Rasai keenakan kari kambing 40 hari Yong Peng yang viral di laman sosial | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Ahad, 14 Oktober 2018

Rasai keenakan kari kambing 40 hari Yong Peng yang viral di laman sosial




Selalu aku lihat di tepi highway. 

Warung kambing 40 hari.Macam manalah nak ke sana ?




Tapi kali ini aku tekad untuk pergi ke sana bersama mak dan adik-adik aku. Merasai keenakan rasanya seperti apa yang di hebohkan.


Memang penuh orang! mak lihat orang banyak dah rasa gelisah.

Tak payahlah, ramai sangat orang. Serabut nanti, kata mak.

Kita dah datang jauh-jauh kena cuba, balas aku.



Memang ramai tetapi di sebab disediakan tempat duduk yang luas dan kalau tak cukup siap ada khemah untuk pelanggan. Ada surau dan keperluan basic lain.

Menu utama adalah nasi arab kari kambing atau ayam. 

Aku tak makan kambing, abang aku makan. Jadi aku order ayam.


Review abang aku, Nasi Arab Versi 40 hari  Kari kambing memang sedap dan berbaloi. Rasa cukup dan menyelerakan.


aku pula Nasi arab ayam, rasanya sedap tapi cuma kalaulah ayam itu ada sambal dan pedas. Memang sedap, sebab nampak dia pucat, tapi rasanya tak mengecewakan. Berbaloi untuk harga RM 13 sepinggan.


Tapi kalau ramai-ramai boleh makan dalam dulang. Hanya RM 48 sahaja. Sangat berbaloi.



Tempatnya bersih, cepat servisnya, tandas bersih dan kalau orang dah habis makan cepat-cepat pekerja bersihkan.Parkir pun di sediakan..

Kami semua puas hati, muka ada bahagia, perut kenyang. 

Waktu Operasi dari 7.30 petang hingga 3.30 petang sahaja.


Share This!


2 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Adik-adik kak PC dah mencuba banyak kali...kami tak sampai lagi...setiap kali balik kampung ada urusan lain...insyaAllah nak mencuba juga nanti..

Cantik Sihat Semulajadi by Umi Nazrah berkata...

kak penah try sekali nak ke sana tapi penuh teruk sangat sampai takleh nak masuk. mungkin sebab masa kak pi tu hari cuti sekolah. sebab tu jadi camtu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails