Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Kisah Sebenar Pendaki Hilang di Gunung Gua Rimau


Assalamualaikum

Setiap kita tidak lari dari ujian masing-masing. Satu Johor hangat tentang isu kehilangan seorang pendaki di Gunung Gua Harimau. Rupanya senior acik masa di Politeknik Merlimau.




Acik sempat bertemu dengannya dan berkongsi cerita tentang kehilangan beliau. Kisahnya turut dilaporkan di media massa. Jadi ketahui kisahnya. 


Macam mana boleh join Pendakian nie ?

Aku start cerita dari mula, event nie di anjurkan oleh kilang , ada selection & latihan fitness untuk sertai dan aku terpilih untuk sertai daripada 40 orang.Eventnya Sabtu minggu lepas, dalam pukul 5 petang kita orang start gerak dari kilang dan sampai ke Kahang Timur dalam pukul 7 petang. Selepas itu kami menaiki 4 by 4 untuk sampai ke kaki gunung.

Dalam pukul 1 petang sampai ke puncak gunung mengambil masa 4 jam perjalanan , sampai di atas sempat ambil gambar, selfie. Pukul 2 kami start gerak turun sampai bawah dan aku dekat tengah-tengah di antara group.Siapa power dia depanlah, siapa tidak itu dia kat belakang la. Aku di tengah-tengah, tak laju tak slow, dia macam main kejar mengejar, aku jumpa orang depan, orang depan jalan. Aku duduk dulu sampai aku sorang-sorang.Bukan aku saja ada juga yang jalan sorang-sorang. Dari laluan naik & turun  itu ada buat juga marking awas yang diikat dekat setiap pokok sebagai penanda. So aku ikutlah marking tersebut, sehingga sampai ke kaki bukit, aku nak ikut yang group depan, nak dekat sangat. Aku cuba kejar ,sampai-sampai dekat bawah dia orang dah gerak.

Lepas itu, aku pun tak terfikir tunggu orang belakang, so aku nekad jalan sendiri. Bila jalan depan di situ ada dua cabang jalan, aku ikut saja marking awas itu dan di depan juga ada 2 cabang jalan lagi, 1 jalan ada pokok yang tumbang aku ingat jalan nie jalan mati. Jadi aku ikut cabang satu lagi, bila jalan depan sikit aku rasa macam lain sebab jalan ini tak ada aku lalu pagi tadi. Risaunya kalau masuk cabang lain kau akan ke gunung lain.  



Gunung itu ada 3 beradik (Chemendong , Belumut dan Gua Rimau) dan aku patah balik  aku nak cari simpang cabang jalan itu ,aku tahu group belakang ada lagi. Bila aku tengok balik dekat simpang , jalannya dah tak ada.Jalan laluan orang itu dah tak ada !

Bila laluan dah tak ada , aku teruskan lagi ke jalan depan dan terdapat daun itu bentuknya macam bentuk Adidas lama,ianya banyak  di atas tanah warna putih. Aku ikut je daun putih tersebut, ikut sampai ke anak sungai.




Ini tak ada nie pagi tadi lalu, cetusan sendiri. Aku jadikan anak sungai itu sebagai check point aku dan  aku ada beberapa kali cuba juga patah balik cari jalan dan simpang itu tapi tetap tak ada.

Aku cuba azan tapi masih tak jumpa juga jalan.

Aku duduk dekat dengan sungai itu. Aku buka surah yasin berkali-kali sampai bateri handphone aku mati.

Aku teringat aku ada bawa kain pelikat, sebelum naik gunung itu ada orang tegur aku bawa barang banyak sangat. Ada yang tak bawa beg dan ada yang share. Tapi aku ini aku bawa kain pelikat, baju,seluar, kasut sukan dan coklat untuk preparation diri aku.

Dalam 6.30 itu aku ambil kain pelikat, aku selubung sampai malam.

Pukul 8-9 malam ini aku dengar macam orang mencari, bunyi mercun. Dia orang cakap dia ada jerit panggil nama aku. Tapi aku tak dengar yang dia orang jerit tu.

Tapi yang paling aku risau kalau ada jelmaan aku.

Kau turun orang ingat kau ada sama-sama dengan mereka. Tapi bila bunyi mercun itu, aku rasa lega. Sebab aku tahu dia orang tahu yang aku sesat. 

Tapi malam itu aku tak berani untuk pergi check. Malam itu aku tidur, dalam pukul 10-11 malam aku dengar macam orang berjalan.Datang dekat tempat aku dalam 5 minit dan hilang. Tapi alhamdulilah dia tak ada kacau.

Tapi dalam itu alhamdulilah mulut aku tak terkunci untuk baca surah,aku baca apa yang aku tahu.Hari kedua masih sama, aku cuba cari jalan/simpang yang aku lalu tapi masih lagi tak ada jalan. Aku patah balik duduk dekat sungai.

 Kau tahu aku rasa macam dekat syurga jugalah duduk di situ mungkin taman mereka.Kupu-kupu datang dekat kau. Warna warni kupu-kupunya, cantik-cantik ,main dengan kau. Bercakap dengan dia dan setiap kali aku duduk dekat anak sungai kupu-kupu itu mesti datang. Tapi terkadang sedih juga bila teringatkan keluarga.

Tapi seperti biasa di malam hari, tapak kaki itu datang, pusing dan beberapa minit hilang.

Hari ketiga itu aku sudah mula lebih tenang, aku siapkan diri aku kebetulan ada bawa pakaian lebih. Dalam pukul 9 itu, aku duduk di bawah pokok. Tiba-tiba aku terdengar bunyi ngauman harimau,  sebelum ini aku dimaklumkan di gunung itu memang kawasan Harimau . Ada 7 ekor semuanya, aku dapat dengar bunyi helaan nafas harimau tersebut.

Mengucap dan aku baca macam-macam surah yang aku tahu, dalam 5 minit jugalah.Tapi banyak orang cakap aku dijaga dan harimau itu tak nampak aku.

Tengah hari ,aku niat nak sembahyang, dalam hati aku kata dah 2 hari aku tak solat.

Waktu itu aku azan, perasaan sebak itu hadir.Waktu itu aku solat seperti solat taubat. Menangis dan penuh dengan khusyuk. Aku berdoa sangat-sangat agar dibukakan jalan untuk aku berjumpa dengan keluarga aku.

Dalam pukul 2.30 aku dengar orang jerit, ramai orang jerit. Aku dengar jeritan tersebut dan aku jerit kembali. Tetapi tetap tak ada respond , jeritan aku tak di dengari.

Hujan mula turun renyai,dengan kudrat aku, aku azan.

Habis saja aku azan, dia orang sampai dan waktu itu hujan turun dengan lebat.

Aku berasa lega dan alhamdulilah Allah Selamatkan aku.

Mereka dengar azan aku sayup-sayup.

Sepanjang 3 hari aku hilang, ada hikmah yang besar aku dapatkan.

1. Setiap orangkan di berikan dugaan, dugaan itukan Allah hadirkan pada seseorang itu mengikut kemampuannya.Ini adalah sebahgiaan dari ujian untuk aku.

2. Mana yang masa zaman sekolah& politeknik yang tak rapat dengan kau. Ambil berat tentang kau dan ada yang mengikut perkembangan kau. Ada yang menangis sebab aku hilang.

Aku rasa bagai mati hidup balik, kerana di beri peluang untuk bertemu dengan orang yang aku sayang, keluarga aku.

3.Aku sempat baca doa awal da akhir tahun 1 muharam tersebut. Ianya adalah pembukaan tahun baru untuk aku.



Kisah ini di ceritakan sendiri oleh Tuan badan dan acik sempat berjumpa dengannya.



Catat Ulasan

0 Ulasan