Pengikut

Khamis, 6 Jun 2013

Apabila Terlibat Cinta 3 Segi , Maka Kalau Saya Nak Dekati Awak, Saya Perlu Dekati DIA Dulu


Maka Kalau Saya Nak Dekati Awak, Saya Perlu Dekati DIA Dulu

Assalamualaikum

Fuhh minggu nie memang sangat sibuk kerana mahu siap banyak kerja sebab 26 June dah start Final exam, harap fahamlah jika nanti acik tak berapa nak update blog ini. Balik tadi singgah di kedai makan , ada seorang budak kecil ini sedang duduk di meja sebelah, nampak budaknya peramah dan comel.

Kebetulan acik duduk keseorangan dan dia datang tempat acik, dia kata "abang boleh tak kalau nafa nak duduk sebelah abang ?

Terkejut juga, boleh , mak kepada nafa ini tersenyum saje melihat gelagat anaknye.

Abang , abang  tahu tak cinta 3 segi ? ala yang macam lagu tu ?

Acik : Cinta 3 segi ? ermm cinta melibatkan 3 orang tu ke ? kenapa dik nafa ?

Nafa : Umi cakap bila orang nak kenal cinta , dia mesti terlibat cinta 3 segi .Abang dah ada awek ?

Acik : ohh yeke, baru acik tahu... pandai adik nie., belum lagi lah dik.

Tiba tiba umi dia datang ke meja acik.

Umi : Maaflah anak akak gangu kamu makan.

Acik : ehh tak delah kak, saya ok jer, nafa tak gangu pon, saya nak tanye kak apa di maksudnya dengan terlibat cinta 3 segi ?

Umi : ohh pasal tu , macam gini, nafa baru di usia 7 tahun, dia kata kat kelas dah ada yang ada awek /pakwe jadi akan bagi perumpamaan dengan dia. Ok nafa cuba terangkan sikit pada abang nie apa yang umi ajar ?

Nafa : bila kita suka pada seseorang itu, kita nak dia, kita kena dekat pada pemiliknya dulu selain ibu bapa adalah Allah. 

Umi sambung : pandai nafa maknanya bila kita dekat seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan perlulah kita dekat dulu mencari cinta dari Maha Pengasih dan Penyayang. Melalui doa untuk orang yang kita sayang dan berusaha ke arah kebaikan , dan jika dia memang jodoh kita maka Allah akan dekatkan hatinya dengan hati kita walaupon apa juga cara , bagaimana dan situasinya dengan keadaan Halal.

Jadi dekatkanlah diri dulu pada Allah , bahagia itu akan selalu ada jika setiap gerak geri dan tingkah laku kita kerana Allah. jadi apa nafa ?

Nafa : Kalau nafa nak dekati seseorang itu perlu dekati Allah dulu.

Acik : terima kasih umi dan nafa yang comel sebab bagi ilmu yang berguna pada saya.

Barulah acik faham bahawa bila saat kita jatuh cinta, kita nak couple , Di antara saya dan awak mesti ada pihak yang ketiga, pihak yang ke tiga ada DIA Allah yang sentiasa bersama kita. Jadi kita perlu cari cintanya dulu sebelum kita mampu serahkan cinta pada yang halal bagi kita.

Indahnya jika cinta itu di pautkan berlandaskan dengan islam. harap kamu pon dapat sedikit input dari kisah pendek ini .


Share This!


13 ulasan:

  1. Cantik entri....betol tu dik...kerana cinta yang diredhai Allah merupakan cinta yang sentiasa mengingati DIA....Memang berkat dunia & akhirat.....Cinta yang biasa tu menrupakan cinta nafsu...cuma mengikut kemahuan gelora hati je....hihi.....

    Cinta yang adik nafa maksudkan tu ialah syurga cinta...:)

    BalasPadam
  2. suka entry ni..
    ingatkan cinta tiga segi yang melibatkan kes curang..
    rupanya org ketiga tu , ALLAH...
    Mmg indah kalau cinta berlandaskan agama dan sentiasa mengingati Allah, baru lah berkat hubungan tu..

    BalasPadam
  3. fyna suka dengan penceritaan acik ^_^

    BalasPadam
  4. Bijaknya budak tu...peramah pulak tuu..sungguh bermakna pelajaran yg Acikk dapat dari Nafa dan ibunya..

    BalasPadam
  5. hoo.. baca2 td.. ingatkan cinta 3 segi org ketiga (curang)..

    suka ayat ni.. "kita perlu cari cintanya dulu sebelum kita mampu serahkan cinta pada yang halal bagi kita"

    BalasPadam
  6. That's why people say, in everything put God first :)

    BalasPadam
  7. indahnya cerita ini..segalanya hanya utk ALLAH =)

    BalasPadam
  8. cinta kita beri untuk mereka yang sah sebagai suami atau isteri kita,yang paling berbaloi cinta pada Allah,Rasul,agama dan ibu bapa kita...

    BalasPadam
  9. haha ingatkan tiga segi apa td...hehehe pandai si nafa ni....

    BalasPadam
  10. assalam,

    acik memang pandai berkata2...banyak idea..

    antara 2 hati, ditengah ada CINTA untuk menyintai dan di cintai ...CINTAI Allah dulu...

    BalasPadam
  11. akak sangat setuju dengan entri acik ni.. memang bijak betul la adik nafa dan umi dia tu.. itulah destinasi cinta yang sebenarnya.. :D

    BalasPadam
  12. uitm student right? hahaha..stalker jap entry2..haha

    BalasPadam
  13. :) didikan y amat baik dri ibunya ^^

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails