Pengikut

Jumaat, 11 Januari 2013

Segagah-Gagah Lelaki Belum Tentu Mampu Menggalas Sebuah Kelahiran




Assalamualaikum 

hai semua, sebelum tu acik minta maaf kepada kamu semua kerana ada yang datang ke blog acik tapi acik tak sempat nak kunjungi balik blog kamu semua, sebab sekarang nie acik sedang musim final exam,insyaALLAH nanti cuti sem acik akan adakan segmen dan macam -macam lagi untuk kamu semua :) Dan ada juga yang katakan acik sombong, tak kenal maka tak tahu, mungkin sekrang nie acik tak dapat tegur semua orang tapi insyaLLAH ada masa nanti acik tegur semua jangan sampai bosan pulak.

Sebenarnya pagi tadi acik ada menonton movie untung hilangkan stress, di mana dalam movie tu memperlihatkan kepayahan ibu bersalin , untuk memberi kehidupan kepada kita.Dan satu jer acik terfikir, sebab terlalu kagum dengan wanita -wanita yang sanggup bertarung nyawa untuk kita. Tiba masa mereka kita sia-siakan ,lawan cakap mereka..fuhhh

Kalau lelaki mengandung dan bersalin: mustahil! Memang mustahil! Sebab itulah Allah hanya mengurniakan nikmat bersalin kepada kaum Hawa sahaja.

Acik tidak dapat bayangkan tubuh badan lelaki sekiranya mereka mengandung! Aduh, hodohnya! Mungkin inilah antara hikmahnya kenapa lelaki tidak boleh mengandung. Kalau tidak, tentu ramai lelaki berperut boroi tidak dapat dibezakan dengan “lelaki mengandung”.

Bagaimana pula dengan “mabuk mengandung”? Mampukah “lelaki mengandung” menghadapinya? Absolutely rasa tidak. Cuba bayangkan “lelaki mengandung” mengalami loya dan muntah-muntah… Aduh, tidak dapat bayangkan seorang lelaki yang berbadan sasa mengadu loya-loya dan muntah-muntah.

Sesungguhnya wanita begitu “gagah” untuk menghadapinya. Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu untuk menahan derita siang malam membawa kandungan yang berat ke mana-mana sahaja selama 9 bulan.

Bagaimanakah pula agaknya “lelaki mengandung” tadi hendak menghadapi saat-saat kelahiran? Tentu kecoh satu hospital dibuatnya! Mana tidaknya, jika terdengar suara garau menangis dan menjerit! Anak yang di dalam kandungan pun boleh terkejut tidak jadi keluar dibuatnya.

Doktor yang akan membidankan pula tentulah doktor lelaki yang gagah perkasa. Begitu juga dengan jururawat yang membantu. Lebih-lebih lagi jika “bapa mengandung” tadi berbadan sasa seperti ahli gusti. Paling tidak, doktor dan jururawat tadi mestilah seperti Hulk. Jika tidak, dikhuatiri doktor tadi tercampak ke dinding sebelum sempat menyambut kelahiran bayi.

Cuba bayangkan lelaki sesasa Arnold Susahnakeja, aron aziz  mengandung. Siapakah doktor yang sanggup membidankannya? hahahaha ohh no!!!

ehhh mesti ada yan katakan ehhh adalah lelaki mengandung!! tu kan kes dia seorang perempuan dan banyak kes lain ,maksud acik secara naturally yer.

Bila di fikirkan balik hargailah seorang wanita kerana mereka memberikan kehidupan terhadap kita, hargai ibu kita kerana dialah yang akan selalu ada untuk kita dan akan selalu berada di sisi kita. Honestly , acik sayang semua kakak-kakak acik dan terutama mak ... i love u .. Semoga ALLAH benarkan acik hidup bersamanya selagi ada ruang untuk selalu dekat dengan mak :)

Share This!


10 ulasan:

inche hlovate berkata...

erm sebenarnya perempuan tu lebih gagah dripd lelaki kan..hihi sayangi ibu anda :D

Aku Penghibur berkata...

yup sanyangilah ibu anda <3

cik kaki ketawe berkata...

kalaulah semua lelaki memahami prempuan mcm acik ni...haha...bersalinnya seorang ibu tu ibarat antara mati dan hidup...sakit kedua yg paling sakit sbb matia dalah sakit yg paling sakit...

nice sharing acik =)

Aku Penghibur berkata...

alhmdulilh , thanks membaca :)

AZRUL AZMI berkata...

So funny.. Tak boleh bayangkan yang macam lelaki mengadung, dan lelaki perut boroi... Lucu la...

Btw, nice artikel... Betul sangat... Gagah itu mempunyai tafsiran halus tersendiri...

Aku Penghibur berkata...

alhmdulilah thanks membaca :)

boni kacak berkata...

hahahah.. aku terbayangkan tiba2 aaron aziz mengandung..mesti kelakar..hahahaha

Aku Penghibur berkata...

wahhh ketawa sakan yer :)

reyna berkata...

hahhahaha....aaron aziz bersalin sure doc girl berebut2 nak jadi bidan...

Aku Penghibur berkata...

hahaahhhaaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails