Pengikut

Jumaat, 1 Februari 2013

Jadi Manusia Jangan Terlalu Sensitif



Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi berkesempatan menaip di blog ini di hari jumaat yang penuh berkah dan pada bulan baru .alamak maka dengan itu cuti pon semakin pendek, ahhh kena kembali lagi dunia study dan paling penting takut dengan keputusan yang akan keluar 25 februari nanti. 

Hari ini acik nak kongsikan sesuatu pekara yang di anggap remeh temeh tapi kita sangat memerlukannya dalam hidup kita iaitu Jangan terlalu sensitif. Yup bila kamu menjadi blogger ,mesti akan ada kutukan dan kritikan malah sidiran dari sesama blogger mahupon reader untuk kita. Kadang kalau nak terasa boleh saje, tapi anggaplah itu satu teguran yang membina. 

Dalam kehidupan pula, orang yang sensitif sukar untuk di kenali kerana mereka juga sama seperti kita manusia yang normal . Tapi kita dapat tahu dia adalah sensitif bila kita berinteraksi dengan dia. Sensitif ini ada dua iaitu sensitif positive dan negative.

Sensitif positive ini kebiasaanya ada pada kuam adam dan hawa tapi lebh kepada kaum hawa seperti sensitif pada orang sekeliling bermaksud ambil tahu tentang orang sekeliling, cepat merasa kesian, tak boleh lihat orang bersedih pasti dia juga akan bersedih dan ambil peduli tentang orang sakit, isu penderaan, isu kemanusiaan , isu remaja dan macam-macam lagi. Sifatnya adalah lebih sifat keibuan dan lebih ambil peduli pada orang lain..

Sensitif negative pula adalah manusia-manusia yang cepat terasa , cepat sedih , marah ataupon merajuk ..aaah mesti ramai dah tahukan

Kenapa acik tulis tentang sesitif ?

Sebabnya mudah kerana acik nak kamu cuba jadi lebih kuat dan jangan cepat terasa dalam setiap perkataan, perbuatan yang orang lain lakukan pada kita. Walaupon kadang kala benda tu menyakitkan dan annoying. Serious acik katakan bila kita nie terlalu sensitif orang tak nak kawan sangat dengan kita dan akan jadi fake bila depan kita kerana nak jaga hati kita, kerana tak nak kita terasa. Dan satu hal lagi bila terlalu sensitif nie kita juga akan sakit kerana duk memikirkan masalah tu , dan kata- kata orang lain pada kita.

Sesitif biarlah bersesuaian dengan tempat dan keadaan , janganlah nak sesitif semua pekara .nanti ada pulak kena tepuk di dahi hahaha. 

Acik ada kawan yang sensitifnya memang tahap dewa punyalah, cakap sikit nak merajuk, cakap sikit nak terasa , tak tegur sikit kata kita tak nak kawan dengan dia dan macam-macam lagi .

Macam mane nak kawal sifat sensitif ?

Pada acik , kalau kita nak kawal sensitif berlebihan itu datangnya dari kita. Motivasi dari kita, senang cakap kita kena fikir positive dan setiap apa yang berlaku adalah bersebab.  Kita kena motivasi diri kita , jangan cepat terasa dengan kata-kata orang lain dan perbuatan orang lain , kadang orang tak bermaksud macam tu cuma kita saje salah interpret benda tu . 

Selalu berzikir dan berselawat kerana dapat melembutkan hati dan tenangkan diri kita..

jangan kita jadi budaya Burung Bangau

 
‘Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?’

‘Macamana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul’

Penudingan jari disebabkan bangau kurus saja, akhirnya berterusan hinggalah kepada punca masalah iaitu ular yang nak makan katak. Akhirnya tiada siapa yang untung. Mungkin ular saja yang untung sebab dia boleh baham saja katak. Tetapi disebabkan semua pihak, terutama bangau yang tidak boleh fikir jauh sikit, bila ikan tak nak timbul, tak ada cara nak rasa ikan di lubuk lain, atau di kawasan lain, sedangkan ia boleh terbang.

Mungkin disebabkan bangau malas nak berusaha, malas nak cari, malas nak terbang, maka jalan pintas ialah salahkan ikan. Ikan pula salahkan rumput. Rumput salahkan kerbau... dan begitulah seterusnya menyalah orang lain kerana ketidakmampuan diri sendiri menghadapai sesuatu perkara.

Adakah kita masih mahu menjadi seperti burung bangau?

Kepada semua para sensitif di luar sana, tak salah nak jadi sensitif tapi biarlah bersederhana dan bertempat bukan 24 jam okey .tired nak melayan .. ok lah sampai di sini dulu ..adios :)
 


Share This!


9 ulasan:

Bin Muhammad berkata...

Sensetif ini subjektif...ada yg kearah keburukan dan kebaikan. Jika sensetif dengan isu2 spt penderaan, buli dan yg berkaitan, ianya bagus kerana kita prihatin. Tapi jika sensetif kerana orang perli kita...itu tidak bagus. Sepatutnya jadikan ianya positif iaitu memberi kita kekuatan dan motivasi untuk kearah yg lebih baik.
Tidak semua orang sempurna...termasuklah saya. Just kongsi pandangan. Thx.

Aku Penghibur berkata...

setuju :) betul kata bro

waiman takwa berkata...

Betul tu. Kalau kita terasa, kita kena kawal diri. Jangan terus melatah. Fikir dulu mungkin memang salah kita atau memang wajar kita kena tegur.

Mohd Selim Zainal berkata...

sensitif nie bergantung pada keadaan , kekadang ada orang tak kisah ader masa kena tegur sikit dah sensitif...tgk mood kot heheh...

mselim3

pls: Saya ada anjur segmen saya harap Aku Penghibur dapat join segmen saya tu...support me,,

Mohd Selim Zainal berkata...

sensitif nie bergantung pada keadaan , kekadang ada orang tak kisah ader masa kena tegur sikit dah sensitif...tgk mood kot heheh...

mselim3

pls: Saya ada anjur segmen saya harap Aku Penghibur dapat join segmen saya tu...support me,,

Aku Penghibur berkata...

terima kasih atas pendapatnye semua :)

Farah Waheda Wahid berkata...

sensitif itu subjective... dan sensitive biarlah bertempat...

cik kaki ketawe berkata...

pasal isu sensitif ni..sy memang alergic lah dgn org yg kuat merajuk..dan manja terlebih...tak slh klau nak merajuk klau kena tmpat dan gaya nya...tp klau merajuk gedik...biasanya sy buat tak tahu je..errr,tmbah plak mulut sy ni kekadang memang terlalu jujur...hehe..

Aku Penghibur berkata...

apa pon kita kena guide mereka ... gedik or oh no very dislike

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails