Hina sangat ke kalau kahwin lambat?
Kadang aku tertanya…
apa salahnya kalau umur makin meningkat tapi jodoh belum juga sampai?
Kenapa setiap kali bertemu orang, soalan itu juga yang datang…
“Bila nak kahwin?”
Seolah-olah hidup ini belum cukup sempurna hanya kerana belum bernikah.
Ada masa, bukan sekadar bertanya tapi diselit dengan pandangan rendah,sindiran seakan aku ini memilih terlalu tinggi atau terlalu lama menunggu tanpa usaha.
Sedangkan mereka tak pernah tahu aku juga sudah berusaha.Aku juga pernah berharap.
Aku juga pernah kecewa… diam-diam.
Jodoh itu rahsia Allah.Bukan cepat atau lambat yang menentukan nilainya,tapi siapa yang Allah pilih untuk menemani kita sampai akhir.
Dan mereka juga tak faham bukan semua orang bebas memilih sesuka hati.
Aku…
aku sedang menjaga ibuku.Aku memilih untuk ada di sisinya dalam setiap lelah dan sakitnya.
Bukan mudah untuk orang menerima keadaan itu.Bukan mudah untuk seseorang datang dan rela berkongsi tanggungjawab yang bukan kecil.
Dan orang juga tak tahu betapa susahnya aku membina hidup dari bawah.Kerjaya aku bukan terus stabil.Aku pernah jatuh, pernah rasa sempit pernah kira duit cukup tak cukup untuk teruskan hari.
Aku belajar berdiri sendiri perlahan-lahan kumpul kekuatan perbaiki hidup satu demi satu. Dalam masa orang lain sudah tenang dengan pasangan aku masih berjuang untuk stabilkan diri.
Kadang aku bukan tak mahu berkahwin aku cuma tak mahu membawa seseorang masuk ke dalam hidup yang belum aku mampu jaga dengan baik.Aku mahu bila aku melangkah ke alam itu aku datang dengan kesiapan bukan sekadar harapan.Kalau itu membuatkan aku lambat,biarlah.Kerana aku tahu,aku tidak menunggu sia-sia.
Aku tidak kejar cepat,aku kejar yang tepat. Dan untuk yang selalu memandang rendah aku belajar untuk diam, bukan kerana aku lemah,
tapi kerana aku yakin setiap orang ada jalan takdirnya sendiri.
Mungkin hari ini aku diuji dengan penantian,tapi aku percaya bila Allah kata “cukup”,
Dia akan kirimkan seseorang yang tak mempersoalkan masa laluku,tapi menghargai perjuanganku dan kesetiaanku menjaga ibuku.
Kerana cinta yang sebenar bukan sekadar menerima aku tapi menerima seluruh cerita hidupku.
siapapun tak nak kawin???
Aku tak minta banyak cukup doakan aku.



0 Ulasan