Pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

Percayalah Pada Jodoh Dan Petunjuk Yang ALLAH Berikan Melalui Solat Istikharah



Assalamualaikum

Hari nie acik sempat lagi update untuk entry ke 2, perasaan cuak dan takut untuk final exam memang benar-benar menghantui . Semoga sem 2 ini lebih baik dari sem lepas. Semalam acik check email pada pukul 2 pagi dan seseorang minta acik approve di facebook kerana dia ada benda yang perlu di cerita pada acik. Dan baru saje selesai chatting dengan dia.

Aina : assalamualaikum acik , terima kasih sangat kerana akhirnya acik sudi approve aina, sebab aina tak tahu kepada siapa lagi yang aina nak ceritakan. Mungkin pada blog aciklah tempat aina dapat kekuatan dalam diri aina.Aina minta maaf sangat sebab mengangu acik,

Acik: walaikumusalam, takpelah aina, insyaALLAH acik akan cuba jadi pendengar yang baik pada aina. Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya walaupon kita tak tahu macam mane.

Aina : terima kasih acik..Macam gini acik, sebenarnya aina di beri ujian dari ALLAH bahawa terpaksa menerima 2 lelaki dalam hidup aina.. Aina pernah buat solat istikharah selepas bace status di page acik. Selama 3 hari berturut turut aina lakukan untuk pilih sama ada Solehin atau Amir.. selepas tu , aina bagaikan dapat petunjuk dari ALLAH apabila lihat dan dengan nama amir aina rasa tenang saje  , tapi aina tak cintakan amir, aina lebih cintakan solehin. Walaupon macam mane pon aina tak akan nak tinggalkan solehin macam gitu saje. Jadi aina abaikan apa yang aina rasa selepas buat istikharoh tu. Aina yakin aina boleh mengubah takdir aina.. Lepas kami couple hampir 1 tahun , aina bahagia dengan solehin.. erm betullah janji ALLAH jika dia bukan jodoh kita sejauh mane pon kita pergi dan mcm mane pon kita cuba halang jika dia bukan jodoh kita bukanlah maknanya. Pada malam tu ,aina dapat panggilan dari seorang perempuan dan ajak aina berjumpa dengan dia untuk jelaskan sesuatu. Dan aina kuatkan hati untuk berjumpanya dan rupanya itu isteri solehin ,solehin dah kawin !!! dia tipu aina . 


Acik : SubhanaALLAH.. Betul tu jodoh itu rahsia yang kita tak tahu tentangnya, kita mampu membina segunung impian tapi selebihnya ALLAH yang menentukan. Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.Solat istikharah itu amat membantu ketika kita dalam berapa 2 pilihan tak kira soal jodoh dan sebagainya. Acik pernah tanya ustaz, tentang solat istikharah nie, macam mana untuk di berikan petunjuk atau jawapan dari solat istikharoh yang kita lakukan .Boleh jadi melalui mimpi, boleh jadi juga apabila kita sebut namanya dan lihatnya kita rasa tenang, boleh jadi melalui kata hati.  Tapi apa pon ALLAH akan berikan kekuatan atas pilihan tersebut. Pernah juga tidak di berikan jawapan melalui solat yang kita lakukan. Dan pernah ada yang kata dia pernah buat solat istikharoh dan di beri petunjuk perempuan A tetapi jodohnya rupanya perempuan B

Maksudnya ALLAH adalah sebaik baik perancangan dan Dia Maha mengetahui segalanya.Allah tahu terbaik untuk kita. Dia akan berikan jawapan dalam kita tak sedar.So apa yang terjadi selepas tu aina ??

Aina : betul tu apa yang acik katakan, aina sedih sangat solehin tipu aina dan aina tak mahu keluarga dia rosak sebab aina . Aina putuskan untuk melepaskan solehin. Selepas 3 bulan aina putus dengan solehin, tanpa di sangka aina terjumpa dengan amir, bila sebut nama amir, hati aina sangat seronok., kami pon mula selalu chatting di facebook dan akhirnya tanpa di duga Amir kata pada aina yang di benar benar sukakan aina dan mahu masuk meminang. Dan bulan 11 lepas kami melangsungkan perkahwinan ...Betul sangat kata acik, yakinla pada jodoh ALLAH, Dia tahu segalanya.. 

Acik : Tahniah Aina, hebatnya kuasa ALLAH yang tak terjangkau oleh kita. Yakinla pada Jodoh ALLAH wahai kawan kawan semua :)


Share This!


