Assalamualaikum 
hai semua, sebelum tu acik minta maaf kepada kamu semua kerana ada yang datang ke blog acik tapi acik tak sempat nak kunjungi balik blog kamu semua, sebab sekarang nie acik sedang musim final exam,insyaALLAH nanti cuti sem acik akan adakan segmen dan macam -macam lagi untuk kamu semua :) Dan ada juga yang katakan acik sombong, tak kenal maka tak tahu, mungkin sekrang nie acik tak dapat tegur semua orang tapi insyaLLAH ada masa nanti acik tegur semua jangan sampai bosan pulak.
Sebenarnya pagi tadi acik ada menonton movie untung hilangkan stress, di mana dalam movie tu memperlihatkan kepayahan ibu bersalin , untuk memberi kehidupan kepada kita.Dan satu jer acik terfikir, sebab terlalu kagum dengan wanita -wanita yang sanggup bertarung nyawa untuk kita. Tiba masa mereka kita sia-siakan ,lawan cakap mereka..fuhhh
Kalau lelaki mengandung  dan bersalin: mustahil! Memang mustahil! 
Sebab itulah Allah hanya  mengurniakan nikmat bersalin kepada kaum Hawa 
sahaja.
Acik tidak dapat bayangkan tubuh 
badan lelaki sekiranya mereka mengandung!  Aduh, hodohnya! Mungkin 
inilah antara hikmahnya kenapa lelaki tidak  boleh mengandung. Kalau 
tidak, tentu ramai lelaki berperut boroi tidak  dapat dibezakan dengan 
“lelaki mengandung”.
Bagaimana pula dengan  “mabuk 
mengandung”? Mampukah “lelaki mengandung” menghadapinya? Absolutely  rasa 
tidak. Cuba bayangkan “lelaki mengandung” mengalami loya dan  
muntah-muntah… Aduh, tidak dapat bayangkan seorang lelaki yang berbadan 
 sasa mengadu loya-loya dan muntah-muntah.
Sesungguhnya 
wanita  begitu “gagah” untuk menghadapinya. Segagah-gagah lelaki, belum 
tentu  mampu untuk menahan derita siang malam membawa kandungan yang 
berat ke  mana-mana sahaja selama 9 bulan.
Bagaimanakah 
pula agaknya  “lelaki mengandung” tadi hendak menghadapi saat-saat 
kelahiran? Tentu  kecoh satu hospital dibuatnya! Mana tidaknya, jika 
terdengar suara garau  menangis dan menjerit! Anak yang di dalam 
kandungan pun boleh terkejut  tidak jadi keluar dibuatnya.
Doktor
 yang akan membidankan pula  tentulah doktor lelaki yang gagah perkasa. 
Begitu juga dengan jururawat  yang membantu. Lebih-lebih lagi jika “bapa
 mengandung” tadi berbadan  sasa seperti ahli gusti. Paling tidak, 
doktor dan jururawat tadi  mestilah seperti Hulk. Jika tidak, dikhuatiri
 doktor tadi tercampak ke  dinding sebelum sempat menyambut kelahiran 
bayi.
Cuba bayangkan lelaki sesasa Arnold Susahnakeja, aron aziz  mengandung. Siapakah doktor yang sanggup membidankannya? hahahaha ohh no!!!
ehhh mesti ada yan katakan ehhh adalah lelaki mengandung!! tu kan kes dia seorang perempuan dan banyak kes lain ,maksud acik secara naturally yer.
Bila di fikirkan balik hargailah seorang wanita kerana mereka memberikan kehidupan terhadap kita, hargai ibu kita kerana dialah yang akan selalu ada untuk kita dan akan selalu berada di sisi kita. Honestly , acik sayang semua kakak-kakak acik dan terutama mak ... i love u .. Semoga ALLAH benarkan acik hidup bersamanya selagi ada ruang untuk selalu dekat dengan mak :)



10 Ulasan
nice sharing acik =)
Btw, nice artikel... Betul sangat... Gagah itu mempunyai tafsiran halus tersendiri...