Pengikut

Selasa, 27 Ogos 2013

Jika Allah Kata Dia Bukan Jodoh Kita, Maka Bukanlah Walaupon Dengan Apa Juga Yang Cara Kita Cuba Untuk Menghalangnya.




Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi hidup di muka bumi Allah yang sementara nie, jom berselawat ke atas junjungan besar nabi muhamad saw. Hari ini sebenarnya mood tak berapa okey sangat ,entahlah nak berblog jadi berkurang tapi kena tetap senyum walau apa pon keadaan.

Sememang cinta itu fitrah yang manusia rasa dan ingin dalam hidup ini. Dalam hidup ini pelbagai keperluan dan kehendak yang perlu di tunaikan. Termasuk dalam soal cinta kepada seorang kekasih hati. Orang kata kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Sanggup hilang keluarga, sanggup hilang kawan jangan sampai sanggup hilang agama. 


Mak selalu kata cinta itu memang pilihan kita tapi jika cinta itu tidak mendapat restu keluarga dan restu  di dari Allah maka susahlah hidup kita. Tapi orang kita sanggup untuk melawan takdir untuk buktikan cinta yang kononnya agung. Sanggup buat apa sahaja. acik ada sedikit cerita yang ingin di kongsikan kepada kamu semua.

Di sebuah kota terdapat sepasang kekasih yang telah berjanji hidup semati untuk menunjukkan kasih sayangnya. Mereka sanggup tinggalkan keluarga dan tinggalkan kehidupan mereka untuk mengejar cita-cita yang sejati untuk mencintainya sedalam hati. Si lelaki yakin bahawa dialah perempuan yang selama ini di nantikan dalam hidup. Si Perempuan pula yakin bahawa hidupnya tercipta untuk lelaki tersebut. Dan dia sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit kerana cinta terhadap seorang lelaki. Mereka yakin bahawa tiada apa pon yang dapat menghalang cinta mereka bersatu. 

Satu hari mereka di uji, di mana ada lelaki lain meminati kekasih hatinya, di uji dan terus uji. Dan buatkan lelaki tu bengang dan upah orang untuk pukul lelaki tersebut. Dia begitu melindungi wanita tersebut., dan ujian kedua hadir dalam perhubungan mereka di mana perempuan tersebut mengidap sakit gajil dan berhabis duit telah di keluarkan untuk si dia berubat, pelbagai perubatan yang di gunakan sama ada dari moden hingga ke tradisional .Tapi alhamdulilah lepas berjumpa dengan seorang ustaz ini penyakit itu semakin membaik. 

Mereka merancang untuk bernikah di thailand kerana perhubungan mereka tidak di restu oleh kedua belah pihak ibu bapa mereka. Semasa hari majlis akad nikah tu mereka rasa seronok sangat. Tiba masa untuk akad nikah tiba-tiba lelaki itu rebah dan menghebuskan nafas yang terakhir di situ.Si perempuan terpaku dan meratapi pemergian .

Kisah ini di ceritakan seseorang pada acik dengan mengalirnya air mata. Ini buktinya jika Allah kata dia bukan jodoh kita, maka bukanlah walaupon dengan apa juga  carayyang kita cuba untuk menghalangnya.

Restu ibu itu juga adalah restu dari Allah, dapatkanlah restu mereka. Buatlah mereka terima dengan kekasih kita. Pastinya ibu bapa mahukan yang terbaik untuk kita, Carilah seseorang yang buat ibu bapa kita gembira dengan pasangan kita. 

Ingat dalam dunia ini ada 2 pekara penting berkaitan dengan doa ibu bapa kita. Pertama ibu bapa pastikan akan mendoakan yang baik-baik untuk kita dan doanya di makbulkan Allah, Kedua jika kita buat hati mereka terguris dan mereka medoakan kecelakaan hidup kita maka hidup kita tak akan aman .. Acik pegang pada itu ,jangan kerana cinta kita sanggup buang mereka. 


Share This!


35 ulasan:

  1. redha allah itu datang kerana redhanya seorang ibu. kesian hidup mereka. begitu hebat ujian yang allah perlihatkan tapi mereka tidak melihat dengan mata hati betapa mulianya doa dan restu seorang ibu, tapi kerana hati dikuasai cinta, mereka hampir atau lupa hakikat sebuah kehidupan.

    saya cuba menjadi anak yang baik. menerima pilihan ibu dan menolak pilihan hati yang telah bertahun-tahun memadu cinta. bukan nak show off tapi sekadar berkongsi rasa sahaja.

    yang paling utama ialah, hati kita perlu redha barulah kita akan capai satu ketenangan dalam jiwa tapi tersangatla sukar untuk menikmatinya. hanya allah saje yang tahu. sy menerima pilihan ibu kerana sy fikir, ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. alhamdulilah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah , acik respect dengan akak, jodoh kita di tentukan Allah , Pastinya begitu hebat sekali kerana akak ikhlaskannya ...daebak !!! tabik hormat pada akak

