Pengikut

Isnin, 15 Julai 2013

Mampu Ke Jika Kamu Berkerja Selama 12 Jam Berdiri Di Bulan Puasa ?


bekerja berdiri

Assalamualaikum

Memang seronok berada di kampung halaman, lagi lagi dapat bersama dengan keluarga yang tercinta. Semalam acik duk berbual dengan mak,  banyak pekara yang acik bincangkan. Satu pekara ini yang buat kami berbual panjang. Mulanya adik acik mengeluh dia kata di baru kerja sebagai technician di sebuah kilang untuk cari duit sampingan untuk sambung belajar, dia kata " penatlah mak kat keje tu buat sana sini kena betul machine dan bos asyik tengok je bila nak rehat kejap"

 Acik pon cerita pengalaman acik masa di domino pizza, kata cacian itu tak lekang dari customer. Lagi kena marah dengan bos, hampir 12 jam bercakap dan  berfikir memang stres. Kalau di fikirkan kerja mana yang tak ada stress, kalau duk office pon ada stress lagi dengan office mate yang entah apa apa, dengan bos yang kadang menjengkelkan dan tentu ada kaki bodek.

Masa acik kerja di Mercedes benz pon begitu lagi stress, mana nak berhadapan dengan pekerja dan sesama jabatan yang saling mendengki, 

Yelah kami ini orang susah , bermula dengan tak ada apa-apa sehingga sekarang apa yang kami ada.

Dan mak acik pula cerita pengalamannya, selama 20 di bekerja di kilang, kerja ikut shift siang dan malam. Kadang balik pukul 3 pagi. Kerja di kilang 12 jam berdiri, bayangkan macam mane ?

Kalau bulan puasa kerja selama itu dan perlu berdiri adakah kamu mampu ?

12 jam itu waktu yang lama, kalau acik lihat kebanyakan orang lama yang bekerja di situ dan dahberumur. Kadang bila acik mengeluh dan rasa kerja yang acik buat susah, buat acik muhasabah lihat orang yang merasa lebih berat kerja  mereka.

Dulu mereka kerja 12 jam dengan gaji RM 300+ saje,? sekarang dah untung baru masuk dah dapat RM 900+ 

Mak acik selalu kata, bila kita rasa kita susah, bila kita rasa terbeban , bila kita rasa nasib kita malang, kita lihat orang yang lebih susah dari kita maka kita akan muhasabah diri.Allah tak akan membebankan jika kita tak mampu hadapi, maka hadapi hari hari mu dengan senyuman dan bersangka baik dengan Allah.

 

Share This!


40 ulasan:

  1. Betol apa yang emak adik perkatakan tu..cik akak pernah melihat emak kak cik..cikit pun tak pernah mengeluh tau...hihi..sabar mereka melebihi dari segalanya...cukuplah makan minum anak terjaga....walaupun tak sehebat mana...makan tu memang ada...pergorbanan orang tua nie...memang tiada tolok bandingnya...memang hebat tau..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, mereka sanggup susah,asal kita bahagia, mereka mmg hebat

      Padam
  2. betul kata mak acik tu.. jika kita merasakan kita susah, lihatlah insan lain yang lebih susah dari kita.. pasti kita akan rasa beruntung dan bersyukur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak, saat ini kita lebih bersyukur

      Padam
  3. x pernah ada experience.so tak tau nak cakap macam mana.

    BalasPadam
  4. teringin juga nak alami macam mana berkerja ... tapi belum ada jodoh denga kerja kot, tue lah tak kerja2 sampai sekarang .. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. x pe dik, kalau keje nnti carilah yang elok elok ye

      Padam
  5. sy berdiri satu jam pun dah nak tumbang..huk3.. >.< kuatnya mereka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah , demi nak cari mkn kenalah tahan

      Padam
  6. itulah psl..biasa kite selalu tgk org yg senang drp kite, itu yg kite asyik mengeluh je kn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah,kita kena tengok orang yang lebih susah dari kita

      Padam
  7. Assalamualaikum, thanks sharing. semoga terbuka hati orang2 yang pandang serong dekat orang bekerja kilang tu.
    *rajin tinggalkan komen banyak2 kat blog sheila, thanks ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam :) amin moga jangan ada pandang rendah :)

      Padam
  8. Wah, banyak juga ya pegalaman acik bekerja.

    Saya kesian tengok pekerja kilang yang shif malam. Betul tu, kena berdiri dan sebagainya.

    Segala apa yang telah berlaku, sentisalah kembali kita kepada Alah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. allhamdulilah pengalaman itu ada :) , memang mereka kerja kuat untuk menyara hidup

      Padam
  9. bekerja ikhlas kerana Allah..kerja akan dipermudahakan..:D

    BalasPadam
  10. xpernah lagi kerja berdiri 12jam.. kalau berdiri sambil tangan buat kerja macam tak terasa sangat kot. tapi kalau berdiri xbuat apa2 mcam promoter.. boring kot

    bagi hana tension xtension tu perkara ke 3

    suka tak suka perkara pertama :)
    kalau kita suka kerja tu lama mana pun kita xrasa.. kkadang2 sampai xteringat masa betlalu dengan pantas

    matlamat perkara ke 2
    kita kerja untuk apa? kalau untuk duit sesusah mana pun kita akan buat :)

    jarang la hana kerja sampai tension. kalau dimulakan dengan niat yang baik. kerja tu jadi smooth je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, kita nak cari wang, jadi kena fikir positive :)

      Padam
  11. hohoho, kalau mama.... pengsan dah kot, anemia terus!..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehehe kan , kalau acik pon tak mampu :)

      Padam
  12. umi muja, bukak klinik kul 8.30 sampai 6. then sambung 8 smpai 10. pergghhh,, hebat tol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh hebat tu :) berhidmat untuk masyarakat

      Padam
  13. betul 2..kalau kita rasa kita ni dh susah..tgok org yg lg bwah pg kita..msti ada yg lg susah =) sama2 muhasabah diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, jangan tengok orang lebih dari kita, pasti kita rasa down

      Padam
  14. betul apa yg achik mak achik kata.....

    BalasPadam
  15. Pernah keje berdiri 10 jam je tu pun makan dan berduduk duduk kengkadang dah rasa sakitnya

    BalasPadam
  16. hehehe teringat zaman saya kerja waiter dan front desk kat hotel...mana boleh duduk kena berdiri...time tu gaji 350-450 service point berapalah sangat nak cover...sekarang ni guna gaji minimum...patut bersyukur budak2 sekarang....singgah sini Acik..sambil shopping brg Ikea kat blog ni....(^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak sekarang kena bersyukr kerana mereka lebih senang n gaji mahal

      Padam
  17. Kerja kat kilang memang mencabar. Lagi-lagi kalau kilang jepun. Pernah juga dulu masa tunggu spm kerja kilang. Tapi sekarang ni kalau disuruh berdiri 12 jam memang tak mampu. Setakat 3-4 jam tu ok lagi la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heehehe samelah :) ishh 3-4 boleh la, lebih tu ,adehh

      Padam
  18. Lama tu 12 jam..kalau sy dah lama sakit belakang.. kalau dh tu je sumber rezeki, mmg sanggup hadapi..

    BalasPadam
  19. setuju dengan kata mak acik tu memang banyak benarnya...Ramai lagi yang susah...

    BalasPadam
  20. suka baca pengalaman kawan2 seperti acik ni.selagi kita bergelar manusia,kita takkan pernah puas :)

    BalasPadam
  21. Betul. Kalau kita rasa diri kita susah, ada orang lain yang lagi susah dari kita. Saya pernah buat part time kerja kilang walaupun sekejap. Penatnya MasyaAllah, Tuhan je yang tahu.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails