Assalamualaikum

Melewati hari yang penuh dengan kewalahan , semalam kelas sampai malam dan tunggu bas di depan fakulti pukul 10 malam baru tiba , hampir 1 jam setengah juga menunggu, dah la saat tu bertiga saje dengan 2 lagi gadis menunggu di situ. Sambil itu acik perhatikan keadaan di sekeliling, begitu indah dan cantiknya tika malam menjelma , langit di hiasi dengan butiran butiran bintang yang menawan serta lampu bagunan membuat mata terpesona.

Duduk di bangku , memikirkan apa di belajar petang semalam. Untuk subjek family communication kita di ajar untuk menagani konflik komunikasi dalam keluarga ,sama ada anak dengan ibu bapa, suami isteri ,adik beradik dan sebagainya.

Permulaan kelas Lecturer tanya kepada kami semua, Kenapa bercinta hampir 8 tahun tapi bercerai dalam masa 2 hari perkahwinan. Kenapa dah 7 tahun bercinta nak rak tapi sebulan kawin dah ada tuntut nusyuz. Dan macam macam lagi pertanyaanlah ...

Biasalah , sebelum berkahwin semua watak baik di tunjukkan , orang kata kalau pasangan kentut pon bau wangi. Semuanya di tunjukkan pekara yang baik baik dan tak kisah bila minta apa pon. Tapi bila dah hidup bersama dan dah tahu macam mana sebenarnya pasangan kita.

Masa itulah tahulah lelaki tu macam mana, dengan rumah bersepah, campak saje bila dah guna baju, tak gosok gigi, tak mandi 7 hari 7 malam, pinggan mangkuk makan tak basuh ,bilik tak berkemas dan baju sebulan baru basuh. Terkejut si pasangan lihat perangai sebenar lelaki idaman dia macam mane.

Kalau si perempuan pula, di luar nampak ayu dan cantik saje , bila dah duduk sebumbung , tengok asyik pakai kain batik saje, tak bersolek muka sememeh dah macam hantu kak limah, bangun tidur muka cam vampire , tak geti kemas rumah dan sebagainya.. Wahh masa itu akan mulalah ada saja tak berpuas hati dengan pasangan dan boleh menyebabkan gaduh walaupon pekara kecik.Masing masing culture shock terhadap pasangan masing masing. 


Kelakarnya , ada classmate acik katakan ..ala encik dah tak de jodoh nak buat macam mane.. memang la tapi kalau kita sendiri yang cari nahas dengan jodoh tu , kalau jodoh yang baik tapi peragai orangnye tak baik tak guna juga. Kita mesti seimbang.

Kadang tu naik pelik juga kata tak sefahaman tapi kenal hampir 3,4,7,8, 10 tahun ? tak kenal apa lagi ??

Ahh salah satu masalahnya boleh berlaku kes tak sefahaman iaitu " miscommunication and misinterpretation "

Mereka tak berbincang,lelaki dengan ego lelaki, bila balik rumah ,lelaki tengok TV saje ,,si isteri pon dengan ego sendiri juga buat hal sendiri. 

itulah masalahnya , bila komunikasi  tak di gunakan dengan cara yang berkesan . Komunikasi mestilah dua hala , dan ada message yang hendak di sampaikan dan feeback terhadap message.

Hari nie entry simple saje dulu yer , hari full kelas sampai malam , penatnya badan nie ,dengan ada meeting dan assigment mula berlambak dah .. Ahh apa pon menghargai atau hormat pada pasangan harus didasari atas satu faktor iaitu Penerimaan. Oleh itu kita seharusnya menerima pasangan seadanya, baik kekurangan mahupun kelebihannya. Jadi faktor penerimaan diri pasangan itu adalah prasyarat munculnya rasa hormat.

Hal yang sangat perlu diperhatikan agar kita dapat menghargai dan menerima pasangan kita adalah dengan mengingat kembali segala apa yang kita suka tentang pasangan kita sebelum berkahwin dahulu. Selain itu kita juga harus menerima hakikat bahawa disebalik faktor kekuatan terdapat faktor kelemahan.

Oleh yang demikian hendaklah para suami atau isteri membuang prasangka dan melupakan segala hal-hal yang tidak diingini daripada pasangan hidupnya. Masing-masing harus sentiasa saling mengingatkan diri masing-masing bahawa jika ada sifat-sifat pasangan yang tidak disukai, pasti ada juga sifat-sifat lain yang memuaskan dan menyenangkan hati. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan engkau tidak mengetahui” (Surah al-Baqarah: 216)

Mungkin tak ada jodoh, siapa kita untuk lawan takdir Allah. Kadang Allah uji kita dengan jodoh tersebut agar kita menjadi lebih baik dan dia kembalikan jodoh kita .Mungkin dengan orang sama atau pon dengan orang yang lebih baik, bersangka baik dengan ALLAH.Kalau ada pendapat jomlah bagi sekali.. masih banyak acik tahu tahu dan sedia terima kritikan. Sesama kita baiki diri.. oklah wasalam.