      Padam
  2. Betul acik.. Setuju sgt... Sy pnh kwn dgn lelaki sblm jmpe en.somi skrg ni... Hny bgtau kt mak dlm tepon..tpi mak dh kata jgn kwn dan x yah kwn tnpa sebab... Sama kes gak...dgn en.somi nih dulu... Bgtau je dh kwn serius dgn si en.somi sy... Mak x kata pe... Pnh clash tapi dh mmg jodoh kami... ALHAMDULILLAH.. Khwin juga kami... Jika dh jodoh x ke mana...dan jika bkn jodoh usaha mcm mana pun ttp bkn jdoh kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi berkongsi cerita :) betul tu kak percaya pada jodoh yang di tetapkan Allah

      Padam
  3. Betul tu acik, restu ibu juga restu dari Allah.

    BalasPadam
  4. Sebagai anak, dapatkanlah restu dari kedua orang tua...dan sebagai orang tua, fahamilah hati dan perasaan anak anda.
    Berbincang dan bermuzakarah itu adalah yang terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) bincang baik2 .. dan lihatkan keadaan dan kemampuan ibu bapa kita jgk

      Padam
  5. Alhamdulillah, saya dapat menyelesaikan masalah tersebut dan bincang dengan ibu bapa secara baik..bukan dgn meninggalkan ibu bapa kerana lelaki. akhirnya dia diterima dengan baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah salute dengan cara mieza :)

      Padam
  6. alhamdulillah, restu kedua org tua amat diperlukan dalam permulaan tranformasi sebuah kehidupan berkeluarga . Kalau bercanggah, umpama pilih di sana , di sini akan tersiksa dan jika pilih di sini pula di sana akan merana...oleh itu cuba cari jalan penyelesaian dgn elok dan wajar tanpa melukai hati ibu terutamanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) cubalah cari jalan penyelesaian bukan melanggar dan mengikutkan perasaan saje

      Padam
  7. Ibu bapa no.1 dalam kehidupan kita kerana jasa mereka kepada kita tiada nilainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu , tak terbalas jasa mereka :)

      Padam
  8. betul tu acik, restu dari ibu bapa yang paling utama.. hanya Allah sahaja yang tahu apa yang etrbaik untuk kita, pasti ada hikmahnya jika dia tidak diciptakan untuk kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ,percayalah pada jodoh dari Allah

      Padam
  9. Mmg betul tu Acik.. restu ibu bapa tu amat penting. Apa yg saya difahamkan, penerimaan bapa tu sebenarnya amat penting berbanding ibu, tapi x kiralah.. restu kedua2 mereka amat penting, yg boleh membawa kpd keredhaan Allah, in shaa Allah. Jodoh pertemuan ni ketentuan Illahi, kita usaha tp apa yg mendatang kita redha lah. Itu yg lebih baik kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu , sebab bapa akan jadi wali :) yang penting hormat kedua-dua sekali.. segalanya rahsia Allah

      Padam
  10. betul dan setuju acik, restu keluarga amat penting dalam melestarikan sesuatu perhubungan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) restu keluarga amat penting sekali

      Padam
  11. Orang kata tiada doa yang lebih indah melainkan doa dan restu ibu bapa...:)

    BalasPadam
  12. Jodoh itu telah tertulis.. setiap yang dijadikan adalah berpasang-pasangan..Tak perlu terburu-buru..Nanti salah orang plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu , nanti keciwa sape yang susah ?

      Padam
  13. ada juga ibu bapa yang hanya doakan anak nya dengan perkara yang baik2..walau anak itu menderhaka..ibu bapa tetap mendoakan yang terbaik untuk anak mereka..

    apa2 pun restu ibu bapa perlu kita utamakan..baru hati kita tenteram..moga menjadi iktibar buat kita yang membaca kisah ini^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mane pon jahatnya anak itu ibu bapa boleh memaafkan dan mendoakan yang baik-baik untuknye

      Padam
  14. betul tu acik..restu dan redha ibu bapa itu penting kerana disitulah letakknya redha Allah ^_^
    yaya klik nuff sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) redha ibu bapa itu adalah redha Allah

      Padam
  15. ikut hati mati , ikut rasa binasa ...

    BalasPadam
  16. restu keluarga itu penting. :)

    BalasPadam
  17. sedeyh la pula..
    tp apepun mmg restu keluarga itu lbh penting..
    Allah xredha jika ibu bapa kita sdri xredha dgn kita..
    segalanya telah tersurat....

    BalasPadam
  18. in shaa allah..moga adda bukan tergolong org yang membelakangkan keluarga.. :))

    BalasPadam
  19. Apa along nampak dari perspektif minda Along... Perempuan tu telah menjadi Janda di usia muda.... Sekian.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails