Pengikut

Rabu, 5 Jun 2013

Hidup Saya Mungkin Tak Berjalan Seperti Apa Yang Saya Rancangkan Tetapi Ia Berjalan Seperti Apa Yang Allah Sudah Rancangkan


muhasabah diri

Assalamualaikum

Selamat malam semua , Duduk sekejap sambil merenung diri, muhasabah diri apa yang hari ini telah acik lakukan, semoga esok lebih baik dari hari nie. Assignment banyak nie tapi tak tahulah tetiba kepala nie banyak benda yang di fikirkan.  Dalam hidup acik memang banyak benda yang acik nak tak pernah dapatkan. Berusaha sedaya upaya untuk dapatkan, tapi tak dapat dapat juga . Tapi acik percaya ada sesuatu yang Allah nak bagi pada acik di luar jangkaan diri ini. Siapa ada impian dalam hidup ?

Percaya tak masa acik kecil acik teringin sekali jadi ustaz ataupon cikgu. Teringin sangat ,suka melihat cikgu tulis di papan hitam. entahlah tak tahu kenapa., suka melihat ustaz bagi nasihat pada anak anak muridnya. Teringin nak masuk sekolah Berasrama penuh (Agama ) SMKA tapi masa tu , keluarga tak mampu , tak pelah terima jelah. Dan akhirnya aktif dalam sukan dan sekolah di sekola sukan , lari betul dari benda yang acik minat. Tapi teruskan juga.

Kat sekolah dulu ambil bidang teknologi , semua tentang komputer,  jadi banyak pekara juga tahu serba sedikit tentang komputer,  Dan semasa di politeknik merlimau melaka pula, acik ambil maketing (pemasaran ). Dulu dapat matrik tapi sebab ikut kata kawan matrik susah tak jadi nak ambil. 

Dan kini tibanya acik di uitm , ambil pengajian media dan komunikasi (penyiaran) . Banyak orang tanya ambil kos ini ada kerja tak ? biasa acik jawab insyaALLAH ada rezeki nanti Allah beri.

Sampai saat ini ,acik tak sangka apa yang acik lalui , dan semuanya berlaku tanpa di jangka, Dulu acik seorang yang sangat pendiam tapi kini alhamdulilah acik lebih banyak bercakap tapi pendiam itu tetap ada lagi lagi dengan orang yang baru kenal.

Acik ceritakan semua ini bukan apa, apa yang acik lalui semua ini tak pernah acik fikirkan dari dulu, dan tak pernah acik jangka. Acik pon tak  sangka acik jadi seorang blogger. Hahahha bila di fikirkan balik boleh ketawa sorang sorang. 

tapi sampai sekarang ini , acik masih lagi berharap cita cita acik tercapai menjadi seorang cikgu atau ustaz. Sebenarnya acik cerita ini adalah kerana ada seorang di facebook tadi mengadu dengan acik yang di selalu tak dapat dia mahu . Dan acik nak bagitahu bahawa 

Hidup saya mungkin tak berjalan seperti apa yang saya rancangkan tetapi ia berjalan seperti apa yang Allah sudah rancangkan :')






Share This!


12 ulasan:

Nao Mei berkata...

Tiada yang mustahil melainkan dengan usaha....:)

muslimah sejati berkata...

perancangan Allah lebih baik , dan ALLAH dah tetapkan rezeki untuk kita :) insyALLAH , tiada apa yang mustahil ..

krole berkata...

assalam acik, krole stuju sgt dgn entri kamu ni...betul..dlm tiap apa yang berlaku ke atas diri kta ada ketentuan Allah so why sad or worry? terima seadanya dan berusaha lebih gigih insyaAllah akan dpermudahkan olehNya.

Hatimi Tahirruddin berkata...

boleh je jadi cikgu nanti lepas abis belajar tu bro...hehe

hidup ni biasalah byk benda2 yg kita tak jangka akan berlaku...semua tu adalah perancangan allah...kita cuba je yg terbaik...

mujadafewa.my berkata...

muja dlu kemain nak jadi doktor, masuk asasi um, tup2 jadi tesl student and i am so much happy with my life now :D

Mieza Jhaa K berkata...

Yee, dulu sy nak kawin awal, nak anak masa umur 24.. tp 24 baru kawin dan skrg xder anak lg..haha

Mieza Jhaa K berkata...

Dulu frust giler sbb xdapat masuk matrik.. dpt masuk U tp merajuk..last2 masuk politeknik..

S.K.A berkata...

Cita2 yg baik 2, in.shaa.Allah boleh jd ustaz 1hr nanti, mgkin jd imam kt kg sndri, sape thu, rzeki kn rahsia Allah..somga hri2 kita yg akan dtg lbh baik dr smlam =)

S.K.A berkata...

Cita2 yg baik 2, in.shaa.Allah boleh jd ustaz 1hr nanti, mgkin jd imam kt kg sndri, sape thu, rzeki kn rahsia Allah..somga hri2 kita yg akan dtg lbh baik dr smlam =)

Anne Rihann berkata...

Kat mana saja ada kejayaan kalau kita berusaha :) wish u all da besh! cpt2 siapkan asgmnt tu :)

Mizz Aiza berkata...

akak setuju sangat.. hanya perancangan Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. semoga impian acik untuk jadi seorang ustaz kesampaian juga.. sekarang ni pun acik sudah berdakwah melalui penulisan berbentuk motivasi dan agama.. syabas acik..

Admin berkata...

Qada' - telah ditentukan keatas setiap manusia dan kehidupan, cuma, adakah kita yang tersilap memilih Qadar, takdir yang kita manusia sendiri kena pilih dan tentukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails