijemput wajib menghadirinya. Justeru jangan mencemari ibadah ini dengan “Apa kata orang lain?” Jadikanlah ibadah ini ikhlas kepada Allah dengan mengambil kira apa kata Allah dan apa kata Rasulullah.


Share This!


1 ulasan:

Mrs Pip berkata...

Setuju tu... kdg2 kerana hantaran mahal, anak2 tertekan tak dpt nak kawin, last2 ada yg ambil jln singkat, kawin lari ... N

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails