Assalamualikum
Alhamdulilah dapat lagi acik menaip di blog yang sentiasa menghibur kan hati ini, dalam kehidupan kita , kita akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia dan buat kita keluh resah kadang kalanya. Tetapi apa yang selalu di ungkapkan itu hanya tentang cinta dan cinta. Di kala itu , hatiku bertanya cinta itu di agungkan tapi kenapa di saat kecewa cinta itu di hina ?
Adakah manusia sukar untuk menerima qada dan qadar yang telah di tentukan oleh Allah ? banyak persoalan yang di tanyakan dan kadang kala acik sendiri mencari bagaimana untuk acik menjawabnya.
Hari ini acik dapat satu pertanyaan dari sahabat baik acik, dia bertanya
" Acik macam mana ekk, Apabila kita sukakan seseorang itu sayang padanya sehinggakan buat solat aku tak kusyuk kerana memikirkan dia, apa yang perlu aku buat ? perlu ke aku tinggal kan dia ? Kadang ketika malam di selalu mesej dan bertelefon buatkan aku lambat solat dan kadang solat cepat takut dia marah kerana aku lambat balas mesej dia.
Wahai sahabatku, pada acik ketika solat itu ,tinggalkan seketika cinta dan hal dunia. Memang tak di nafikan kalau kita sedang bercinta, kita lebih pentingkan si dia , takut si dia marah dan merajuk apabila tak balas mesej dia.
Tapi kena ingat juga bagaimana murka Allah terhadap kita ?
Acik pon akui kadang solat acik pon belum kusyuk lagi, jauhlah jika mahu solat yang sempurna,tapi acik cuba kearah tu. acik tak mahu jika solat itu tak di terima Allah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
Jadi fikirkan lah sahabatku , mahukah kamu kerana cinta itu buatkan kau lalai dalam solat ?
Nasihat acik, katakan padanya bahawa kamu perlukan ruang masa dan jarakkan seketika waktu kamu dengan dia. Utama apa yang wajib daripada pekara lagha.
Ingat perempuan yang baik yang akan sentiasa menjaga akhlak dan akidah serta akan selalu ingatkan kamu kearah kebaikan. Maka fikirkan cinta manusia atau cinta Allah yang kamu ingin kan ?
Acik faham, orang bercinta ini memang semuanya nampak si dia saje, tapi jangan leka itu semua adalah permainan syaitan yang tak pernah putus asa dan kreatif untuk kita lupakan Allah.
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari
ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan
oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman
Allah yang bermaksud:
“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya
dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Jadi jom sahabat kita muhasabah diri , lihat di mana cinta Allah kita letakkan ? adakah sehebat cinta dengan manusia ? renung-renungkan lah
49 ulasan:
sy mcm nie :'( muhasabah diri ..
Nauzubillah. Moga saya lebih sayang akan-Nya dan mengingati-Nya lebih segala-galanya.
entri yg sangat baik acik.
nice share acik..
thumbs up
Bila kita bercinta nie....memang cuma satu yang kita ingat...dia...dia...dia....Hebatkan penangan cinta kekasih nie...walaupun sehebat mana penangannya...tapi cinta itu tetap akan mati kan....datang bila perlu...pergi berlalu sepi.....cuma satu cinta yang akan kekal abadi...iatu cinta kepada Ilahi :)
entri adik memang oshem lah :)
btol 2..jgnlah lalai disebabkn cinta..bkan 2 je skrg ni..kdg2 internet pn boleh bt kita lalai..nauzubillah..smga dijauhilah smua 2..
nice sharing.. salam ramadhan ^^
kalau kita dh sayang kat seseorang tu,.,sedikit bsebanyak semua perbuatan kita utk org tersayang....:D
entry terbaik tu acik,.. kena banyak muhasabah diri ,.. time solat, solat tak perlu ingat benda lain...
perlu fokus pada solat, jangan ingat benda lain.. memang tak dapat dinafikan, perasaan cinta yang keterlaluan boleh membuatkan manusia lupa diri..
Alhamdulillah, selepas makan hati dengan si dia dulu, Zue terus "curang" dan selalu "date" dengan Allah. :)
bukan hanya bercinta sahaja membuatkan solat tak khusuk.
masalah, keinginan terhadap benda, teruja dengan sesuatu dan sebagainya boleh menyebabkan solat tak khusuk
Angau tu namanya kalau dalam solat pun masih teringat-ingat. Emm not good not good!
satu nasihat dan peringatan yang sangat bagus ni bro.. terbaik :)
terbai9k bro.. sesungguhnya Allah perlu didahulukan ... jangan sesekali lalai disebbakan perkara yang tak penting ...
