Ticker

6/recent/ticker-posts

Jodoh Sudah Ditakdirkan, Tetapi Perlukan Usaha


 

ehsan google 

Pernah tak tengah malam kau baring sorang-sorang, scroll TikTok, tiba-tiba keluar video kahwin. Lagu romantik. Senyum-senyum pengantin. Caption: “Akhirnya bertemu jodohku ”

Dan kau terus termenung...

“Aku bila lagi?”

Sumpah bukan kau sorang rasa macam tu. Ramai. Aku pun pernah.

“Bukankah jodoh tu dah ditakdirkan?”

Ye, memang betul. Dalam Islam, kita percaya segala-galanya dah ditulis — sejak kita dalam perut mak lagi. Termasuklah jodoh.

Tapi jangan silap faham.

Takdir bukan alasan untuk duduk saja.
Contohnya: kau lapar. Takkan kau duduk dan cakap, “Kalau dah rezeki, nasi akan datang sendiri ke mulut.”
Mana datang kenyang macam tu?

Sama juga dengan jodoh. Ya, Allah dah tulis. Tapi kita tetap kena usaha, doa, dan serah balik pada Dia.

Dalam Islam, konsep qada’ dan qadar merupakan asas kepada kepercayaan bahawa segala yang berlaku di dunia ini adalah di bawah pengetahuan dan ketentuan Allah SWT. Ia termasuk dalam Rukun Iman ke-6 iaitu beriman kepada qada’ dan qadar, baik yang baik mahupun yang buruk.

Salah satu topik yang sering dikaitkan dengan qada’ dan qadar ialah jodoh. Ramai yang bertanya:
"Kalau jodoh dah ditakdirkan, perlu ke kita usaha?"
"Kenapa saya masih belum bertemu jodoh walaupun dah banyak berdoa?"

Mari kita fahami secara ringkas dan jelas.

Apa Itu Qada’ dan Qadar?

  • Qadar ialah ketetapan Allah sejak azali. Ia ibarat pelan besar kehidupan yang sudah Allah tentukan sebelum sesuatu itu berlaku.

  • Qada’ pula ialah pelaksanaan terhadap apa yang telah ditetapkan dalam qadar itu.

Contohnya:
Allah telah tetapkan seseorang akan berkahwin pada usia 30 tahun. Itu adalah qadar. Bila tiba masanya dia benar-benar berkahwin — itu qada’.

Jodoh: Sudah Ditakdirkan, Tetapi Perlukan Usaha

Jodoh memang telah ditulis oleh Allah, namun ini tidak bermakna kita hanya perlu duduk diam menunggu tanpa usaha. Dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11, Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Ayat ini menunjukkan bahawa usaha itu penting, walaupun sesuatu perkara telah ditakdirkan. Allah mengetahui segalanya, termasuk usaha kita mencari jodoh yang baik.

“Tapi aku dah usaha, masih tak ada siapa-siapa…”

Aku tahu rasa tu.

Kau dah cuba buka hati, jaga penampilan, jadi baik, doa tak putus-putus, tapi tetap rasa... kosong.

Sini aku nak share satu benda:
Kadang-kadang Allah tak lambatkan jodoh sebab Dia tak sayang… tapi sebab Dia nak beri yang terbaik.

Macam budak mintak mainan mahal, tapi ayah dia tahu mainan tu akan cepat rosak. Ayah tu tunggu masa sesuai untuk belikan mainan yang lebih tahan lama. Lebih elok.

Begitu juga jodoh.

 

Takdir Jodoh: Bukan Soal Cepat atau Lambat Sahaja

Kadangkala seseorang berkahwin awal, tetapi tidak bahagia. Ada pula yang lambat bertemu jodoh, namun hidupnya tenang dan penuh kasih sayang. Maka, takdir jodoh bukan sekadar "bila", tetapi juga "siapa" dan "bagaimana".

Perlu difahami juga bahawa:

  • Jodoh boleh berubah — jika seseorang tidak menjaga hubungan atau tidak menghargai pasangannya, perkahwinan boleh berakhir.

  • Doa boleh mengubah takdir — berdasarkan hadis Nabi SAW:

    “Tidak ada yang dapat menolak takdir melainkan doa.”
    (HR. Tirmizi)

    Maksudnya?
    Doa kita boleh jadi turning point.

    Kalau jodoh yang datang awal tu bukan yang terbaik, doa kau mungkin alihkan takdir tu. Allah tarik balik, gantikan dengan yang lebih sesuai — walaupun lambat sikit. 

Jodoh adalah takdir, tetapi usaha, doa, dan tawakal adalah tanggungjawab kita. Jangan putus asa jika belum bertemu pasangan yang sesuai. Allah Maha Mengetahui bila masa yang terbaik, siapa yang terbaik, dan bagaimana jalan cerita hidup kita.

Yang penting, teruskan memperbaiki diri, berdoa, dan bertawakal. Apa yang ditakdirkan untuk kita, tidak akan terlepas — asalkan kita tidak berputus asa.

“Apa yang ditakdirkan untukmu, pasti akan menjadi milikmu. Apa yang bukan untukmu, tidak akan pernah kekal padamu.” 

Satu hari nanti, bila masa sampai, kau akan senyum.
Dan kau akan cakap,

“Ohh… ini sebabnya Allah lambatkan jodoh aku dulu.”

Masa tu, semua air mata yang kau pernah tahan dulu — semua doa waktu malam, semua soalan dari makcik-makcik masa kenduri — semuanya akan jadi kenangan manis.

Sebab jodoh yang datang masa tu, akan rasa betul-betul kena. Tenang. Masuk.

Sebab Allah memang Maha Tahu.
Dan Dia tak pernah salah tulis takdir.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan