Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

Kita Mampu Senaraikan 1001 Keburukan Orang Lain Dan Di Sebarkan Tapi Mampu Kita Senaraikan Keburukan Kita Sendiri ?





Assalamuaikum

Alhamdulilah hari ini masih lagi di berikan kesempatan untuk terus hidup di muka Alllah ini.Kadang kala duduk sorang-sorang buatkan acik fikir banyak pekara. Kita nie tak dapat nak jangka berapa lama kita akan hidup di dunia. Lihatlah remaja dan budak kecil pon boleh meninggal bila-bila masa dengan pelbagai alasan, begitu juga dengan orang dewasa. Bermakna kematian itu akan menjemput kita bila-bila masa dan tak kira siapa.

Pernah tak kamu alami , di tipu kawan ?: barang di curi? kawan tikam kawan dri belakang ? dan macam-macam lagi. Saat tu memang kita akan geram dan di khianati , tertanya kenapa mereka sanggup berbuat demikian. Kamu pon mungkin tak sangka di sanggup buat begitu terhadap kamu.

Tapi itu adalah sebahgian ujian Allah untuk kita untuk melihat bagaimana kita. Yup memang kita akan rasa sedih, sakit dan kecewa. Mereka memang patut di hukum tapi apabila mereka meminta maaf dan janji tak akan ulangi lagi kesilapan dia . Adakah kita akan maafkan ?

Itu terpulanglah pada kamu, sebab ada yang pernah cakap ..." Ko tak rasa apa yang aku rasa !! Ko tak ada di tempat aku jadi lebih baik ko diam!! ko cakap lebih kalau ko kena ? bla bla bla ..banyak lagi ayat penyatan dari mereka yang pernah merasa semua nie.

Ye ,acik pon pernah rasa apa yang kamu rasa, di tipu kawan dan sebagainya. Jangan cakap macam tu, memang betul kita akan marah dia ,mungkin akan terbit sifat benci terhadapnye. Agak sukar untuk memaafkan dia .Pada acik beri ruang dan waktu untuk dia berubah dan muhasabah diri. 

Jangan hanya kerana satu kesalahan yang dia pernah buat sehingga kita tutup 1001 kebaikan yang pernah dia lakukan. Adakah kita juga adil ? 

Kita boleh nampak semua keburukan orang lain, kita boleh catat segala keburukan orang lain yang pada kita amatlah teruk ...kita nampak salah orang lain tapi kita tak nampak juga salah kita di mana.

Kita juga boleh listkan semua kebaikan diri kita, kelebihan yang kita ada, kalau boleh rasanya tak cukup 3 kertas senarai kebaikan kita untuk di ceritakan pada orang lain . Tapi mampukan kita senaraikan keburukan diri kita dan beritahu pada orang lain ?

Rasanya orang gila saje yang mampu buat gitu, niat acik buat entry nie bukanlah apa ,.Cuma acik nak kita fikir sejenak. kita hidup di dunia nie janganlah jadi penghukum kesalahan orang tapi kita berikan pengajaran terhadap mereka . Berikan sedikit ruang untuk mereka yang pernah lakukan kesilapan dan ruang untuk membaiki diri. 

Ini masa dia buat silap, nanti bila kita pulak buat silap , bagaimana ?? orang pun sama tak mahu maafkan kita. Fikir-fikirlah , memang betul ,kita bukan Rasullulah yang boleh maafkan orang walaupon orang itu nak bunuh baginda. Tapi kita boleh jadi seperti itu, dengan berikan sedikit kemaafan, memang kita akan rasa sakit, dan kecewa tapi semua itu sifat sementara. 


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)


Share This!


32 ulasan:

Seneorita Baharin berkata...

sangat setuju dgn entry acik neh.....betul tu, sekali org tu buat salah, sampai bila2 kita igt dia n fikir sgala kejahatan yg dia buat, tp kita xfikir n igt pulak sgala kebaikan yg die bwat pada kita kan...manusia semua xsempurna, so kalau ada yg buat salah tu normal la kan, just forgive n forget la kan... :)

Nory Zoulkefle berkata...

siapalah kita nak meghakimi buruk baik seseorang kan,sedangkan kita sendiri pon tak pernah lari dr kesilapan sendiri..

apa yg penting jgn cepat menghukum seseorang , sebaliknya sentiasalah berfikiran positif..ingatan untuk diri(nory) sndiri jgak ni.hee

Aku Penghibur berkata...

betul yu seneorita :) ambil sebagai iktibar

Aku Penghibur berkata...

betul sekali.. berfikiran positif. sangat perlu

Bin Muhammad berkata...

Salam,
Bukan mudah untuk melembutkan hati. Salah satu cara terbaik adalah dengan berpuasa. Puasa dapat mengawal nafsu...dgn itu segala perbuatan dan keputusan kita akan lebih kepada rasional pemikiran dan hati yg bersih tanpa mengikut nafsu.