10 ulasan:

  1. Good luck final exam =)

    Such a sweet story :) Allah sebaik-baik perancang ;D

    BalasPadam
    Balasan


    1. - Số mười. Ngươi dám kháng lệnh phải không!

      Tu sĩ kia nghe lời này trên mặt lộ ra vẻ chua xót, hắn thở dài một tiếng thầm nhủ:

      - Thôi, sống như vậy cũng không phải là người, cũng nên kết thúc. Nếu chết ở đây cũng là giải thoát.

      Hắn thở ra một hơi thật sâu, chân đi về trước một bước giống như sau băng trực tiếp phóng đi.
      dong tam game mu cho thuê phòng trọ cho thuê phòng trọ nhạc sàn cực mạnh tư vấn pháp luật qua điện thoại công ty luật hà nội số điện thoại tư vấn luật dịch vụ thành lập doanh nghiệp
      Trong nháy mắt thân hình hắn liền xông vào quá nghìn trượng. Nhưng ngay trong nháy mắt này, màn sương đen đột nhiên chuyển động, mây mù cuồn cuộn từng tiếng rít gào long trời lở đất từ trong truyền ra. Cùng lúc đó màn sương đen kia trong nháy mắt biến ảo thành một cái mồm to như là có thể nuốt trời đất, một ngụm hoàn toàn nuốt người tu sĩ kia vào, không còn thừa một tí nào.

      Bầu trời, màn sương đen quay cuồng như sóng dữ, hình thành một mảnh giống như cái lồng, không ngừng bành trướng ra phía ngoài.

      Tiếng gào thét chói tai càng thêm kịch liệt ở trong trời đất.

      Padam
  2. hurm.... solat istikarah memang satu jalan yang terbaik jika kita sedang di dalam dilema untuk memilih sesuatu.kerana kita akan dapat jawapan yang terbaik yang akan diberikan olehNya..

    BalasPadam
  3. Pada siapa lg kita nak mengadu dn meminta....

    Nasib baik Allah tunjuk jln pd Aina...kenapalah begitu ramai lelaki yg bersikap begini....

    Bila dgr nama amir..akakpun rasa cool je...ehehehe.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akakpun nak buat solat istikharah jugalah..sekarang ni hati akak dh tak mau nak menulis di blog..akak takut apa yg akak tulis tu jd sia2 dn buang masa pd org yg membaca....nak tulis mcm acik ni akak tak pandai.....

      Padam
  4. asalamualaikum :pak cik nama sye natasya umur 25 lah..
    sye buat solat istikhrah sebnyak 6 kali sye nampak pertunjuk ibu si laki itu adek dye kawan dye..
    apa maksud yei,..setiap pertunjuk allah ini.
    mohon balas

    BalasPadam
  5. Salam...hati saya hampir setiap hari sentiasa rasa syak yg suami saya ada buat hubungan dengn permpuan lain.dn ketana nsk meyakinkn saya bahawa dia x pernah curang..dengan relany dia bersumpah bahawa diriny akn murtad seandainya dia membuat hubungn dhn mn2 permpuan...tapi hati saya tetap x percayakn dia dn sentiasa merasa dia sentiasa cari peluang untuk bawa pmpn dia kerumah....dah bnyk kali sy minta diceraikn.tapi dia tetap xnk ceraikn saya.hati saya sekarang ni setiap saat x percayakn dia....

    BalasPadam
  6. Salam...hati saya hampir setiap hari sentiasa rasa syak yg suami saya ada buat hubungan dengn permpuan lain.dn ketana nsk meyakinkn saya bahawa dia x pernah curang..dengan relany dia bersumpah bahawa diriny akn murtad seandainya dia membuat hubungn dhn mn2 permpuan...tapi hati saya tetap x percayakn dia dn sentiasa merasa dia sentiasa cari peluang untuk bawa pmpn dia kerumah....dah bnyk kali sy minta diceraikn.tapi dia tetap xnk ceraikn saya.hati saya sekarang ni setiap saat x percayakn dia....

    BalasPadam
  7. Saya pernah buat solat istikharah untuk memilih antara dua lelaki nie ilman atau syahmi... Malam tu saya solat istikharah sebelum tido saya doa atas nama ilman tapi pada malam tu kenapa saya mimpikan syahmi... Apa maksudnya ya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Solat istikarah jawapannya tidak hanya melalui mimpi tetapi solat istikarah adalah untuk permudahkan urusan kita dlm pemilihan.. Allah kuatkan hati ubtuk kita menerima seseorang.. lakukan ketika hati tenang dan tidak emosi ..dlm keadaan bersih dan lakukan 7hari

      Padam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails