Pekara-pekara yang perlu kamu ambil tahu menjelang hari raya | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Selasa, 29 Mei 2018

Pekara-pekara yang perlu kamu ambil tahu menjelang hari raya



Assalamualaikum

 Kita telah masuk pertengahan bulan puasa. Maka berpusu-pusulah di malam hari mereka mencari baju dan pelbagai lagi persiapan raya.Alhamdulilah acik semua sudah siap dari persiapan raya dari baju raya, kurta dari kacax dan kasut dari bata.

Tetapi ada beberapa pekara yang perlu kamu ambil kira lagi-lagi menjelang hari raya.

Pertama : Buat persiapan awal.

Ada masa lagi untuk buat persiapan awal, beli baju dah siap dan beli awal-awal memudahkan.Bawa keluar baju raya tahun lepas dahulu kalau masih elok , sayang guna dulu pun boleh. Tapi macam acik dah 2 tahun tak ganti, jadi tahun ini belilah.

Kedua : Buat perbandingan harga

Beza harga sebelum puasa dengan harga sekarang.Masa ini pekedai dapat extra income. Jadi harga pu turut naik, buatkan perbandingan harga dan cubalah tawar menawar. InshaAllah dapat, acik selalu macam itulah.Jangan terus beli, rugi.

Ketiga : Extra Kesabaran.

Bulan puasa kita di uji, di uji lagi-lagi soal kesabaran kita. Lagi bila mak dan anak bini nak cari baju raya. Pusing-pusing sana sini dekat 30 kedai semua tak berkenan. Sebagai lelaki jangan cepat marah, bagi pendapat dan cadangan.Ingat warna baju kena matching dengan tudung. Yakinkan dia pilihan dia tepat. InshaAllah di permudahkan. 

Kelima : Hantar sedikit duit dan barang keperluan kepada mak di kampung.

Tahun ini kita beraya di rumah kita, jadi kumpullah duit dengan adik beradik untuk beli barang dapur untuk keperluan hari raya. Kalau berapa di rumah mak mertua pun lakukan pekara yang sama setidaknya,beli keperluaan dapur sekurangnya meringan beban mereka. 

Keenam : Hari raya bukan hari untuk bermegah dan semua serba baru.

Berjimatla selagi boleh, paling sakit lepas raya nanti. Banyak duit kena guna, jadi kalau ada barang boleh pakai gunalah dulu. 

Dari gaji simpan 20 % untuk kegunaan selepas raya. Gaji lama lagi, fuh sesak nanti.

Ketujuh : Bayar Zakat.

Jangan lupa untuk bayar zakat, ala baru berapa ringgit sahaja. Seperti di Johor seorang baru RM 7.00 sahaja.

Kelapan : Kejar lailatul qadar

Sebagaimana yang kita tahu, sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan ini mempunyai satu malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.

Malam Lailatul Qadar merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat besar daripada ALLAH.

“Pada malam tersebut, kita dijanjikan ganjaran pahala ibadat yang berlipat ganda seperti yang digambarkan dalam maksud firman Allah dalam Surah Al-Qadr. Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”

Ini hanyalah pendapat acik, kalau rasa bermanfaat gunalah. Moga bermanfaat.

Share This!


4 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Sangat bermanfaat.terima kasih acik...banding harga tu sangat perlu dan elak pembaziran....

Aisya Ismail berkata...

Buat persiapan awal tu lah yang ai gagal nak buat..

YB Shehan berkata...

persiapan awal tu ssh. sbb tunggu bonus. hahah. good tips anyway

Mar Mansor berkata...

semuanya benar belaka.
Janji Kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails