Akhir-akhir ini, media sosial kita penuh dengan kisah kecurangan.
Ada yang kantoi sebab mesej lama terbongkar, ada yang ketahuan sebab gambar tersebar, dan ada juga yang akhirnya tular — bukan kerana cinta, tetapi kerana pengkhianatan.
Setiap kali kita baca kisah sebegitu, mungkin ada yang berkata,
“Aku takkan buat macam tu.”
Tapi hakikatnya, kecurangan tak pernah bermula dengan niat nak khianat.
Ia bermula dengan satu mesej kecil yang dibalas, satu rahsia yang disimpan, satu alasan yang kita cipta sendiri.
Orang yang curang selalu fikir mereka bahagia.Kononnya, ada orang lain yang lebih memahami, lebih manja, lebih ambil berat.Tapi mereka lupa bahagia yang lahir dari luka orang lain takkan kekal lama.
Mungkin sekarang kamu tersenyum dengan “orang baru”,tapi senyuman itu dibina atas air mata orang yang pernah setia dengan kamu.Dan satu hari nanti, bila kamu pula berada di tempat orang yang dikhianati,kamu akan rasa pedih yang sama malah mungkin lebih perit.
Belum pernah ada orang yang curang itu bahagia.Kerana bagaimana mungkin hati yang pernah sakiti orang lain mampu tenang selamanya?
Ramai pandang ringan bila curang masa bercinta.Alasannya mudah “Belum kahwin lagi, bukan kira curang sangat pun.”Tapi di situlah kesilapan besar bermula.
Kalau masa bercinta pun kita dah belajar menipu dan bermain dengan hati orang,
apa jaminan kita akan setia bila dah berumah tangga nanti?Setia bukan bermula dari akad nikah, tapi dari niat kita mencintai dengan jujur sejak awal.
Kamu mungkin rasa bebas sekarang.
Kamu mungkin fikir semuanya terkawal.
Tapi hidup ini penuh dengan giliran.
Hari ini kamu lukakan, esok mungkin kamu yang menangis.
Bila seseorang yang dulu kamu sakiti mula bahagia tanpa kamu,dan kamu pula terus rasa kosong walau bersama orang baru di situlah kamu akan faham maksud sebenar karma.
Kalau kamu sedang curang, berhentilah sekarang.
Tak perlu tunggu kantoi, tak perlu tunggu sampai hancur semuanya.
Kalau kamu pernah curang, belajarlah untuk berubah.
Perbaiki diri, minta maaf dengan tindakan, bukan hanya dengan kata.
Tuhan tak tutup pintu taubat selagi kita benar-benar mahu berubah.
Mungkin kamu tak boleh padam kesilapan lama,
tapi kamu boleh pastikan —kamu tak ulanginya lagi.
Setia itu mungkin nampak membosankan,tapi hanya orang yang setia tahu betapa indahnya hidup bila tak perlu menipu.Tak perlu sembunyi mesej, tak perlu rasa bersalah setiap kali buka telefon.
Curang mungkin beri rasa seronok sementara,
tapi setia beri ketenangan selamanya.
Ingatlah “Belum pernah ada orang yang curang itu bahagia,
kerana setiap kali kamu sakiti hati orang,
kamu sebenarnya sedang menanam benih duka untuk diri kamu sendiri.”
0 Ulasan