Assalamualaikum

Semalam acik dapat email dari seorang pembaca blog acik, dia senaraikan acik untuk rahsia hati perempuan yang tulus .So okeylah tak de masalah , tapi betul ke wahai kaum hawa apa yan di katakan ini oleh wakil dari kaum kamu nie ?? Jom tengok ciri-ciri yang di perkatakan 

1.Sensitive: bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian ... 

Nasihat : jangan terlalu sensitive nanti lelaki bosan , be sensitive in certain part

2.Cerewet : bukan bermaksud Fussy tak menentu , kadang ingin Lelaki mengikut kata-katanya sekali aja ....

 Nasihat : cerewet memang tak salah tapi ..tapi bila terlalu cerewet dah jadi miss perfect .. takut nanti orang menyampah

3. Halus : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya perempuan akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan dendam 

Nasihat : Kalau halus nie acik setuju ,perempuan berjiwa halus ,tapi kalau dia dah benci wow dasyat !! 

4.Ikhlas : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui ..... 

 Nasihat : setiap apa pon yang dilakukan iklhas kerana ALLAH

5.Korban : Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah ....

 Nasihat : jangan sanggup korbankan harga diri dan maruah hanya kerana cinta
 
6.Prihatin: sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam ...

7.Manja : walaupun dia adalah seorang perempuan yang pandai berdikari., naluri seorang perempuan tetap seorang perempuan ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama Lelaki, namun juga sesama kaum .

Nasihat manja jis okey tapi jangan sampai mengedik lebih 

8.Ego : Perempuan yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya ...

 9.Cinta : Cinta pertama bagiperempuan adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati..