Pengikut

Isnin, 16 Julai 2012

Eleh Nak Tunjukan Baiklah tu,Saje Jer Konon Beriman

Assalamuailaikum..



Hai semua , terima kasih sangat kerana sudi terus berkunjung ke blog acik yang tak seberapa dan masih terlalu banyak kelemahan yang perlu di perbaiki dari semasa ke semasa. Ramai jugak yang kritik di blog acik ,is okeylah acik faham bukan semua benda yang kita taip nie orang suka. Tapi jujur ikhlas dari hati acik hanya berikan pengajaran dan pedoman hidup apa yang acik dapatkan dalam hidup ini.Tak pernah terlintas untuk dapatkan perhatian dan view yang tinggi.

Andai angin yang di bawa itu mampu menyegarkan dan memberi seribu erti hanya mampu ku tersenyum ,jika angin yang di bawa tu membawa duka biarlah ia berlalu pergi. Sepanjang acik kembali active dalam blog nie acik dah tanamkan azam untuk sebarkan kasih sayang,cinta dan pengajaran kepada kamu semua.Ada yang bertanyakan pada acik kenapa asyik bicara tentang cinta dan agama? . Adakah dah MR Perfect sampai berbuat demikian. Dan ada sampai buat entry di blog mereka untuk menghentam acik. Terima kasih sangat ^_^.

Kenapa cinta ??

Semua orang pernah jatuh cinta dan merasai cinta dari lahir lagi, cinta ALLAH kepada penciptanya ,cinta seorang ibu kepada anaknya dan cinta orang yang selalu ada untuk kita. Acik bukanlah seorang yang perfect tentang cinta ,acik juga pernah kecewa dengan cinta tapi anggaplah itu sebagai pengajaran .Dan segala yang acik kongsilah adalah cebisan hidup yang acik jalani selami nie .Selain itu, dari pemerhatian dan pengalaman sekeliling. Tak salahkan kalau mahu kongsikan ilmu dan biarlah orang tidak mengulangi kesalahan yang pernah acik lakukan dan mereka yang pernah kecewa cinta. Soal Mr perfect itu tak perlu timbulkan sedangkan kamu juga pernah meluahkan segala tentang cinta di laman sosial tu adakah kamu Perfect tentang cinta ??? Tapi selami acik cuba nak buktikan bahawa cinta manusia tu boleh berubah ,boleh melukakan ,membahgiakan dan memberi seribu satu perasaan.Dan akhir baru kita sedar cinta yang sempurna hanya padaNya.Dan melalui orang yang kita sayang ,kita akan lebih mengenal apa itu cinta.



Kenapa soal agama ??

Kerana acik seorang islam dan bertanggungjawab menyebarkan ilmu yang ada. Yup memang acik bukanlah yang berpakaian serban/ songkok, sentiasa bawa tasbih dan memakai jubah. Tapi acik cuba gunakan dengan cara acik yang tersendiri. Jika sesuatu yang acik mahu sebarkan mesti acik mendapatkan kepastian melalui laman web jakim dan laman islam yang lain. Bukan hanya sekadar sebrono saje. Acik tak mahu jadi manusia yang hipokrit yang berubah secara tiba-tiba hanya untuk tunjukkan bahawa kita nie dah cukup beriman .ALLAH berikan kita akal dan fikiran utuk berfikir mane baik dan buruk.

Yelah siap ada yang perli acik,katakan..eleh nak tunjukan baiklah tu,saje jer konon beriman, berlagak alim. dan macam-macam lagi. 

Ilmu acik masih nipis dalam soal agama dan setiap hari acik akan cuba tambahkannya untuk memperbaiki diri dan kesilapan. Acik bukan seorang alim yang beramal seperti malaikat namun acik hanya insan yang biasa yang cuba tingkatkan diri dalam senyap.Cuma nasihat dan tunjuk ajar sikit2 acik boleh kongsikan .Jika ada keraguan acik mesti bertanyakan pada orang yang pakar. 


Kita semua ada sedikit ilmu terutamanya ilmu yang boleh meningkatkan iman dan amal.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menasihatkan/menyarankan ilmu-ilmu yang bermanafaat kita sampai-sampaikan dan sebarkan. Boleh kita sampaikan kepada ahli keluarga,sahabat handai,teman sekerja atau teman alam siber.

Ibn Mas'ud berkata:Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "ALLAH akan memberi cahaya yang berkilauan pada seorang yang telah mendengar ajaranku lalu disampaikannya kepada orang lain sebagaimana pendengarannya.Adakala orang yang disampaikan kepadanya lebih mengerti daripada pendengar itu sendiri."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Nabi S.A.W juga telah bersabda bermaksud "Barang siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, lalu orang yang ditanya itu menyembunyikan ilmunya(tidak mahu memberitahunya) maka dia akan dikekang mulutnya dengan kekang api neraka." (Riwayat Al-Hakim)

Maka acik cuba untuk perbaiki diri. acik minta maaf seandainya entry-entry acik yang lepas ,ada yang buat terasa ,tak disenangi dansegala perasan yang kamu rasalah. Kerana acik manusia biasa tak sedar jika melakukan kesalahan.tegurlah. Syukran.Ya Allah, jadikanlah kami ahli syurga, jauhkan kami dari mara bahaya, selamatkanlah kami di dunia dan akhirat, kabulkanlah segala doa dan harapan kami.

Amin..




Share This!


5 ulasan:

  1. kalau nk tunggu org yg smpurna untuk bg nasihat, maka tiada la org yg boleh bg nasihat.. nobody perfect.. abaikn je bila ada yg mngata.. yg pnting kte buat tnggungjawab utk smpaikan kbaikkan.. tp buat bia ikhlas.. bkn sbb nk org nmpk kita baik.. =)gud luck

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas peringatan tu sahabat :)

      Padam
  2. nice nice..tak semesti nye org yg pakai serban,jubah,songkok je yg layak menyampaikn peringtn n nasihat..dont judge people by their outfit..(haha betol ke ayt ni?mcm keling je)
    btw,kasi lempang sebiji ats muke org yg mengate tu..hihihi
    sepatutnye kite kene tengok ape yg disampaikan,bkn siape yg menyampaikan..
    nice la keep it up bro!

    BalasPadam
  3. manusia x perfect bro.. sentiasa byk kelemahan. anyway nice post. nk dkat pose dah.. huhu

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails