Ticker

6/recent/ticker-posts

Panas : Tak Payah Nak Jadi Blogger Islamik Sangat Meh Post




Assalamualaikum

Hari nie acik sangat terkejut sekali dan terpanggil untuk membuat entry mengenainya kerana acik sungguh sedih sekali apa yang terjadi. Yup acik tahu acik bukanlah blogger hebat seperti yang lain dan masih lagi baru dalam dunia blogger tapi tak bermakna kamu boleh memperlekehkan apa yang acik tulis dalam blog acik nie.Blog acik ini bukan berdasarkan pandangan peribadi saje tapi lebih kepada terbuka. Siapa yang mengenali acik , dia akan faham macam mane acik...hari nie acik ada kelas sampai petang tadi.. sungguh penat kelas petang jumaat.

Dan kebetulan balik acik terus online facebook kerana dah janji dengan seorang kawan kerana nak temuramah nak mintak pedapat dari dia dan tiba-tiba ada seorang lelaki nie chat dengan acik, honestly acik just tahu dia juga adalah seorang blogger kerna selalu tengok dia postkan entry di group blogger. Dan acik rasa pelik sebab secara tetiba dia tegur dan acik just fikir positive mungkin nak berkenalan sesama blogger...namenya biarlah di secret kerna tak mahu aibkan sesiapa..


Dan si blogger tu pon menaip dan ini ayatnya : Hai bro, wahh sekarang blog ko makin laris yer, ramai aku tengok orang sharekan dan like... wah tak lame lagi ko jadi pemes r...aku memang respek dengan ko sebab apa ko tulis tu ada saje yang nak bace ... ko guna ilmu apa ahh??? aku nak bagi tawaran pada ko nie ... now blog ko tengah up ... so apa kata ko tukar cara sytle blog ko .. jangan nak islamic sangat sebab ko pon belum tentu orang baikkan ...aaah so ko tukar kepada blog pornografi.. ko mesti makin ramai view dan orang datang blog ko... but masa nie dah 5 blog join aku, so nie kesempatan ko bro... aku bagi ko RM1000 .. ko edit apa patut dan sumber lucah aku bekalkan pada ko... nie linknya...jangan risau niee semua barang baikk punye ... kalau ko setuju just bagi no akuan ko bro ..aku bank in sekarang juga.. nanti tiap2 bulan hasil kita bagi sama rata... kalau nak jadi blog islamic x dpt apa-apa bro ... duit pon tak gerak....

Ermm  sungguh acik rasa terkilan dan sedih sangat kerana sungguh acik katakan acik jadi blogger nie bukan untuk famous dan cari duit tapi just suka-suka untuk beri maklumat. Yup acik tahu acik bukanlah seorang yang warak sehingga layak mengulas lebih dalam tentang islam. Tapi sekurangnya acik mencuba yang sebaiknya mengikut apa yang acik tahu dan minta pandangan orang yang lebih arif... 

Niat tak menghalalkan cara... kena faham bahawa setiap sesuatu itu akan dikira daripada niatnya.. Jika sesiapa berniat untuk melakukan kebaikan (niat nak bersedekah ke, nak bangun tahajjud ke dsb), maka dia telah memperolehi pahala.. walaupun belum melakukan kebaikan tersebut.. Jika dia berniat untuk berbuat baik, dan melaksanakan amal kebaikan itu.. baginya 2 pahala.. iaitu pahala niat nak melakukan amalan baik dan pahala melakukan amal kebaikan.. 

Berbeza dengan niat melakukan kejahatan.. Jika berniat nak buat jahat, maka niatnya itu tak mendatangkan dosa.. Jika beliau melakukan kejahatan yg diniatkan itu, maka baginya 1 dosa.. iaitu dosa amal kejahatan itu saja.. dan niatnya nak buat jahat itu tak dikira..

Nabi s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 
Daripada Abi Hurairah (ra) katanya, Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda (yang bermaksud): "Di antara kebagusan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang sia-sia bagi dirinya." (HR Tarmizi)

Jika keadaan acik bagaikan telur di hujung tanduk pon acik akan cuba sedaya upaya untuk memperjuangkan apa yang acik mulakan ... dan tak mahu jadi hipokrit kerana duit dan segalanya. Kerana acik percaya pada rezeki ALLAH. Dia lebih mengetahui segalanya...

Ya ALLAh kuatkanlah hati nie dengan dugaan duniawi yang amat menakutkan ini sehingga aku rasa hiba kerana manusia ada sahaja yang cuba menjatuhkan dan ingin membawa kita ke lembah kedurhakaan. AKu mohon ya ALLAH :'(

Catat Ulasan

12 Ulasan

ilhambrothers berkata…
sabar la acik.. :) ujian datang untuk uji keteguhan iman dan kesabaran kita..insya-Allah
Unknown berkata…
giloh betuii~
Tanpa Nama berkata…
biasela..org dengki la tuu, sbb tu dorg nak jatuhkan kita dgn wat mende x snonoh,sabaq je la :)
Unknown berkata…
astaghfirullahalazim.... sbar tau... Nurul doakan smoga orang tu di beri hidayah.. die x tahu ke Allah murka dengan sikap orng cmtue... moga kita jauhkan lah dengan sikap mcm tu.. Nurul sedih sngat ade jugak manusia cm tu... smoga dosanya di ampuni Allah..
rilek acik, memang dasar manusia kini mengamalkan matlamat menghalalkan cara..peace yo semoga berjaya dalam bbloging hehe...

chiyok3
mawaddah warahmah berkata…
sabar la...biasa la manusia kan....
Noor Maizan berkata…
kuatkan hati :)
Unknown berkata…
tu lah ujian duniawi chik .. Allah datangkan macam-macam ujian untuk menguji kita .. kalau kita sentiasa ingat yang dunia ni takkan kekal tapi akhirat lah yang abadi , insyaAllah kita mesti kuat tempuhi ujian Allah tu :)

sama2 lah kita istiqomah di jalan-Nya ..
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih semua atas dorongan & semangat kamu
Emma Edora berkata…
dunia ni memg pelbagai...
terbentang pilihan di hadapan mata kita samaada baik mahupun tidak..
sebagai seorang manusia,beragama islam,hamba allah yang kerdil,kita kene ingat,kita milik allah yang satu..
suatu ari kita pasti akan kembali kepadanya..
pilihan ditangan kita..pilihlah yang terbaik untuk diri kita..moga apabila kita bertemu dgn allah, mudah untuk kita menjawab segala amalan yang kita lakukan..insyallah..
Akupenghibur.com berkata…
yup .... insyaALLAH dia akn bg petunjuk sebarkn kebaikan
Aribah Izzati berkata…
0nestly, iz pn xsgka ad y sggup offer cm 2! Cm dakyah nk murtadkan melayu je