Thanks for sharing acik :)
Carilah orang boleh bawa kita kpd Allah , yg mengingatkan kita tentang Allah dan menyuruh kita mendekatkan diri kepada Allah ...
moga Allah berkati kamu..jom muhasabah diri
Persoalan mudah spt ini pun kadang-kala xmampu nak fikir (bukan merendahkan mentaliti seseorang). Bila kita sedang bercinta..fikiran pun menjadi kurang waras dan berfikiran cetek kerana terlalu asyik dan tertumpu soal hubungan. Syaitan dgn mudah menyuntik virusnya. Itulah di sarankan jgn bercinta sgt, kalau dah sedia...kahwinlah cepat!
betul tu cikgu :)
amin mudah mudahan
alhamdulilah
alhamdulilah.. thanks sudi bace
emn itulah kak kerana cinta manusia sanggup buat saje :)
betul tu. . kalau x bagikan mase. mmg boleh jadi lagha
salam ramadhan ;)
betul.. tpi jangan lupa dengan Allah yg selalu dengan kita
betul tu kak..solat jgn ingat benda lain
betul kak dasyatkn cinta manusia niekn.. moga kita di peliharakan
alhamdulilah :)
betul tu... banyak lg.. ini hanye menjawab persoalan
betul tu angau mmg not good...solat tumpukn perhatian
thanks sudi membaca boni
betul tu :) pentingkan solat kita... jangan jadi sia sia
thanks membaca
BM jangan begitu..kadang pada kita mudah dan senang..tpi bukan pada orang lain.sekurangnye dia bertanye dari diam diri..ermm
betul tu kak. .muhasabah diri
salam acik. menarik entry ni. sy melihat dari sudut yang positif. cinta ini ada baiknya dan ada buruknya. tapi biarlah kita ambil yang baik baik saja.kan acik. hihihi.
Memang susah kalau sampai tahap mcm ni. Ini kerana ia mengganggu masa perhubungan kita dgn Allah. Sebab itu jugalah Allah mintak kita dahulukan cinta kita utk Allah sebelum yg lain2 kerana itu adalah amat penting dlm menjamin matlamat dan fokus kepada cinta kita yang lain2 juga. Tak salah kalau menyukai seseorang tetapi perlu kawal minda dan emosi juga kerana ini melibatkan Pencipta kita yg Maha Esa. Thanks.
Khusuk dalam solat sememangnya payah nak dapat..beruntung sesiapa yang memilikinya... :)
Fuh! Panjang berjela tajuknya..hihi..sudah jelas apa yg Acikk huraikan. Harap dia faham dan tahu situasi dia skrg. PErempuan baik akan bawa kita kpd kebaikan. Sama juga dgn lelaki. Bawalah ajarilah ke arah kebaikan..jgn sampai solat cpt2 sbb takut kena marah pulak.
terima kasih untuk perkongsian acik, kebetulan baru-baru ada seorang rakan betnya tentang ni dengan krole...alhamdulillah hampir macam ni lah juga krole kata kat dia... lepas baca entri ini insyaAllah... nak cari sahabat tu semula dan terangkan secara terperinci macam kat dalam entri ni... terima kasih sekali lagi acik... membantu sangat entri ni
dh lama x singgah sini.. bila singgah jea baca entri acik memang terbaekk.. thanx acik.. =)
setuju sangat..bila kita menghadap ilahi seeloknya hal dunia kita lupakan dulu.bukamn lama pun masa yang di ambil untuk bersolat...
muhasabah diri. thanks :)
sesungguhnya Allah swt maha mengetahui ^^
yes acik, kalau bercinta jgn sampai tleka..biarlah cinta itu kerana ALLAH, terima kasih..muhasabah diri.. =)
dah kena penyakit "angau" la tu...makan tak basah mandi tak kenyang...hehehe....apa2 pun semoga mereka yg terbabit dapat balance kan perasaan tu....
yaALLAH..takutnyaa..
biar merajuk ke..marah ke..yang penting ALLAH..tak tinggal kita..tak marah kita..wajib utamakn yg wajib dulu..
Catat Ulasan