Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Gadis Bangun Lewat Sampai Ke Tengah Hari



Assalamualaikum


Alhamdulilah hari ini masih bernafas dan tesenyum bila lihat di rumah ada mak dan adik beradik. Memang seronok kalau musim cuti ini sebab semua ada.Ermm Kalau ikutkan hati hendak saje berehat dalam dunia blog ini tapi naseib baiklah yang banyak bagi semangat pada acik, terima kasih 

Hari ini sambungan dari apabila perempuan bangun lewat . Semalam acik lakukan survey secara kecil kecillah saje. Acik mengambil sample atau respondent sebanyak 20 orang saje untuk membuat sedikit kesimpulan. 

Bukan apa, saja nak lihat reaksi kaum hawa, sebelum acik ingin bertanyakan kepada mereka , acik minta mereka jawab dengan jujur dan ikhlas.Soalan soalan ialah 

  1. Pada pukul berapakah kamu tidur ?
  2. Pada pukul berapakah kamu bangun tidur ?
  3. Bila di kampung kebiasaannye pukul berapa bagun tidur ?
  4. Biasa di rumah breakfast siapa yang buat ?
  5. Adakah kamu pernah di marah / atau membebel dengan mak kamu sebab bangun lewat ?
Hehehehe simple question, jangan risau yang menjawab ini tidak akan di dedahkan identitinya.Soalan ini menerima segala jawapan dari kamu .

Dari keputusannya bagi soalan 1

 Kebanyakkan respondent menjawab tidur pukul  sebanyak 17 orang  menjawab 12 hingga 4 pagi dan 3 orang sebelum pukul 12.

Dari soalan 2 

Seramai 4 orang menjawab pukul 7 .00 pagi dan 16 orang mengatakan lebih dari pukul 7.30 pagi.

Dari soalan 3 

Keputusan bila di kampung semua repondent menyatakan bangun awal sebab di kejut oleh ibu bapa mereka.

Dari soalan 4 

14 menjawab mak mereka yang hidangkan dan masak dan enam orang menyatakan sama ada beli atau mereka masak sendiri.

Dari soalan  5

Kesemua respondent mengatakan banyak kali dan selalu

Hehehhe kelakar pulak rasanya , dan kebetulan pula semalam acik minta pendapat dari blogger blogger yang bergelar emak.Nasihat yang di katakan kak Sarah ialah

Ibu mana yang tak marah, kalau anak daranya bangun sampai ke tengah hari , lambat. Bukan apa tak manis anak dara seperti itu kalau ada suami macam mane ? tak ke nanti suami cari lain. Dah bangun lewat mesti tak solat subuh, ahh dosa bertambah tambah . 

Kadang memang betul terbangun lewat sebab terlalu penat sebab banyak kerja dan sebagainya. Pada acik dari sekarang anak gadis kena latih diri untuk bangun awal. Bangun awal tu bukan untuk main facebook saje tapi buatlah apa yang patut.

Ok ini hanya sekadar finding yang saje acik lakukan , acik nak minta sedikit respond dari kamu semua adakah bersetuju dengan keputusan ini ??? jom kongsi idea.

Catat Ulasan

17 Ulasan

Vee berkata…
Tahaha. Ouch. Sy slalu bgn pkl 10, sbb tidur pkl 4 5 pagi. Sometimes parents pun fhm knp bgn lmbt. Eheh.
Lieza Nordin berkata…
biasanya kelas kul 8.. mmg kena bgun awal.. tapi tu zaman matriks sebulan lepas la.. skrg masih terikut2 ngn keadaan matriks... hahahha!!
Unknown berkata…
hahaha...karang terkena batang hidung cik akak sendiri..hahahaha.....

biasalah adik acik...kalau dah penat memang tak larat nak bangun..hihi...tapi cik akak ari minggu je tak okey...ari keja..cik akak disiplin lah..hihi.......

tak boleh citer panjang sangat takut rahsia kena korek....hahaha
Unknown berkata…
haha, dah macam buat thesis degree pulak ada respondent2 ni,hehe :)
Mizz Aiza berkata…
akak tidur paling awal jam 12 tengah malam, paling lewat jam 2 pagi.. bangun jam 6.30 pagi.. tidur 4 jam pun dah cukup.. selalunya bangun memang mak akak dah sediakan sarapan pagi (sebab mak akak bangun awal)..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...Aku penghibur,

mselim3 dulu kalau lambat bangun satu dah lah kene bebel, dan kena simbah dengan air 1 baldi,,, baru serik...budak2 sekarang kena latih macam tu jugak x boleh manja sangat nanti malas dan naik lemak...huhuhu...

mselim3

pls: lepas kena semua nie bila time subuh aje auto. bangun , serik x nak kena simbah air 1 baldi...
kalu perempuan apa lagi buat2 lah sarapan...
Unknown berkata…
kalau time study mmg tidur lewat, tambah2 kalau bermain dengan system n coding, mmg lepas subuh baru tidur n pukul 9 or 10 bangun utk ke kelas. kalau kelas awal tu mmg xtidur la..balik kelas baru khado' balik tido.hehe..tp kalau kt rumah mmg xdelaa tido lewat2, bangun pun kena awal..heeee
Tanpa Nama berkata…
kathy memenag tidur lambat acik..dalam jam1 ke atas..suami kathy meniaga sampai tgh mlm,layan si kecil lagi...
iha berkata…
setuju sgt acik.. kalau nak tido lambat sekalipun tak salah tapi pastikan bangun awal.. kadang2 tido lepas subuh kalau sibuk sangat.. tapi tak elok amalkan mcm tu, takut terbawa2 sampai tua..
BinMuhammad berkata…
Salam,
Jika lewat tidur pasti pagi liat untuk bangun awal kalau tidak pun lepas jer subuh baru nak tidur. Jangan dibiasakan kerana di waktu pagi itulah pintu rezeki di buka...anda kerugian nanti.
miss yatie berkata…
akk, setuju dengan kak sarah, akk pun mcm tu, selalu juga bising dengan anak2 time pagi2, sbb tu undang2 kat rumah akk, bila dah bangun subuh tak blh tidur dah..
Salam acik, hakim paling lewat pun kul 12 malma tidor ...

Bangun lewat kne bebel la apa lagi.. bngun pagi pon 6.40 la, cuti2 ni bangun lewat gak la acik kul 9 lebih .. hehe
Unknown berkata…
Tak der istilah bangun lewat..saya dilatih berdisiplin sejak baby..haha poyoo.. tp tu la kenyataannya.. sentiasa tidur awal sebelum pukul 10 dan terjaga sebelum pukul 6 pagi. Dari sekolah rendah sampai sekarang.. Bagi saya tidak senonoh perempuan tido sampai 10 pagi.
Tengkubutang berkata…
huhuhu.. teman tengok gak, kalau hari minggu pernah jugak lea terlajak tido.. hihihi.. tp bkn selalu lea.. heee..
Aimacomel berkata…
kita kerja 6hari seminggu. jadi kebiasaannya akan tidur jam 11mlam dan bangun kul6pg. ahad atau cuti je kadang terlajak smpai 9pg.
Nurul Mazni Sawal berkata…
bedebuk sebijik kat muka sendiri.. malunye.. lepas nie nak cuba bangun awal.. kantoilah dengan classmate sndiri suka bangun lambat. hehehe.. nice entry acik
Unknown berkata…
ramai juga yg perempuan mak masakkan sarapan ye...