Kekecewaan yang saya lalui selama saya mencari awak adalah bersebab. Dan kerana itu saya yakin yang Allah sedang aturkan pertemuan yang lebih indah buat kita | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Ahad, 6 Januari 2019

Kekecewaan yang saya lalui selama saya mencari awak adalah bersebab. Dan kerana itu saya yakin yang Allah sedang aturkan pertemuan yang lebih indah buat kita

 
Assalamualaikum


Setiap insani tidak terlepas dari ujianNya, lebih lagi soal hati dalam mencari pasangan hidup. Rezeki , jodoh, ajal dan pertemuan itu rahsia Allah yang tersimpan rapi untuk kita. Allah hamparkan kasih sayang mengikut kemampuan kita dan segalanya bersebab. 

Bacalah surat dari Arafah ini yang memberikan motivasi kepada kita bersabar menanti kehadiran yang tidak berkunjung tiba. Allah tahu yang terbaik untuk kita.

#suratdariArafah

"saya nak sangat bawa awak ke sini"

Saya tahu, kenapa Allah masih belum temukan saya dengan awak (isteri). Saya tahu semua kekecewaan yang saya lalui selama saya mencari awak adalah bersebab. Dan kerana itu saya yakin yang Allah sedang aturkan pertemuan yang lebih indah buat kita..

Awak tahu, bilamana Allah masih tidak menemukan kita, saya sedar sebenarnya Allah sedang beri ruang pada saya untuk lebih meneliti pada rezeki saya yang lainnya. Dari situ, saya dapat tumpukan pada karier saya walaupun tidak seberapa. Dengan peluang yang Allah beri itu, dapat saya berbakti untuk ibu dan bapa. Alhamdulillah, mereka redha dengan apa yang saya buat. Semoga bila berjumpa dengan awak nanti, ibu bapa kita masih dan sentiasa redha dengan kita... 

Ketika Allah masih tidak menemukan kita, ketika itu saya sentiasa tahu yang semua ini membuatkan saya lebih menghargai insan-insan disekeliling saya. Baik dari ahli keluarga, sahabat-sahabat, mahupun seluruh kenalan saya. Mereka inilah sebagai pelengkap hidup saya sebelum saya jumpa awak, dan mereka jugalah yang banyak membantu saya dalam urusan hidup saya. Mungkin orang lain nampak saya kuat dalam berhadapan dengan segala hal. Tetapi ada hal-hal tertentu yang saya perlukan awak berada disisi saya untuk saya hadapinya. Jujur saya beritahu, saya yang kecik manja ni memang tak kuat bila seorang diri. Semoga bila awak berada dengan saya nanti, akan membuatkan saya lebih kuat dan lebih menghargai segala insan disekeliling saya... 

Saya pernah mengeluh, mengapa bila saya cuba mencari awak untuk berada dekat dengan awak, pada masa yang sama saya rasa awak jauh sangat dari saya. Rupa-rupanya itu adalah ujian Allah buat saya supaya saya lebih dekat pada Dia. Kerana saya adalah seorang pendosa, dan setiap dosa yang saya lakukan mungkin menjadi asbab kepada jauhnya jodoh antara kita. Begitu baiknya Allah yang memberi kesempatan ini dan menyedarkan saya untuk memperbaiki diri sebelum saya berjumpa awak. Semoga nanti bila awak berasa disisi saya, membuatkan saya lebih dekat lagi dengan Allah...

Selama saya mencari awak, banyak ujian yang saya lalui. Mungkin semua itu Allah hadirkan sebagai wadah untuk saya menjadi lebih matang. Atau mungkin ianya adalah cara bagaimana Allah mahu saya mempersiapkan diri saya sebelum berjumpa awak. Agar saya lebih menghargai awak dan agar nanti awak lebih tenang dan gembira disisi saya... 

Saya nak sangat tahu awak siapa. Tapi awak masih lagi dalam rahsia Allah. Ya, walau siapa pun awak, saya doakan agar awak ditetapkan hati supaya sentiasa sabar dan setia menanti untuk saya. Semoga awak sentiasa sihat, dilapangkan hati, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala kejahatan dan sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayang Allah...

Saya selalu menantikan kehadiran awak. Andai sempat nanti kita berjodohan di dunia, saya nak bawa awak ke sini. Di Jabal Rahmah (bukit kasih sayang) ini nanti, kita sama-sama singkap kembali sejarah pertemuan semula Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Dan semoga detik itu nanti juga menjadi titik permulaan pahit manis hidup kita berdua... 

Saya nak sangat bawa awak ke sini.🌷
 
Kredit : -Ameer Firdaus-


*Seluruh ayat yang aku karang hari ni sangat berat bagi aku.

