Aku masih ingat zaman aku duduk bersila depan TV, semata-mata nak tunggu Keluang Man kartun datang menyapa.
Jadi bila filem live action Keluang Man pernah diumumkan tahun 2018 dulu, aku antara yang lompat gembira. Tapi malangnya sepi tanpa aksi Llma kot aku tunggu. Sampai dah kerja, dah rasa penat hidup, baru filem dia muncul tahun 2025. Dan bila akhirnya aku duduk dalam panggung, popcorn tangan kiri, harapan tangan kanan... aku keluar dengan rasa bercampur. Macam minum kopi sejuk – pahit pun ada, sedap pun ada, tapi rasa "boleh lagi ni".
ADA YANG BUAT AKU TERGELAK, TAPI JUGA MENGELUH
1. Reveal Hero Yang Anti-Klimaks
Aku tak harap efek Marvel, tapi at least bagilah moment hero keluar dengan gaya. Tapi Keluang Man diperkenalkan sangat hambar Macam… hilang angin. Sayang, sebab moment itu boleh jadi epik.
2. Pop Culture & Dialog Ulangan – Letih Dengar
Lawak memang ada. Kadang aku tergelak sebab unexpected. Tapi bila banyak sangat rujukan pop culture macam sekadar nak pandai-pandai ambil hati penonton Gen Y, terus jadi macam checklist. Tambah pula dialog yang diulang-ulang macam “Ini bukan Batman, ini cerita lain” – sekali dua boleh tahan, tapi bila dah ulang banyak kali, rasa insecure pula filem ni dengan identiti sendiri.
3. Product Placement Terlalu Jelas
Wonda Coffee muncul macam iklan raya. Aku faham penaja penting, tapi bila dah masuk scene macam iklan YouTube, ia ganggu pengalaman menonton. Terasa “hard sell” sangat.
4. CGI Masih Perlu Diperbaiki
Ada babak yang CGI dia okay, ada juga yang nampak “keras” – tak blend dengan dunia sebenar. Tapi aku tetap nak puji sebab kita makin berani cuba benda-benda macam ni. Tak sempurna, tapi tak kayu.
5. Skrip Ada Yang Mantap, Ada Yang Macam “Try Hard”
Ada moment skrip dia bersahaja dan kena, tapi ada juga babak kelakar yang rasa dipaksa sangat. Nas-T bawak watak Borhan dengan baik, dan Rosyam Nor serta Remy Ishak memang berikan yang terbaik. Tapi watak Shahrol Shiro dan beberapa pelakon lain macam tak digunakan sepenuhnya. Sedikit kecewa sebab potensi tu ada.
DAN INI PULA YANG AKU NAK TABIK
1. Pacing Cerita On Point
Tak meleret. Aku tak sempat bosan. Filem ni tahu bila nak bergerak, bila nak berhenti, dan bila nak hentam emosi. Setiap babak ada fungsi, ada “weight”.
2. Visual & Bunyi Yang Padu
Lighting cantik, tone warna dia ada gaya tersendiri. Cinematografi ada cita rasa. Background score pun sedap telinga, tak over.
3. Babak Aksi Mantap
Untuk filem Malaysia, ni antara scene lawan yang paling best. Tak shaky sangat, choreography pun kemas. Kamera tahu bila nak ikut, bila nak biar steady. Lagi adegan meletup
4. Watak borhan yang menjadi
Watak Borhan memang menjadi bukan “gila suka-suka”. Ada trauma, ada luka, ada beban. Dan filem ni berjaya tunjuk sisi tu. Kita bukan je tengok superhero, tapi juga struggle manusia yang hilang arah. Tapi satu je aku harap lebih baik – build-up dia dari “Borhan” ke “Keluang Man” terlalu cepat. Tiba-tiba je dah siap kostum, macam tempah dekat Shopee.
KESIMPULAN AKHIR – FILEM YANG JUJUR, TAPI MASIH BELUM CUKUP BERANI
Keluang Man (2025) bukan filem superhero biasa. Dia bukan nak jadi “blockbuster” penuh letupan. Dia filem yang nak kita ingat semula — siapa Borhan, apa yang dia perjuangkan, dan betapa “gila” itu bukan semestinya kelemahan.
Filem ni buat aku ketawa, buat aku terdiam, dan paling penting — buat aku terfikir. Tapi sebagai peminat, aku juga tak boleh nafikan: masih banyak ruang nak dibaiki. Dari segi ton cerita, skrip, continuity, sampai ke bab emosi.
Kalau ada Keluang Man 2, aku harap dia akan lebih yakin, lebih tajam, dan lebih fokus. Tak perlu ulang dialog, tak perlu terlalu nak pandai-pandai buat lawak. Just jadi diri sendiri — itu dah cukup.
Tapi aku juga tahu ini bukan penamat. Mungkin, ini permulaan. Versi pertama ni macam langkah pertama yang goyah. Kalau ada Keluang Man 2, aku harap diorang lebih yakin, lebih teliti, dan lebih berani untuk bercerita tanpa bersandar pada nostalgia semata.
Sebab bagi aku, Keluang Man bukan sekadar nostalgia. Dia lambang satu potensi. Dan potensi tu belum betul-betul digilap lagi.
Sebab bagi aku, Keluang Man ada satu kuasa yang tak semua hero ada:
Dia bukan datang dari langit. Tapi dari tempat yang kita selalu abaikan – kepala kita sendiri.
so rating aku 7/10.
Mana yang cakap teruk sangat itu, janganlah macam itu bagi peluanglah, pada aku kepada mereka yang tak mengikut cerita versi kartun pun masih boleh layan lagi.
Satu hal yang paling sedih, di pawagan semakin sedikit tayangan Keluang Man, jumlah kutipan masih belum diketahui, adakah Keluang Man Gagal ?
0 Ulasan