Assalamualaikum
Hai semua, jom senyum dulu semoga hari kita di beri rahmat ALLAH..Sebelum tu acik minta maa sebab semalam acik sakit sangat kepala yang tak terhingga. Sampai buatkan acik down dan buat bercakap di luar kawalan. Acik terfikir sejenak bahawa kita manusia ni tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah berikan.. 
Kadangkala dalam hidup kita  tidak pernah akan 
sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan  benda-benda yang kita
 perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab  Dia akan sentiasa 
berikan yang terbaik buat kita.
Sempurna itu acik rasa, dari gambaran cukup atau tidak dalam  sesuatu 
benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam  
konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
mana kala yang 
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu  yang Allah sudah
 rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah  sebaik-baik perkara 
yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah  Allah itu 
sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah  kebetulan 
ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala nya sudah  diatur 
rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan  
mencorakkan hidup kita.
Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap 
ada kegembiraan walapun terselit  duka. Allah juga telah berjanji, 
selepas kesusahan pasti ada kesenangan  berpanjangan akan datang 
menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga  Allah telah jelaskan. 
Solat dan sifat sabar itulah penawarnya.
Syukur tingkatannya 
lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai  manusia boleh bersabar?
 Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap  syukur, malah bilangan 
lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya?  Apabila kita redha 
dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu  adalah suatu bentuk 
kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. ..Redha? Bila  hati ini belajar 
mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan  tawakal dan 
kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak  pernah surut
 datang menyirami kita setiap masa.
Rezeki Allah itu bertebaran 
di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki  buat kita maka usah lah 
gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan  tentang perkara yang belum 
pasti berlaku? Benar hidup itu suatu  percaturan, tiada siapa yang 
mengetahui masa depan apa yang bakal  berlaku.
Namun bersedialah
 dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan  tetap istiqamah 
berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu  dilakukan 
sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati kita agar redha.  Jangan pernah 
berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa  akan ada 
laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih  
simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.
Terus 
usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan  yang
 setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti  apa 
yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang  
tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan  
dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai 
 apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu  
sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap  
membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.allah itu tetap ada 
 ...
Cukuplah Allah sebagai pelindungku.cukuplah allah sebagai pelindung kita
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.




4 Ulasan