Ticker

6/recent/ticker-posts

Buat Lelaki di Luar Sana – Fikir-Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi


Hidup Jadi Anak Hasil Keluarga Bermadu Bukanlah Mudah


Tak semua orang lahir dalam keluarga yang sempurna. Ada yang membesar dengan kasih sayang ibu dan ayah yang cukup, ada juga yang hidup dalam keluarga yang berbeza – salah satunya keluarga bermadu. Dan bagi kami, anak-anak hasil daripada keluarga bermadu, hidup ini memang tak semudah yang orang sangka.


Derita Dari Kecil, Siapa Yang Peduli?


Sejak kecil, kami dah belajar apa itu air mata. Kadang-kadang menangis sorang-sorang sebab tak tahu nak luah dekat siapa. Rumah tak macam rumah orang lain – kadang penuh dengan pertengkaran, kadang sunyi macam tak ada siapa peduli. Waktu orang lain pergi bercuti dengan keluarga, kami hanya duduk di rumah, tengok gambar orang lain bahagia.


Susah Dari Awal Usia


Nak minta barang pun fikir banyak kali. Kadang tak sampai hati tengok mak kerja siang malam nak cukupkan makan minum. Ayah? Ada, tapi tak selalu ada. Kadang cuma mampu tengok dari jauh.  Sekejap sangat, tak sempat nak luah rindu pun. Itupun kalau ada, sampai aku lupa bagaimana sodok seorang ayah. Nak belajar pun susah, sebab fikiran serabut. Duit sekolah pun cukup-cukup makan. Kadang nak beli buku pun terpaksa tunggu bulan depan, kadang pernah sampai minjam-minjam. 


Struggle Untuk Berdiri Sendiri


Sebab hidup susah dari kecil, kami belajar berdikari lebih awal dari orang lain. Ada yang kerja part time sejak sekolah. Ada yang belajar ikat perut sebab nak simpan duit untuk yuran, kadang duit raya itulah kami laburkan. Untuk simpan? tidak pernah ada. Kami tak ada tempat bergantung sepenuhnya, jadi kami sendiri kena jadi tempat berpaut. Dan ya, walaupun penat, walaupun kadang nak give up, kami tetap bangun hari demi hari untuk teruskan hidup.


Perbandingan Yang Menyakitkan


Dalam keluarga bermadu, kadang-kadang bukan saja orang luar, tapi ahli keluarga sendiri suka buat perbandingan. “Anak isteri  satu lagi tu pandai-pandai belaka.” “Yang ni perangai ikut mak dia.” Kata-kata macam tu macam pisau tajam yang menikam hati. Kita tak minta pun lahir dalam situasi ni, tapi kita terpaksa hadap semuanya.


Dendam Antara Isteri, Anak Jadi Mangsa


Kalau ibu dan madu dia tak sebulu, kami anak-anak yang jadi mangsa. Kadang-kadang emak luah perasaan sedih pada kita, kadang-kadang pula kita jadi tempat dia lepaskan marah. Emosi jadi keliru – nak sayang ayah, takut mak terasa. Nak rapat dengan adik-beradik sebelah sana, takut keluarga sendiri kata kita tak setia.


Identiti Diri Yang Kacau


Bila hidup dalam dua dunia – rumah sana dan rumah sini – kadang-kadang kita sendiri tak tahu siapa kita sebenarnya. Kita belajar untuk pura-pura kuat, sedangkan dalam hati luka tak pernah sembuh. Ada masa kita jealous tengok kawan-kawan yang boleh peluk ayah dan ibu sekali dalam satu rumah. Kita cuma mampu tengok, senyum… dan simpan air mata dalam hati.


Tapi Kami Juga Kuat


Walaupun hidup kami penuh ujian, anak-anak keluarga bermadu bukan manusia lemah. Kami belajar erti sabar sejak kecil. Kami belajar untuk memahami, walau kami sendiri tak difahami. Dan kami berjanji – bila kami dewasa, kami akan jadi lebih baik. Kami takkan ulang kesilapan yang sama.


Kalau kamu kenal seseorang yang datang daripada keluarga bermadu, jangan terus nilai. Belajar untuk fahami, bukan hakimi. Kerana di sebalik senyuman mereka, ada cerita yang tak semua orang mampu tanggung.


Namun Kami Tetap Bangkit


Walaupun kami melalui semua kepahitan ni, kami tetap cuba jadi yang terbaik. Kami tak salahkan takdir. Kami anggap ini ujian yang Allah bagi untuk kuatkan hati kami. Ya, kami lahir dari keluarga yang orang kata “tak sempurna”, tapi kami juga ada cita-cita, ada impian, dan kami pun layak bahagia.


Buat Lelaki di Luar Sana – Fikir-Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi


Wahai lelaki di luar sana…

Sebelum kamu terdetik nak tambah satu lagi isteri, tolong tanya diri sendiri dulu – betul ke aku mampu? Bukan sekadar mampu dari segi duit, tapi mampu berlaku adil? Mampu bagi kasih sayang sama rata? Mampu hadap tanggungjawab berganda?


Kalau sekadar ikut nafsu, sebab rasa isteri dah tak secantik dulu, atau sebab godaan dunia… ingatlah, anak-anak yang lahir daripada keputusan kamu tu akan jadi mangsa. Mereka tertekan, mereka keliru, mereka membesar dengan luka yang tak semua boleh nampak.


Anak-anak bukan robot yang boleh dibahagi ikut giliran. Mereka perlukan perhatian setiap masa. Mereka nak rasa disayangi, bukan dibanding-bandingkan, bukan disisihkan hanya sebab ayah sibuk bahagi masa antara dua rumah.


Kalau kamu memang mampu – dari semua segi – dan isteri sedia redha, silakan. Itu hak yang Allah bagi. Tapi kalau kamu sendiri masih kelam-kabut urus rumah tangga yang satu, tolong… batalkan niat tu. Jangan gadaikan masa depan anak-anak hanya kerana keputusan yang kamu buat tanpa fikir panjang.


Kami anak-anak hasil keluarga bermadu bukan benci poligami, tapi kami tahu peritnya kalau ia dilakukan tanpa ilmu, tanpa tanggungjawab, dan tanpa hati yang ikhlas.



Akhir kata:


Fikir sebelum buat. Jangan nanti anak-anak sendiri yang tanggung beban sampai ke besar. Jangan jadikan mereka dewasa dengan luka yang kamu sendiri cipta.

Catat Ulasan

2 Ulasan

paridah berkata…
hidup ni singkat saja xperlu tarik gerabak sarat masalah hidup andainya xmampu upaya daya manusia itu xseberapa pun
Sii Nurul berkata…
Sy juga t'dapat keluarga yg ada berpoligami.. Tp tidak semua lelaki dapat b'laku adil walaupun mampu.. Yg kesian mmg anak2.. Sbb tu tidak ramai perempuan yg terima utk b'poligami.. Kdg org lelaki tak fikir pun apa yg berlaku d'kemudian hari.. Tidak semua lelaki tp kbyakkan lelaki..