Share This!


7 ulasan:

Khaishah berkata...

Betul tu kadang ada yg diuji mengikut kemampuan masing2..ada yg hidup nyer bertemu dgn seseorang dlm jangka masa lama..tapi akhirnya terlerai jua..dan ada juga pengenalan yg singkat..tapi itulh jodoh yg telah ditetapkn dan menjadi rahsia utk kita mencari dan mengejar cinta Allah dalam ketika kita mengenali seseorang insan itu..semoga dipertemukn dgn insan yg awak cari.

Unknown berkata...

Rencana Allah itu lebih indah dari apa yang kita impikan dan jodoh sendiri itu tidak akan tertukar...

Aini Zainudin... berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
NRMI berkata...

Semoga kamu dipertemukan dengan insan yang kamu tunggu. Dan doakan juga untuk saya. Benar rahsia jodoh itu indah.

Rendi Febriandi berkata...

Jodoh sudah tertulis di Lauh Mahfudz, tidak bisa dirubah oleh manusia, sehebat apapun usahanya. Kemudian kita tidak perlu mengharap kepada orang lain, mengharap agar seseorang itu menyukai kita. Berusaha memang perlu, tapi Allah SWT yang menentukan semuanya. Mudah-mudahan kita termasuk orang yang beriman kepada Allah SWT. AMiin.. Lowongan Kerja

Lucyana90 berkata...

Sabar itu indah. .Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang . .Apa yg kau rsa sekrang ini bgitu juga apa yg aq rsa . Serahkan sgalanya dgn Allah. .insyaallah akan dpermudhkn sgalanya ..����

Unknown berkata...

Alhamdulillah...Indah Dan Terharu Segala Coretan Ini...Apa Yg Di Ungkapkan Itu Benar Bagi Sifat Allah Yg Menetapakn Segala Tiap Sesuatu...Sesuatu Yg DIA Aturkan Dan Tetapkan Itu Pastinya Mengikut Sabab Serta Musabbab...Memang Benar Setiap Jodoh,Rezeki Serta Ajal Sudah Ditulis Di Luh Mahfuz Sblm Kita Dilahirkan...Namun Semua Ketetapan Itu Mampu Berubah Dgn Kekuatan Usaha,Ikhtiar Doa Serta Tawakkal...Cuma Hal Ini Bergantung Kpd Kekuatan Serta Keadah Kita Melaksanakannya...Ini Berkenaan Antara Hubungan Seorg Hamba Dgn Sang Pencipta...Istiqoroh,Tahajjud,Zikrullah,Munajat Serta Istiqomah...Semua Itu Adalah Peralatan Atau Suatu Fitrah Yg Allah Wujudkan Untuk HambaNYA Laksanakan Sbg Peantaraan Di Atas Kemunajatan Diri Terhadap Sesuatu Yg Sgt Dihajati Mengikut Cara Yg Sebetul Benar Sbg mn KehendakNYA...Dan Baginda Rasul Sendiri Mengajar Akan Doa Dalam Istiqoroh Yg Berbunyi..."Ya Allah Ya Tuhanku...Jika Aku Ini Telah Ditakdirkan Di Luh Mahfuz Bhw Aku Ini Celaka,Tersisih Serta Sedikit Rezeki,Maka Dgn Itu Aku Memohon Segala Belas Ehsan MU Agar Engkau Kembalikan Lah Segala TadirMU Yg Azali Ini Ke Luh Mahfuz...Dan Aku Mohon Agar Kau Turunkan Lah TakdirMU Yg Baru Ke Atasku Ini...Krn Sesungguhnya Engkau Tuhan Yg Maha Kaya Dgn Sifat Belas EhsanMU...Krn Tiada Tuhan Yg Aku Sembah SelainMU Dan KpdMU Tempat Kami Memohon Segala Pertolongan Juga Segala Perlindungan...Aamiin Ya Robbal Aalamiin...Jadi,Jika Sesuatu Yg Tidak Berlaku Atau Tidak Termakbul Disebabkan KententuanNYA Adalah Sgt Bersebab...Namun Bafi HambaNYA Yg Sampai Zuk Munajat Serta Doa Yg Sgt Tinggi,Mampu Menyentuh Sifat Keehsanan Allah Swt Yg Sgt Halus Untuk Merubah Sesuatu Takdir Ke Atas Seseorg HambaNYA...ItuLah Rahsia Allah Dgn Segala Sifat Pengasih Dan PenyayangNYA Terhadap MakhlukNYA...Subhanallahi A'azhiim...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails