Assalamualaikum

Ya Allah , apa lagi yang acik salah ? entah di mana silapnya, blog acik hanya sekadar blog biasa yang tak ada tarikan yang istimewa sampai ada yang sanggup dengki dengan acik. Ujian demi ujian yang hadir mungkin kafarah dosa yang acik tak sedar.Yelah acik ini pon manusia kadang apa yang acik tulis ini ada yang tak senang. Sekali lagi dengan penuh rendah diri acik minta maaf pada kamu yang ada terasa hati penulisan acik.

Tapi janganlah sampai menghina dan mengutuk, acik sedar blog acik hanya tukar domain dan masih guna hosting blogspot, bukan macam yang lain dan tukar macam macam dengan hosting masing masing. Acik tak nak sebenarnya hal dibesarkan tapi hanya sebagai pendoman semua. Ingat asal usul kamu jangan terlalu mendongak ke langit sedangkan tanah berbudi. Ingat kebanyakan blogger adalah berasal dari blogspot dahulu barulah nak ke wordpress dan sebagainya. Boleh baca kata kata yang di lontarkan pada acik di fanpage acik, tapi tak pe acik masih simpan identitinya, jika berulang lagi acik tak segan silu siarkan blogger terebut.



Apa salah ke kalau guna blogspot ? apa hina sangat ke ? acik tak fikir dan harap blogger famous untuk datang ke blog acik. Acik tak minta ,tapi cukup yang ikhlas untuk menerima dan membaca penulisan yang tak seberapa ini . Cukuplah ada sahabat blogger yang sudi berkongsi pendapat.

Terus terang acik tak pernah nak kejar famous tu , perlu ke acik cerita tentang blog acik dapat sponsor  setiap masa tujuan untuk bukti blog acik di pandang ? Entahlah tapi paling acik takut kalau terdetik hati ini riak dan ujub dengan setiap apa yang acik dapat dalam hidup ini. 

Acik menaip ini hanya sekadar ingin perubahan untuk remaja , acik cuba mengubah tentang tanggapan cinta remaja yang hanyut di bawa nafsu , acik cuba nak ubah persepsi mereka dan cuba bawa islam adalah cara hidup kita dan cinta kerana Allah itu lebih indah.

Acik cuba bawa masalah masalah remaja itu untuk mereka berfikir sendiri , apakah kesan dan cuba selami hati mereka yang penah mengalami.

Adakah itu juga salah ? terpulanglah

 Akhir kata terpulang pada kamu semua untuk judge kami ini pengguna blogspot, kalau rasa dah cukup bagus teruskan lah , apa pon semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepada kamu. Acik dah terasa langung apa yang blogger ini katakan sepatutnya dia perlu malu pada diri sendiri,heheheehe .Dah masuk bulan ramadhan cukuplah , kita sambung amalan kita dan baiki diri ,wasalam