Pengikut

Jumaat, 2 November 2012

Jom Kaum Adam Kita Jaga Pandangan,Sekali Like Perempuan Tak Menutup Aurat Kita Juga Dapat Sahamnya


 Assalamualaikum

Semua, hari nie penat sungguh berjala-jalan di city square sambil mencari barang keperluan. Dan acik pergi 3 orang lelaki dan  4 orang wanita. Kami berkumpul setelah 2 tahun jarang berjumpa, bila sorang free yang lain ada hal lain dan ini kali kami dapat berkumpul semua. 

Sekarang nie memang agak susah  bila tengok TV, jalan-jalan kat mall dan di mana saje ramai perempuan islam yang masih tak menutup aurat. kawan acik tanye salah kita ke bila kita pandang aurat mereka ??


"Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?"

" Subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"

"Aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?"
 
Ini alasan yang kerap kawan-kawan acik bagi dan termasuk diriku jugak

"standardlah tu, kiteorg kan lelaki,"

"normallah tu,, kalau tak nanti orang ingat kami gay pulak.... aish.. :D."

"kalau tak suka, something wrong somewhere."

" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"

"free show sapa tak nak?"

"tengok je, bukan buat apa.."

"tengok je, tak luak la."

"tengok je, tak sentuh pun.."

"tengok je, tengok je, tengok je."



memang kita boleh bagi seribu alasan dan seribu anggapan kepada mereka...  Kadang-kadang terfikir jugak, kita selalu nak tengok benda cantik mesti perempuan.Cuba tengok alam sekitar, tengok Al quran dapat juga pahala.


 

Tengok Perempuan tak tutup aurat

TENGOK sahaja dah dapat DOSA. Ulang tulis DOSA!

TENGOK = DOSA!

Percuma-percuma, tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa. Senang je. Seronok ke kumpul dosa mata?

Sebenar secara tak langsung kita dapat dosa percuma hasil daripada tindakan orang lain , kita juga dapat sahamnya.

 perintah menundukkan pandangan untuk lelaki ? Ayat AL QURAN

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)



Hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata :Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”

Berdasarkan hadith di atas, dapat kita fahami bahawa pandangan secara tidak sengaja (yang pertama) berlaku tanpa niat daripada orang yang memandang. Maka dia tidak dikira berdosa selagi tidak berlaku secara sengaja dengan niat di hatinya, lantas pandangan kedua yang mengikuti pandangan pertama dikira berdosa kerana sengaja. Justeru, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW menyuruh memalingkan pandangan apabila terpandang secara tidak sengaja dan tidak merenung lama kerana merenung lama sama seperti mengulangi pandangan. 

Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”

Kadang acik faham situasi kamu semua, lagi-lagi zaman sekarang segelintir perempuan nak dedahkan semuanya.

Acik mohon berikan kerjasama pada kami, kalau buat dosa tak menutup aurat tapi pada masa yang sama kamu juga memberikan saham kepada kami,

Ada  perempuan yang cakap : sape suruh tengok ??
 kaum adam kata : dah kau buka sane sini 

kalau di gaduhkan sampai bila-bila pon benda di tak selesai, Sekarang misi utama adalah untuk sama-sama antara lelaki dan perempuan berganding bahu menyelesaikan masalah nie. yang perempuan menutup aurat dan lelaki menjaga pandangan. So fair kan

Perempuan itu ciptaan yang sangat cantik dan indah bukan? perempuan itu adalah perhiasan dunia yang sangat indah. Hiasan yang boleh membawa pahala atau hiasan yang boleh menambah catatan dosa dan langsung mengheret ke neraka! Maka, jagalah pandangan! Janganlah suka benar, membuka profile perempuan-perempuan yang mengupload gmbar awek-awek cun yang putih melepak, yang senyum manis, yang berlesung pipit, yang bermata kuyu, bundar, bulat, yang posing maut, yang pakai baju cantik, yang menggayakan tudung dan macam fesyen...dan apa lagi?. TAK PERLULAH. Kenapa kamu nak bukak semua tu?

Lantak mereka la nak upload apa pun. Yang kamu nak join usahasama kumpul dosa tu kenapa? Saja la, nak tengok, dah diaorg tunjuk. Allah! Kita lelaki, perlukah tengok semua tu? Cuci mata ya? Cuci mata dengan pakej tambah dosa? Pada kamu itu biasa, oh sekadar gambar, tak mbawa makna apa-apa, namun sebenarnya, bila kamu buka tu, kamu suka tengok, kamu senyum, kamu puji, cantik, kamu like, kamu komen, kamu kirim salam dan kamu akan bukak balik!

Dan jangan tipu, kalau kamu kata kamu tak ada niat apa-apa. Jangan tipu, kata kamu tak rasa apa-apa. Tetapi, kalau mahu terus menipu diri, silakan. Cuma kat SANA nanti, kamu dah tak boleh tipu lagi.


Janganlah cemarkan amal kamu, solat kamu, zikir kamu, tasbih kamu, pahala jadi imam dan bilal kamu, semata-mata kerana sepasang mata yang memandang kami yang hina dina ini, melihat kami yang menjadi fitnah ini, memuji , perhiasan dunia yang fana ini. Janganlah lihatlah sekadar yang perlu, dan bukan semahu-mahu kamu. Bila ada urusan, bila ada keperluan, bukan bila ada je yg lalu, semua pun kamu tengok. Mungkin dia tak sedar diperhatikan kamu, tapi Allah tahu, malaikat pun dah masuk 'buku'. Tunduklah ya, tak payah sampai langgar tiang, tak payah la jalan tutup mata. Cukuplah sekadar tak melihat ke sini sana. atas bawah. Tengok sekali pastu toleh lagi. Tengok atas bawah pulak, pastu ikut pulak sampai hilang dari pandangan. Perhati setiap inci. Tak kisahlah, alam maya ke alam realiti, jagalah mata.oke !!  nasihat ini untuk diri ini juga agar tidak alpa .sama-sama kita selamat diri kita..


Share This!


2 ulasan:

  1. Setuju sangat. Sekarang memang ramai memakai pakaian yang menyakitkan mata. Semoga kita sentiasa dalam rahmat-Nya. insyallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaALLAH... semoga kita bukan dari sebahgian dari tu ^_^

      Padam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails