Assalamualaikum
 
  
Pernah tak dulu-dulu masa sekolah suka tengok semut dan memerhatikan pergerakkan mereka.Mengapa semut akan berhenti seketika 
jika bertembung dengan semut yang  lainnya? Semut yang kelihatan “saling
 menyapa” ketika bertemu itu  sebenarnya sedang berkomunikasi. T.C. 
Schneirla, seorang saintis di New  York University, pernah melakukan 
kajian terhadap semut.
Beliau
 meletakkan seekor semut ke dalam tempat yang berisi makanan. Seekor 
semut yang lain pula diletakkan ke dalam bekas yang berisi semut-semut 
musuh. Kemudian  kelakuan kedua semut ini diamati terutama ketika 
berpasangan dengan semut-semut yang lain di jalanan.
Dari kajian itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat 
kimia yang  dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan 
menempel pada semut  itu. Ketika bertemu dengan semut yang dianggap 
sebagai rakannya, semut ini akan saling menyapa  (bersentuhan).
 
 
Dengan saling 'menyapa' inilah zat kimia dari semut akan memberitahu 
rakannya (melalui antena di kepala semut) tentang keadaan  sekitarnya 
sama ada terdapat makanan ataupun musuh.
Istimewanya Makhluk Allah Ini.
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, kerja 
gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, 
hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang 
sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.
Keajaiban dan Fakta Menarik Tentang Semut.
1. Semut mempunyai 500 000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. (Harun Yahya)
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat 
kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang. 
 
9 Ulasan
http://www.alquran.co.cc
nk tnye .. lgu ape ni ea? tenang ati bila dgar :)