Pengikut

Khamis, 16 Mei 2013

Sejarah Hari Guru Yang Rakyat Malaysia Ramai Tak Tahu







Assalamualaikum

Masa berlalu dengan begitu pantas ,pejam celik pejam celik dah masuk 2013 kan, 16 Mei hari yang di tunggu oleh semua oleh cikgu cikgu di seluruh malaysia. Di mana hari ini di raih dengan penuh gilang gemilang. Dan masa ini kita menghargai mereka yang telah mengajar dan memberi ilmu kepada kita. Hari hari nak hargai mereka pon tak salah.

Dari dulu lagi cita cita nak jadi cikgu, suka tengok tangan cikgu bila tulis di papan whiteboard / papan hijau. Lagi lagend yang guna kapur untuk menulis suka sangat. Ahhh tahu tak tahu bagaimana sejarahnya hari guru di malaysia nie ?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


 Untuk Tahun 2013 pula temanya ialah GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Dulu excited bila hari guru sebab nak tengok siapa menang guru paling gempak ? guru paling popular ? guru paling cantik? guru paling tegas dan banyak lagi. Kalah anugerah bintang popular.
Di kesempatan ini juga acik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada guru dan pensyarah kerana mengajar, mendidik dan memberikan contoh yang terbaik dan jadikan kami manusia yang berguna. Jasa kalian semua tak dapat di lupakan dan tak terbalas hanya doa saje mampu di beri. Kakak  acik juga seorang guru , selamat hari guru untuk cikgu rozita dan semua cikgu serta pensyarah yang pernah mengajar acik di SK LKTP Air Tawar 1, Sekolah Agama AT 1, Sekolah Menangah Kebangsaan Air Tawar, Sekolah Sukan Bandar Penawar , Politeknik Merlimau Dan Sekarang di Uitm..
Tanpa anda siapalah kami, ilmu yang ikhlas di sampaikan kepada kami akan kami sebarkan untuk kebaikan bersama. Terima kasih cikgu :)


Share This!


14 ulasan:

  1. guru adalah inspirasi hidup kita untuk terus berjaya dan melangkah dengan berani dalam dunia yg penuh dengan pancaroba dengan ilmu yg diberi

    SELAMAT HARI GURU, mereka tetap dlm ingatan dan kenangan bersama mereka sentiasa segar

    BalasPadam
  2. selamat hari guru kepada semua guru-guru yang selama ini telah berjaya kepada semua pelajar

    BalasPadam
  3. wah.. bagusnya acik tulis mengenai sejarah hari guru.. akak pun baru tahu bila baca di sini.. thanks acik.. :D

    BalasPadam
  4. selamat hari guru...jasamu sentiasa dikenang..

    BalasPadam
  5. terbaik la acik..info yang bagus seperti biasa...selamat hari guru buat mereka yang bergelar pendidik..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum...

    haaa baru bleh komen ^_^

    selamat hari guru gak... hehe

    http://www.khairilmazri.com/saya-diajak-ke-roasters-chicken-run-2013-kenny-rogers-roasters/

    BalasPadam
  7. ramai juga blogger bergelar guru.dari tadi kak lea bw wish diorg he3..yelah dulu kak lea minta jugak jadi guru...tpai rasanya bakat nak mengajar tu takde he3..

    BalasPadam
  8. Selamat hari guru dik...betol tu dik...tiada guru siapalah kita...mencari ilmu biarlah berguru...:)

    BalasPadam
  9. panggilan yg famous dan diingati hingga hujung nyawa ...

    BalasPadam
  10. hehehe aku pon time sekolah paling suka sekali masa hari guru lah...bukan apa, sebab time tu mmg rileks takde kelas so takyah belajar....hehehe

    BalasPadam
  11. selamat hari guru buat semua......

    BalasPadam
  12. selamat hari guru kepada cikgu dan cikgi sekalian :)

    BalasPadam
  13. Memang tak pernah tahu.. hehe..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails