Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Pon Pernah Argue Kenapa Perlu Pakai Tudung Dan Panas !! Tapi Bila Aku Bertudung Baru Aku Rasa Keindahannya




Assalamualaikum

Hai semua, selamat bercuti di hujung mingg dengan hati yang ceria, pagi pagi nie baik jika di berikan senyuman yang menawan sekali agar dapat mengubat hati hati yang sedang lara. Alhamdulilah hari nie acik rasa bertuah sangat kerana masih di beri peluang untuk bernafas dan dapat melihat dunia lagi. Ahhhh hari nie acik nak share something kepada kamu semua.Sebenarnya semalam ada seseorang chat dengan acik di facebook, dia ada cerita yang yang di kongsikan dengan kita semua.

Penghantar message : Assalamualaikum acik, saya nie fatin, acik sedang final exam yer good luck tau, sebelum tu fatin nak ucapkan ribuan terima kasih atas acik kerana atas nasihat nasihat yang acik berikan dan blog acik nie begitu menenangkan. Betul kata acik, kadang kala bila kita baca di blog kita rasa mereka benarkah ada kisah ini di dalam dunia reality ? Tapi sebenarnya memang ada, sebab fatin sendiri dah alaminya acik.

Acik : Walaikumusalam yer fatin ,terima kasih memang sekarang acik tengah final exam. Acik hanya mampu beri nasihat yang termampu jer. Apa yang fatin alami.

Fatin : Macam gini acik, sebenarnya sebelum ini fatin betul betul tak percaya bahawa lelaki itu akan menerima kita seadanya. Biasanya dia akan mahukan yang cantik saje ,seksi dan yang montok2. Tapi sebenarnya sangkaan fatin salah sama sekali.Sebab bila dengar cerita kawan kawan selalu di permainkan lelaki lah, di tinggalkanlah dan sebagainya. Fatin akui memang fatin bukanlah baik sangat, fatin pun pernah khilaf. Ingat tak fatin pernah berdebat dengan acik pasal Fatin  tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.Akhirnya fatin dapat jawapan. 

Macam gini acik, apa yang fatin rasa, memang betul ramai perempuan bertudung tapi mereka tak menghayati hikmah bertudung tu. Fatin mulanya pon sama, argue kenapa perlu pakai tudung dan panas !! Tapi tulah benda wajib kena juga lakukan. Fatin mula cuba memakai tudung , hari ke sehari , rupanya seronok pakai tudung ini , walaupon ada mulut yang jahat katakan macam macam tapi fatin tak amik peduli. Bila bertudung ini lelaki lebih hormat dengan kita , dan mereke lebih menghargai kita. Fatin tak nak sebab fatin ,ayah ,abang dan adik fatin menderita di akhirat nanti di sebabkan fatin.

Acik : Bukan semua lelaki macam tu fatin, segelintir saje yang berhati busuk tapi masih ramai lelaki yang boleh terima seadanya. Alhamdulilah, tudung tu hanya sekadar kain yang menutup zahir dan batin. Yang paling penting adalah bagaimana kita menghayati pemberian ALLAH atas hikmah menyuruh kaum hawa untuk menutup aurat. So sekarang fatin rasa macam mane ?



Fatin : Fatin rasa alhamdulilah rupanya seronok bertudung nie, walaupon panas sikit tapi itu adalah dugaan kita. Betul kata acik , bila kita cuba memperbaiki diri ke arah kebaikan maka ALLAH akan hantarkan orang yang  baik juga untuk kita. Syukur sangat , fatin kenal dengan Amran , dia juga mengakui bahawa dia pernah leka dengan dunia ini, tapi dia cuba mengubah dirinya. Dia pegang pada janjinya dan dia menerima fatin juga seadanya. Paling istimewa adalah dia lamar fatin, dan bulan 9 kami akan berkahwin. Paling fatin tersentuh dia kata, sama sama kita mengubah diri untuk mendekatkan diri dengan ALLAH.

Acik : alhamdulilah fatin, semoga ALLAH merahmati kamu berdua

Pengajaran yang kita dapat hari ini,jangan takut soal jodoh tu, ALLAH tahu yang terbaik untuk kita. Dia maha adil dan berubahlah seikhlasnya kerana ALLAH. insyaALLAH dia akan hantarkan orang yang baik baik untuk kita jika kita berubah ke arah kebaikan dan selayaknya kita.

Catat Ulasan

4 Ulasan

bicara mak dara berkata…
mak dara sangat2 sukaaa dengan entry ini.. Mak faham apa yg dialami kerana mak juga br sahaja berhijrah dalam setahun lebih yang lalu.. Semoga Allah swt menguatkan iman kita untuk terus mengikut segala arahanNya..insyaallah
mila berkata…
alhamdulillah...byk pahala acik secara x sengaja kn.sbb blog ni rmi yg berubah,
Akupenghibur.com berkata…
ermm tidaklah mereka merubah kerana kehendah mereka sendiri... dan hidyah ALLAH ..mungkin blog nie hanya sebagai penyebab