Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Tak Mampu Jangan Berjanji Pada Ibu BapaMu



Assalamualaikum

Alhamdulilah akhirnya sampai juga ke kolej jati, fuhh penat semalam menempuh jam yang berjam jam sepanjang dari johor ke Klang dan seperti biase pagi pagi lagi bertolak balik ke Kolej menaiki KTM. Hari serba rushing nak ke sana sini. 

Masa dalam KTM acik duduk sebelah seorang makcik nie, bila lihat wajahnya teringat pada mak di kampung, walaupon baru saje jumpa mak. Duduk berborak dengan makcik tu seronok dan dia bertanya pelbagai soalan kepada acik,duduk di mana ? belajar kat mana ? amik kos apa ? dan sebagainya. Penat jugak nak menjawab pertanyaan mak cik tadi sampai rasa macam kena interview dengan polis pulak .

Tapi tiba tiba hati menjadi sayu.. apabila mak cik tiba tiba berkata " untung siapa dapat awak ni , jangan jadi macam anak makcik , dulu masa belajar memang seorang yang pandai dan dapat keputusan baik. Sehinggalah belajar ke Peringkat Master, mak cik tanggung dia mana yang mampu saje, Mak cik nie pon bukanlah orang senang, setakat kerja tukang sapu sampah. Mak cik nak tengok anak mak cik berjaya , tak nak jadi macam mak cik. Dia seoranng anak yang baik, tapi mak cik kecewa dengan dia, dulu dia berjanji dengan mak cik nak bela mak cik bila dia dah habis belajar. Nak hantar mak cik pergi haji, nak buat mak cik bahagia. Tapi lepas kawin, senyap saje, tanya khabar pon susah . Nak jenguk mak cik jarang jarang. Bila telefon sibuk memanjang. Mak cik tak harap pada duit dia, sebab mak cik boleh kerja lagi. Cukuplah dia luangkan masa dengan mak cik. Dialah satu satu anak perempuan mak cik. Dialah penawar ,dia jugalah penduka. 

Acik jadi gundah gelana, sebenarnya terkedu dengan situasi ini, tak sangka pulak mak cik ni berkata bergitu. Nasihat yang paling acik ingat dari mak ck nie ialah "jadilah anak yang soleh dan selalu ingat ibu bapa, jangan berjanji apa apa dengan mereka tapi berikan semampu kamu.

Akan acik ingat sampai bila bila pesanan mak cik nie, oklah acik nak siap siap pergi ke kelas pulak , nanti kita bersembang lagi. bye kawan kawan yang sudi membaca entry nie :)

Catat Ulasan

21 Ulasan

BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Pasti keletihan tidak lagi reda, kehidupan harian terpaksa juga di teruskan. Sabar dan ingatlah menuntut ilmu itu satu perjuangan, telah dijanjikan syahid jika gugur semasa menuntut ilmu.
Apabila seorang perempuan telah berkahwin, maka tanggungjawabnya yang utama adalah pada suami. Tapi tidak bagi lelaki yg masih keutamaannya kepada kedua ibu bapa. Betul juga apa yg dikatakan makcik tersebut...Jgn berjanji pd orang tua tapi berilah yg termampu walaupun sekadar bertanya khabar sekerap mungkin...
p/s: Jgn stress pula tgok komen panjang ni...hehe
miss yatie berkata…
Assalamualaikum acik,

ibu ni, tak mengharapkan harta benda dr anak2nya..yg mereka mahu adalah perhatian dan kasih sayangkan? tapi betul cakap makcik tu, tak perlu berjanji..kerana menjaga mereka adalah tanggungungjawab anak2 bila dah besar..kan?
Akupenghibur.com berkata…
wslm.. is okey Bm klau bm yg comment acik suka sebab semuanye yg bernas2
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. benar kak.. kita patut jge mereka hingga,akhir hayatnye
Unknown berkata…
Setiap kali baca entri adik akak yang seorang nie...memang cik akak berada dalam dunia kesedihan...hanya Allah yang mengetahui apa yang terdetik dihati cik akak....

kalau soal ibu...memang cik sensitif sikit...biasa cik akak nie anak ibu....hihi...

Btol apa yang makcik pesan tu dik...hubungan ibu dan anak jangan pernah disia-siakan...Sekali-kali jangan pernah dilukai hatinya...Jangan biarkan dia menitiskan air mata walupun setitis cuma....itu je pesan cik akak...Kerana air mata ibu tak ternilai harganya....Semoga kita menjadi anak yang sentiasa membahagiakan ibu/bapa kita....amin...
Unknown berkata…
waalaikumussalam.
Betul tu, abah selalu jgk pesan kalau tak mampu nak tunaikan jgn berjanji. Baca entry ni, baru sedar, nasib lah selalu jgk ckp, "tak janji" atau pun In Shaa Allah.. :)
Unknown berkata…
hopefully tidak terjadi kepada saya...
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... Akak melihat fenomena nih di depan mata / di sekeliling . Tak kira anak lelaki / perempuan , jangan lukakan hati ibu . Susah sangatkah nak top up sekadar rm 10 sebln khusus untuk bertanya khabar orang tua kalau tak dapat balik jenguk mrk ? ... Anak perempuan bila kahwin mmg tjwb pada suami . Segalanya kena minta izin suami . Tapi kalau suami tu soleh / beriman , dia tak kan biarkan isterinya mengabaikan ibunya ... Anak lelaki ? mmg tjwb besar sbb kena bagi keselesaan pada anak2 dan isteri . maka sbb tuh Allah bagi dia 9 akal supaya dia blh jaga anak / isteri dan orang tua sekaligus ... wallahu'alam ... kita sebenarnya mmg x blh berjanji pd sesiapa . Inshaa Allah tu lebih sesuai ...
Unknown berkata…
Tak pernah berjanji..tp nekad dalam diri nak memberi kesenangan kepada mereka kelak..
Unknown berkata…
orang kata jangan janji ja tapi tak ada usaha nak tunaikan..jangan cakap tak serupa bikin..pukul canang janji macam2..tapi kerja tak jalan.. hhuhu.. orang2 yang dah berumur ni hati memang sensitif .. cakap sikit akan terasa..itu adalah normal rasanya..tambah2 lagi kalau parents sendiri terutama ibu kita sendiri kan..seeloknya luangkan la masa walau seminit sekejap..nanti mak tak ada la terasa sangat..jangan sampai jadi anak derhaka sudah..kita hidup kalau tak diredhai mak memang hidup terumbang ambing...well..doa2 mak kan selalunya dimakbulkan.. :)

btw..harapnya anak makcik tu..mohon sedar sebelum terlambat..tiada yg rugi kalau kita jenguk mak di kampung tu..call ke..
Azwar Syuhada berkata…
Takut nak berjanji, tapi niat dihati nak bahgiakan mak ayahlah juga.. bagi mengenang jasa mereka.. :)
Akupenghibur.com berkata…
maaflah kak ..entry nie secara kebetulan saje
Akupenghibur.com berkata…
:) itulah apa pon kita cuba yang terbaik
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. benar sekali kak... dan lelaki tanggungjawab pada ibu bapa sehingga akhir hayat mereka
Unknown berkata…
tersentuhnyaaa baca :'/ Allahu Akbar, ibubapa tak pernah lupakan anak-anak, sanggup bergadai nyawa, tapi anak-anak semudah memetik suis je lupakan jasa mereka :'( sedihnyee.. moga kita smua x jd mcm tu kan acik, kalau x mampu dan belum pasti jgn janji mcm2 makan hati org tua kita..igtlah redha Allah ada pd redha ibubapa kt, pndai mcmne pun kalau xjaga kebajikan ibubapa, nantikanlah hidup yg xberkat kt dunia apatah lg akhirat ! muflis ~
Unknown berkata…
setuju dgn makcik tu...bukanlah duit yg mereka harapkan tapi luangkan masa bersama2 tu pun dah cukup bermakna...
iha berkata…
alahai, sebagai 'anak mak' terasa sayu pulak membacanya.. tapi memang betul kata makcik tu.. kalau kita nak bagi apapun kat orang tua kita, simpan je dalam hati.. dah dapat tunaikan baru bagitau.. takut kita beri harapan pada mereka..
Unknown berkata…
Cik akak suka baca entri adik...pasti cik akak akan tinggalkan komen...tak perlu nak bermintak maaf..hihi
Nur Nainis berkata…
Sedihnya..saya sendiri pun pernah lihat depan mata..anak dia buang ibu sebab dah kahwin..Halau mak keluar rumah sebab nak jaga hati isteri..Allahuakbar..ibu jaga kita, ibu bela kita. Sanggup kita buat ibu macam itu. Moga kita tak jadi macam itu.
indranesia berkata…
hanya bisa mengucapkan Astagfirullahaladziem.. Semoga para anak seorang ibu bisa tersentuh hatinya..