Assalmualaikum
Hai semua, hari nie rasa malasnye nak buat apa-apa pon, rasa nak bergolek-golek di atas katil saje tapi banyak pekara yang perlu di lakukan.so hari duduk sambil buat assignment terfikir tentang pekara nie ... perempuan selalu di katakan menjadi mangsa penipuan lelaki .. kesian ,oleh itu jom acik beri contoh pada kamu semua ..
1. perempuan yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, 
kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud acik percaya 
separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud acik mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa 
menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
Satu pekara lelaki yang  terlalu mudah ucapkan sayang, berikan janji dan sumpah setia itu jangan terlalu percaya sangat.Contohnya:
Abang akan selalu ada untuk sayang ,apa jua keadaan, sayang adalah yang pertama dan terakhir, tanpa awak hidu saya tak bermakna.Saya akan jaga awak sampai akhir hayat. Kamu lah semorang yang bertahta di hati.
Kononnye bila sayang itu mesti sumpah setia hidup dan mati mahu bersama dan semua mahu berkongsi bersama dari segi kehidupan dan wang bersama.Kononnye nak prepare awal untuk alam perkahwinan.
Kerana sayang serahkan segalanya, harta benda, duit dan macam-macam lagi dan paling tak elok lagi yang di tinggalkan kekasih hati apabila telah telanjur dan si lelaki tak mahu bertangjawab.. Fikirlah kalau seorang itu serius dengan kamu dia akan sebolehnya akan menjaga perhubungan dengan kamu , dia akan menjaga kamu dengan baik dan akan menjaga kehormatan kamu dan paling penting terus jumpa mak ayah
2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.
Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum 
berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin 
canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah 
perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya 
risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.
Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, 
pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk 
mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu 
menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari 
pasangan hidup.
Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang”
 tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.
Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya 
berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai 
tahap kewangan yang stabil.
Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang 
sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita 
seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar 
lambat, asal selamat!
3. Wanita “sosial”.
Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, 
persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti,
 “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life 
is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. 
Fahamkan maksud saya?
Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri
 dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan 
mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki 
pemangsa wanita.
Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang 
menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan 
oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya selera!
4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan 
dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai 
ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau 
itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai 
wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki 
yang berbahaya?
Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu
 dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya 
dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu 
dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita 
dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani 
“membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila 
perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga
 atau pasangannya sendiri.
Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa 
menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat 
sebagai seorang yang cemerlang.
Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.
Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan 
dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang
 hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak 
mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?
5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki 
“cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?
Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, 
sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem 
pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki 
yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh 
lelaki yang “handsome”?
Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki
 sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. 
Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.
Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan
 menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal 
pasangan hidupnya: fikir masak-masak!
Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..
6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.
Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan
 hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan
 berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, 
sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap 
bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.
Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” 
pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan 
yang sewajarnya.
Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, 
dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu 
akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti 
ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, 
dan menghina maruah wanita yang terlibat.
Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.
oklah smpai sini contoh acik berikan, ini sekadar pendapat acik saje, setuju atau tidak terpulang pada kamu. Acik cuma tak mahu kamu semua jadi mangsa seterusnya.,, tepuk dada tanyalah iman. Acik tak mahu kamu berlaku bukan-bukan sebab hidup kita nie bukan hanya untuk mengejar cinta manusia saje kita juga perlu mengejar cinta ALLAH. 

 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
10 Ulasan