Ticker

6/recent/ticker-posts

Review : Marvel Avengers (2012)



Assalamualaikum

Rasanya dalam blog acik nie tak pernah nak buat review Filem, so hari nie acik nak baut sikit pendapat tentang filem yang baru saje acik tengok. Yelah setelah sekian lama tak tengok wayang dan tadi classmate ajak tengok wayang di MBO Subang Parade. Sebenarnya cerita nie memang acik tunggu selama nie sebab hasil gabungan hero-hero yang hebat . Ahh lupa plak movie yang kami tengok adalah Marvel Avengers. Tapi kali nie acik pergi memang special bertemankan classmate yang gempak dengan harga yang murah (RM 7). Memang rasa tak rugi sangat. Dan pertama kali jugak masuk ke Subang Parade walaupon dah lame duduk di shah Alam. 



Filem ini adalah adaptasi dari kisah adiwira yang menjadi kebanggaan "Marvel" bagi mempamerkan watak superhero. Menariknya dalam filem ini kerana ia menampilkan watak gabungan beberapa superhero iaitu Iron Man , Thor, Captain America, Hulk dan Black Widown(Scarlett Johanson memang cun & terbaik.).filem ini agak panjang lebih kurang durasinya 2 jam 15 minit.Dari pukul 5.15 hingga 7.45. Tapi memang tak rugi menonton walaupon berkali-kali.

Maaflah yer memandang nie ini pertama kali acik buat review so acik tak tahu sangat.Hero ini dipanggil oleh satu organisasi dinamakan sebagai S.H.I.E.L.D yang cuba menggabungkan hero-hero itu sebab berlaku kekacauan di muka bumi. Walaupon permulaan yang lambat tapi dalam filem ini penuh dengan aksi dan ada unsur lawak. Dimana watak dalam setiap hero itu di kekalkan dengan identitinya dan pelakonnya. Dan paling utama filem ini ada aksi-alsi futuristik yang canggih. Sebagai contoh dari segi kapal laut yang boleh terbang, lepas tu siap ada cemin meyerupai awan dan dengan musuh yang hebat dan awesome.

Pandangan acik.. acik suka hero Thor dan Captain America. Sebabnya thor nie memang my hero dengan tukul besi dan kuasa petirnya tu memang gempak. Dan Captian America ini acik suka sebab sifatnya yang matang dan hebat dalam jadi ketua , paling respect setelah kematian salah satu agent kepercayaan fury semua hero mula bersatu dan terima arahan dari Caption america. walaupon cara dia dikatakan "KOLOT"  tapi dia ada perasaan ingin tahu yang lebih dan dapat adaptasikan dalam suasana yang baru.

Penggabungan watak superhero dalam filem ini juga sungguh bagus. Tidak terlalu menonjolkan aspek individu sebaliknya banyak scene yang menunjukkan mereka dalam satu pasukan. Ini memberikan fokus penonton terhadap satu jalan cerita dan tidak pening untuk melihat aksi watak-watak. Dan paling penting ada scene yang kelakar yang tonjolkan oleh HULK, THOR & IRON MAN... oklah sampai sini dulu ,kepada kawan-kawana yang masih belum tengok lagi ..jom pergi tengok ...sumpah tak rugi .. so akhir sekali acik bagi 5 Star untuk filem nie


Catat Ulasan

5 Ulasan

ecadwinkyasha berkata…
ada yang cakap best..ada yg ckp bosan..huhu..betul2x wajib tengok!.hahaha
peace289 berkata…
the evengers mmg terbaek..follow acik..huhu
Akupenghibur.com berkata…
ermm x pe biar apa pon pndgn orng ..gi tengok sendiri ..bru fell
Ku Azhar berkata…
hehehe...acik!!!! hehehe ku dh tgk dh filem nie..serious pecah perut tahan gelak..hehehe :p