Pengikut

Khamis, 31 Januari 2013

Menangung Malu Apabila Bekas Kekasih Upload Gambar Seksi Di Facebook Kerana Putus Cinta


Assalamualaikum 

Alhamdulilah semua , hari ini sungguh tenang di temani oleh sinaran sang mentari yang begitu indah. Dan apa lagi jom senyumanlah , senyum itu satu sedekah tau dan mampu mengubah hati mereka yang sedang lara.Sebenar acik nak kongsikan sedikit perbualan melalui email antara acik dengan seseorang rakan facebook yang ingin berkongsi cerita dengan kita semua.

Penghantar email : Salam , nie betul ke email pemilik akupenghibur.com ? sebelum tu tahniah tau tercalon untuk Media social Awards, saya dah vote dah.Lupa pula, saya nie fatin salah seorang pembaca blog akupenghibur.

Acik : walaikumusalam, yup saya pemilik blog akupenghibur.com , dah vote alhamdulilah atas sokongan, yer fatin ada apa-apa yang boleh acik bantu ?

Fatin : hureyy acik balas juga, sebenarnya fatin nak kongsikan pengalaman yang fatin lalui dan mahu di jadikan pengajaran kepada pembaca blog aku penghibur.

Acik: silalah kongsikan semoga kita sama-sama mendapat manfaatnye.

Fatin : Macam gini acik, fatin dan azrul sudah 6 tahun kami couple, orang selalu kata kami nie couple of the year .Memang serasi dan kami saling memahami satu sama lain kerana kami couple sejak matrik lagi. Saya sayang sangat pada azrul sebab dia jaga saya dengan baik . Tapi dalam hidup ini, kita tak akan lari dari masalah dan ujian dari ALLAH . Kami belajar di tempat yang sama di UTHM . Satu hari tu kami pergi menonton wayang dan celebrate birthday azrul yang ke 23 tahun. Saya sangat seronok dan teruja dan mahu berikan surprise pada azrul .Saya cuba belajar buat kek untuk dia rasa dan melihat kesungguhan saya untuk dia. Bila tiba hari lahirnya saya berikan kek tersebut dan kami celebrate di sebuah restoran bersama rakan-rakan. Masa kami sedang makan, tiba-tiba ada seorang perempuan datang ke meja kami dan secara langsung datang ke azrul dan memeluk azrul sambil ucapkan selamat hari lahir sayang . Apa yang saya fikirkan itu mungkin kakak dia ,tapi setahu saya dia tak ada kakak selain ada abang, rupanya kantol itu scandal dia. Saya kecewa sangat. apa salah saya ?


Semasa saya couple dengan azrul ,dia selalu minta gambar saya sebelum saya nak tidur dan gambar-gambar yang aksi nakal saya. Saya turutkan kerana yakin bahawa azrul akan menjadi suami saya, Dia belikan baju yang agak seksi dan dia minta saya ambil gambar dan hantar kepadanya. Ada juga gambar kami berdua- dua di ambil dan azrul kata  untuk di abadikan sebagai kenangan. Saya tak pernah ragu dengan azrul dan saya percaya dia. Tapi malangnya sejak dari kejadian di restoren itu saya minta putus pada azrul. Dan Azrul merayu dan meminta peluang ke dua kepada saya, tapi hati saya terlalu sakit dan hacur dengan apa yang telah dia lakukan. Setelah beberapa minggu hal ini menjadi semakin teruk apabila azrul cuba ancam saya untuk upload gambar-gambar saya di laman social. Saya anggap itu hanyalah gertak daripada azrul .

Dan paling saya sedih, dia upload semua gambar yang saya berikan pada dia di facebook, gambar saya tak bertudung , gambar saya berpakaian seksi dan macam-macam lagi. Saya sedih sangat ,saya merayu kepada dia agar untuk padamkan gambar tersebut tapi dia makin menjadi menjadi dengan upload semua gambar kami bersama.Ya ALLAH hanya Alllah saje yang tahu perasaan saya , maruah saya umpama di pijak-pijak dan di dedahkan pada satu dunia .

Acik : masyaALLAH , hal ini berat, sebab itu kita kena letakkansedikit rasa tak percaya pada pasangan kita walaupon kita yakin bahawa dia adalah jodoh kita. Allah adalah maha mengetahui segalanya. 

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqaroh 216 )"

 perbuatan yang keji apabila membuka aib orang lain dan memalukan orang lain, sedangkan Allah selalu melindungi aib kita. Apa tindakan yang fatin lakukan ?

Fatin : Betul tu acik, Allah adalah sebaik-baik perancangan , fatin khilaf dan fatin tahu kesalahan fatin, tapi kenapa fatin di hukum sedemikan rupa. Padahal ini bukan salahnya datang dari diri ini. Fatin dah buat report polis dan buat aduan pada SKMM. Ibu fatin yang tak bersalah kena tanggung malunya kerana rakan-rakannya memerli perlakuan anaknya ini ..fatin sedih dan kecewa sangat..

Pesanan fatin kepada kamu yang membaca kisah fatin ini, pleaseee fatin merayu jangan terlalu percaya pada pasangan kamu 100 %.. bila masa dia sayang kamu boleh la ,bila di dah benci kamuy, dia boleh lakukan sesuatu pastinya dia akan cuba rosakkan hidup kita. Satu lagi jangan berikan gambar-gambar yang tak sepatutnya pada mereka walaupon dia orang yang kita sayang sebab macam-macam hal boleh terjadi.

Terima kasih acik kerana siarkan cerita fatin ini, semoga ada sedikit iktibar dari kisah fatin, Fatin telah dapatkan hukuman dari Allah.Fatin tak mahu ada orang lain lagi jadi mangsa seperti fatin. Sekarang ini adalah masa untuk fatin muhasabah diri dan membersihkan nama fatin . Syukran acik atas nasihat acik tanpa henti berikan pada fatin .. Walaupon hakikatnya fatin rasa malu sangat  ..ermmm

Acik : wahai sahabatku semua, yer mungkin kamu semua tak pernah terfikir benda yang di anggap remeh temeh ini boleh merosakkan hidup kita. Sebab tu janganlah bergambar dengan aksi yang keterlaluan dan di berikan pada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab dan jagalah adab dan maruah diri kita. Jangan duk sebuk upload di facebook gambar kita berdua dengan dia sambil berpeluk-pelukkan, bila ibu bapa kita lihat mesti mereka kecewa, dan ALLAH juga pastik murka ..Jangan pernah cabar ALLAH dengan perlakuan kita.






Share This!


15 ulasan:

Cik Cammy Lia berkata...

sy phm cmne perasaan fatin tuh.. Yelah dh kapel 6tahun,bajet laki tu boleh dipercayai la..upenye ad sifat jht yg dia xpnh tnjk sblm ni.kesian fatin.Moga jadi pengajaran utk semua..

~ yoona ~ berkata...

mudah-mudahan fatin bersabar utk hadapi semuanya :)

p/s :jgn terlalu percaya dgn pasangan wlupun couple bertahun2 . peringatan utk diri sendiri jg .

Aku Penghibur berkata...

ermmm betul tu cik lia dan yoona

Fifi Nur 'Aqilah Yusof berkata...

untuk fatin, belajar lah dari kesilapan lalu.
sabar dan yakin yang setiap apa yang berlaku ada pengajaran yg tersembunyi.

cik kaki ketawe berkata...

hemm...kesian pada dia..knplah lelaki tuh buat mcm tuh...tp mgkin ada silapnya juga di pihak fatin...namanya seakan nama sy pulak..hehee...tapi apa2 pun..harap wanita kat luar sana dpat ambil iktibar...jgn terlalu percayakn seseorang...jgn jd kan cinta itu membutakan mata hati kita...

Aku Penghibur berkata...

semoga ALLAh berikan kekuatan kepada fatin

gadis berkata...

sy pun student uthm.bila duduk kat surau time tunggu solat zuhur tu..sy perhati setiap wajah yg ada kt dpn sy.stp wajah ada cerita.stp cerita akhirnya kembali jua pada Allah..mungkin sy pernah tatap wajah fatin ni.harap fatin menjadi muslimah yg lbh kuat di masa akan dtg..

Aku Penghibur berkata...

amin mudah-mudahan :)

sakurasue berkata...

kesiannyaa fatinn. be strong and inshaAllah boleh dijadikan pengajaran buat semua.

Abby Roslan berkata...

Masyallah sungguh berat cabaran yg dilanda oleh kak fatin itu. Betul kata abang acik,kita jngn terllau percyakan seseorang itu dengan sepenuhnya. Pendapat aby,kalau betul dia sayangkan kita,dia tidak akan membiarkan kita membuat perlakuan sedemikian. :) Semoga ALLAH melindungi kak fatin sekeluarga dan semoga ALLAH memberikan balasan yg setimpal untuk abang tu. Bukan hak kita untuk menghukum. :)

Aku Penghibur berkata...

abby betul tu ..semoga mereka di berikan kekuatan

~Apam Gemok~ berkata...

Ya Allah.. berat dugaan kak fatin..
susah nk cri lelaki yg baik skrang kan ? :)

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

jd kan pengajaran even laki bini pun tak payah nak snap pic yang mengaibkan sebab kita tak tahu akan datang apa akan jadi. Gambar tu mungkin jd senjata untuk org lain jatuhkan kita. walau dalam keadaan halal tapi kalau tersebar.. boleh jadi aib jugak. Apa2 adengan yang tak sepatutnya di rakam dengan lensa, rakam dalam hati & ingatan sudah sebab dlm hati tak boleh print @ upload kat mana2.. ye dak??

Aku Penghibur berkata...

u right :)

nur azian berkata...

blog ni kemas..sy suka..

kisah ni mmg beri kita byk pengajaran..
malunya kalo benda ni terjadi pada kita..
sama2 la kita jaga diri kita kan :)
moga ALLAH sentiasa pelihara kita semua..amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails