Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Asas Mencari Calon Teman Hidup

cari calon teman hidup


Assalamualaikum

Alhamdulilah sambil tengok cerita berteduh kasih, idea datang tiba tiba setelah melihat cerita ini. Wah jalan cerita dan cerita ini lain dari lain . Seronok pula, dan secara kebetulan acik nak taip mengenai Tips asas mencari calon teman hidup , harap kamu suka  .

1. Pilihlah yang beragama

Ahhh kita bermula dengan seawal taaruf (berkenalan) dia sebolehnya jujur dalam perhubungan dan perasaan. Tidak suka mempermainkan perasaan calon pilihan dan sedaya usaha dia mahu mempercepatkan proses perkahwinan mengikut kemampuannya.Kalau lama lamakan tak elokkan.

Dia juga harus faham akan tanggungjawab selepas berkahwin. Melindungi dan mencari nafkah. Si suami mengerti bahawa dia adalah Khal
ifah di dalam bahteranya dan berusaha mahu membawa seluruh ahli keluarganya menuju Janji Syurga Allah. Si isteri memahami bahawa dia adalah tulang belakang si suami dalam menjalani kehidupan. Sentiasa ada disisi suami dikala suaminya dalam kesenangan mahupun kesusahan. Menjaga keseluruhan kebajikan suami,menjaga maruahnya dan suami,melahir,m enjaga,mendidik dan memelihara anak anak bersama suami. Jarang sekali melihat, pilihan yang beragama ini, terjerumus dalam kemusnahan kerana tawakkal kepada Allah dalam menjalani kehidupan sering diletakkan pada tempat yang paling atas.

2. Bersederhana

Yang kedua yer carilah si dia yang bersederhana dari segi pemikiran, rupa paras dan harta benda. Kesederhaan dalam pemikiran merujuk kepada tak terlalu cerewet,terlalu serius,terlalu matang kerana dalam perkahwinan bukanlah bermatlamatkan kehidupan yang terlalu matang. Perkahwinan ialah proses dua manusia saling melengkapi dan menjiwai serta mengharmoniskan suasana rumahtangga. Perlu ada sikap kebudak budakan, manja bertempat, gurau senda serta usik mengusik.Kan lebih seronok, betul tak ?

Rupa paras yang sederhana sering mendamaikan. Carilah dia yang memiliki paras yang menenangkan hatimu.. Tidak perlu mencari yang terlalu cantik/kacak kerana kebanyakannya sering merumitkan(tak semua) Kalau dapat itu bonus. Pilihlah dia yang sekadar damai/tenang hati memandang.

3. Saling menerima

Tidak ada manusia sempurna kecuali Nabi Muhammad s.a.w di dunia ini. Berlapang dada lah dalam mengenali sikap/sifat seseorang. Tidak sama pada seseorang manusia bukan beerti dia punyai kekurangan. Carilah kelebihan di dalam diri dan hatinya,pasti akan ditemui satu sifat yang membuatkan dirimu kagum dengannya. Setiap kelemahan dapat dibaiki andai kelemahan itu diperbaiki coraknya mengikut aturan Allah. 

acik berikan 3 dahulu, nanti acik tambah lagi yer , nak sambung lihat cerita berteduh kasih . Melayan hati ini seronok juga. Semoga acik dan kamu dapat jumpa jodoh yang baik . insyaALLAH 

Catat Ulasan

23 Ulasan

Unknown berkata…
semua tu betol....hidup manusia nie perlu berpasangan...cepat atau lambat tu cerita lain..hahaha...yang penting iman dan takwa....:)
Unknown berkata…
setuju. paling penting beragama dan praktikkan apa yang diajar agama.
Unknown berkata…
Syukur alhamdilillah..sebab ketiga tiga diatas lah kami berkahwin dulu..tak pernah pulak tanya gaji awak berapa? lepas kawin baru tahu..
Unknown berkata…
tips yg baik untuk direnungi dan diambil sedikit kebaikan/manfaat darinya..

terima kasih acik ^__^
eiela berkata…
perkongsian yang bagus. moga jumpa jodoh yang baik
jie susanos berkata…
peace..hrap2 jmpe la
Adam Hakimie berkata…
Kpd yang masih bujang tu, take note.. hehe.. tips bagus ni..
tazkirah | jawatan kosong | wanita
Lieza Nordin berkata…
hehe.. tips y bagus.. y penting agama dan bersederhana serta bertolak ansur antara satu sama lain :))
cik abbit berkata…
tq for that info
Mizz Aiza berkata…
bagus tips ni acik.. terima kasih ya.. yang penting beragama dan mempraktikkan ilmu agama..
Mizz Aiza berkata…
bagus tips ni acik.. terima kasih ya.. yang penting beragama dan mempraktikkan ilmu agama..
BinMuhammad berkata…
Mencari pasangan pasti nak yg terbaik, tapi sewajarnyalah menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan anda seadanya serta saling memperbaiki... Kerana itulah kemanisan dalam berumatangga.
Hana berkata…
yang ni asas. yang sampingan2 mesti banyak. hehe
Tanpa Nama berkata…
betul..jangan pilih kerana rupa paras sahaja..semua tu tak kekal lama...
Unknown berkata…
setuju dgn semua penilaian di atas....hehe
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... hanya satu yang pasti , apa yang kita rancang dan fikir itu belum tentu sama dengan apa yang Allah rancangkan aka teori dan praktikal itu belum tentu bertepatan ... tawakallah dan harungi perjalanan hidup itu bagaimana apa adanya ...
Unknown berkata…
cerita berteduh kasih ni drama ke filem? channel berapa? heheh. wahh, terlalu awal nak guna tips ni kut. hehhe
Unknown berkata…
Wow.. ionfo yang b'guna.. memang sokong 100%.. jom la follow blog ni pula.. http://farid-kehidupan.blogspot.com/
Tanpa Nama berkata…
caranya macam mana acik,, hehe
miss yatie berkata…
betul tu acik, yg penting ikhlas menerima kita seadanya
Ayue Rejaluddin berkata…
Insyaallah Acik....
Semoga kita semua teri,a jodoh yang baik....
fragmenbiru berkata…
Info yang sngat bguna..
Rasulullah S.A.W mengajarkan umatnya untuk mnilai thdap bbrapa pkara iaitu agama,kturunan,harta dan rupa..
iha berkata…
hehe terbaiklah tips diatas.. thumbs up!