Assalamualaikum

Alhamdulilah akhirnya sampai juga ke kolej jati, fuhh penat semalam menempuh jam yang berjam jam sepanjang dari johor ke Klang dan seperti biase pagi pagi lagi bertolak balik ke Kolej menaiki KTM. Hari serba rushing nak ke sana sini. 

Masa dalam KTM acik duduk sebelah seorang makcik nie, bila lihat wajahnya teringat pada mak di kampung, walaupon baru saje jumpa mak. Duduk berborak dengan makcik tu seronok dan dia bertanya pelbagai soalan kepada acik,duduk di mana ? belajar kat mana ? amik kos apa ? dan sebagainya. Penat jugak nak menjawab pertanyaan mak cik tadi sampai rasa macam kena interview dengan polis pulak .

Tapi tiba tiba hati menjadi sayu.. apabila mak cik tiba tiba berkata " untung siapa dapat awak ni , jangan jadi macam anak makcik , dulu masa belajar memang seorang yang pandai dan dapat keputusan baik. Sehinggalah belajar ke Peringkat Master, mak cik tanggung dia mana yang mampu saje, Mak cik nie pon bukanlah orang senang, setakat kerja tukang sapu sampah. Mak cik nak tengok anak mak cik berjaya , tak nak jadi macam mak cik. Dia seoranng anak yang baik, tapi mak cik kecewa dengan dia, dulu dia berjanji dengan mak cik nak bela mak cik bila dia dah habis belajar. Nak hantar mak cik pergi haji, nak buat mak cik bahagia. Tapi lepas kawin, senyap saje, tanya khabar pon susah . Nak jenguk mak cik jarang jarang. Bila telefon sibuk memanjang. Mak cik tak harap pada duit dia, sebab mak cik boleh kerja lagi. Cukuplah dia luangkan masa dengan mak cik. Dialah satu satu anak perempuan mak cik. Dialah penawar ,dia jugalah penduka. 

Acik jadi gundah gelana, sebenarnya terkedu dengan situasi ini, tak sangka pulak mak cik ni berkata bergitu. Nasihat yang paling acik ingat dari mak ck nie ialah "jadilah anak yang soleh dan selalu ingat ibu bapa, jangan berjanji apa apa dengan mereka tapi berikan semampu kamu.

Akan acik ingat sampai bila bila pesanan mak cik nie, oklah acik nak siap siap pergi ke kelas pulak , nanti kita bersembang lagi. bye kawan kawan yang sudi membaca entry nie :)