Nana Liena berkata...

me dah ada pengalaman jgak kena dengan kawan..huhu.. siap menangis segala..kelakar ja..tapi boleh la nak maafkan dia perlahan2..sebab dia manusia biasa juga..tak dapat lari dari buat silap..n bila kita kutuk2 orang itu mcam itu ini..nanti Allah bagi cash..tengok la nanti kita yg jadi macam org yg kta kutuk..huhu

Mieza Jhaa K berkata...

Saya dah kena..byk kali pulak tu..itulah pengalaman hidup yang boleh dijadikan pedoman utk diri sendiri.. jgn mudah nak marah orang bila sekali dia buat silap.. padahal sblm kita dia byk tolong dia.. Biasanya saya maafkan begitu saja..buat2 xtahu je.. semoga dia sedar..

*lembutnya hati ni..(kebaikan..hahahaah)

Aku Penghibur berkata...

wasalam.. BM itu salah satu cara yang terbaik :)

Aku Penghibur berkata...

tulah terfikir jgk ... kalau ktia duk kutuk orang ..takut jadi pada kita plk..nauzubilah

Aku Penghibur berkata...

insya Allah mudah mudahan :)

Farah Waheda Wahid berkata...

nobody's perfect... satu jaring kita tunding pada orang..3 jari tunding kembali pada kita... memang mudah pointing to other people...tapi sebelum berbuat sesuatu tu eloklah rasanya muhasabah dan renung diri sendiri dulu...

Aku Penghibur berkata...

betul tu ..paling penting muhsabah diri

hazwan hairy berkata...

selalu juga terjadi cmni...apa blh buat kena redha ja la acik..

Khairul Zamri berkata...

baca entri smbil dgr lagu syok. huhu.
semua org ada buat salah dan silapkan, yg ego ialah yg xnk mengaku salah diri sendiri

Hasri Anis berkata...

memberi maaf tu perbuatan yg mulia.. tiada manusia yg sempurna..

Aku Penghibur berkata...

yup kadang kena redha dan pasrah :)

Aku Penghibur berkata...

tulah kadang kita tak boleh terlalu ikut ego :)kena kurangkan dan mengakui kesalahan

Aku Penghibur berkata...

betul tu tak ada manusia manusia yg sempuna :)

veesandii berkata...

assalamualaikum ... memang pahit sebenarnya bila orang beritahu perangai buruk kita . Sebab kita pun ada maruah dan ego juga . Cuma harap org tu boleh tgur kita dgn cara diplomasi tika kita bersendirian ... setakat ni , alhamdulillah tiada ...byk muhasabah diri ...

MawardiYunus berkata...

nobody perfect. sama2lah kita belajar dan meninsafinya

Hatimi Tahirruddin berkata...

hehe tu la kita sbg manusia mmg tak lari dari buat salah dengan manusia lain...

KY berkata...

KY juga setuju dengan acik, perkara paling payah adalah mengaku kesalahan dan kekurangan sendiri

Aku Penghibur berkata...

walaikumusalam.. paling penting kak kita kena bagi peluang bila orang lain buat silap

Aku Penghibur berkata...

mari kita muhasabah diri :)

Aku Penghibur berkata...

dan kita kena minta maaf pada mereka :) dan jika orang ada buat salah pada kita.. kita juga boleh minta maaf :)

Aku Penghibur berkata...

tepat sekali.. itulah kita manusia ..

Nurul Aini berkata...

Cari kesalahan diri sendiri lagi baik kan, boleh menginsafkan diri, lebih dekat dengan Allah. Kalau cuba di hitung kesalahan diri, tak terkira rasanya. Banyak sangat. Malu sangat2. Hanya Allah yang mengetahui. Sebab itu kalau nak tengok orang, janganlah lihat cuma kebaikan, tapi keseluruhannya. Like this entry. ^__^

Faridzuan berkata...

Itulah yang dinamakan tak ada orang sempurna dalam dunia ni. Masing-masing pasti ada kekurangan dan kelebihan. Yang penting niat kita ialah berbaik-baik sesama manusia. :)

sayidah napisah berkata...

sangat betul! :)

boni kacak berkata...

betul tu.. aku sangat2 setuju bro.. :)

BUNDA a.k.a KN berkata...

manusia tak sempurna...tapi bisa berubah dan diperbaiki...yang penting niat seseorang...

baby comel berkata...

Kalau kita fikir yg kita xsuka org, asyik org je yg lukakan hati kita, buat tak baik kat kita.. Tolonglah fikir kan sama yang org lain jugak pasti akan fikirkan hal yg sama tentang kita. Kalau kita tak suka org belum tentu semua org akan suka kita..
Jadi belajarlah utk memperbaiki diri setiap hari walaupun hakikatnya diri kita tak pernah sempurna. Sayang akan menarik sayang. Kalau benci pasti tarikannya adalah benci. Itu law of vibration. Kalau kita senang dgn org, pasti org akan senang dgn kita.
Give n take. Belajar utk melepaskan. Jgn terlalu memikirkan setiap kesalahan dan kesilapan org lain.. Lepaskan agar hati kita tak terbeban dgn rasa yg tidak baik..

~sgt setuju dgn setiap butir kata acik yg kat atas tu.. Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails