Kamu, Stop Bodohkan Diri Kerana Cinta
Cinta itu indah — kalau kena pada tempatnya, kalau kena pada orang yang betul. Tapi sayangnya, ramai antara kita sanggup jadi bodoh demi cinta. Ya, kedengaran kasar, tapi itu realitinya.
Ada yang sanggup korbankan harta, nyawa dan maruah hanya kerana cinta. Ada yang sanggup cederakan diri untuk tunjukkan sayang. Semata-mata nak kekal dalam hubungan yang belum tentu ikhlas. Kita terlalu mudah gadaikan semuanya demi seseorang yang belum tentu pun mahu tinggal sampai akhir.
Kenapa?
Kerana kita takut kehilangan. Takut sunyi. Takut tak jumpa orang lain. Tapi sebenarnya, yang patut kamu takut ialah: kehilangan diri sendiri.
Cinta Bukan Lesen Untuk Disakiti
Kalau setiap hari kamu menangis sebab dia, itu bukan cinta — itu beban. Kalau kamu kena minta izin untuk jadi diri sendiri, itu bukan hubungan sihat. Jangan terima layanan yang kamu sendiri tak sanggup beri. Jangan biasakan hati dengan luka, nanti kamu fikir itu normal.
Sayang Boleh, Tapi Jangan Berlebihan
Cinta itu fitrah. Sayang itu keperluan. Tapi ingat, sayang boleh, tetapi segala sesuatu jangan berlebihan. Bila kamu terlalu sayang, kamu mula lupa harga diri. Bila kamu terlalu taksub, kamu akan halalkan segala perkara yang menyakitkan — semata-mata nak kekalkan ‘cinta’ yang mungkin cuma bertepuk sebelah tangan.
Jangan buang harga diri untuk orang yang tak nampak nilai kamu. Jangan bodoh kerana nak buktikan kesetiaan kepada orang yang tak pernah pun minta maaf bila buat kamu terluka.
Tak Semua Jodoh Itu Cinta Pertama
Jangan biarkan kenangan jadi alasan untuk bertahan dalam hubungan yang menyakitkan. Kadang-kadang, kita cuma rindu ‘masa bahagia’, bukan orangnya. Percayalah, kalau dia ditakdirkan untuk kamu, dia akan datang kembali dengan cara yang lebih baik — bukan dengan air mata.
Move On Itu Bukan Kalah, Tapi Bijak
Orang yang kuat bukan orang yang terus bertahan dalam toksik, tapi orang yang berani lepaskan walaupun masih sayang. Move on bukan tanda lemah. Itu tanda kamu sayang diri, dan kamu tahu nilai kamu lebih daripada apa yang dia bagi.
Akhir Kata:
Jangan bodoh kerana cinta. Tapi jadilah bijak kerana pernah kecewa.
Ada yang sanggup korbankan harta, nyawa dan maruah kerana cinta — tapi akhirnya yang tinggal cuma penyesalan.
Sayang itu perlu, tapi biarlah berpada-pada.
Cinta yang betul akan buat kamu tenang, bukan susah.
Dan kalau sekarang kamu masih belum jumpa yang baik, doakan kita semua dipertemukan dengan seseorang yang mampu menerima kekurangan kita, dan mencintai kita dengan cara yang sihat dan ikhlas.
Sebelum kamu cintakan orang lain, pastikan kamu dah cinta diri sendiri dulu.
0 Ulasan