Assalamualaikum
Hai semua hari semangat study di library dan sungguh semangat dan meh acik bagi tips sedikit untuk peperiksaan. Yelah kami nie exam more excited.. Entry ini khas untuk semua student poli,uitm, ipta, ipts dan yang akan menduduki SPM ini untuk persedia diri sendiri dan kawan-kawan semua nie ..bace yer (maaf entry panjang)
Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
 Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
 Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari 
tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan.
 Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan
 membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda
 tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda 
peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda 
mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
 Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Tidur awal dan rehat secukupnya
Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir 
memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh adik-adik 
lemah dan tidak bertenaga, keupayaan adik-adik untuk melontarkan buah 
fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam 
peperiksaan, adik-adik harus tidur awal. Elakkan dari bersukan sehari 
sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri adik-adik akan terlalu penat 
sehingga mengganggu keupayaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan.
Semak jadual betul-betul!
Adalah sangat-sangat penting bagi adik-adik untuk menyemak jadual 
peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan 
timbul dari segi persediaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan. 
Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan adik terlepas dari 
menduduki peperiksaan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan pastikan 
adik-adik tanya pada guru adik-adik dan periksa jadual yang diberi 
bersama rakan bagi memastikan adik-adik tidak tersilap.
Berdoa dan bertawakal
Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. 
Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang adik-adik perlu lakukan 
adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri 
adik-adik. Pastikan adik-adik mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain 
juga. Jika adik-adik tidak mendapat apa yang diinginkan apabila 
mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang adik dapat. 
Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang
 penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, 
setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah 
disetiap kejadian yang berlaku.


 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
4 Ulasan