Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas di bumi pinjaman Allah. Sebelum itu jomlah berselawat kepada junjungan besar nabi muhammad saw. Sebelum itu, acik hanya ingin beritahu bahawa acik nie bukan pakar motivasi, bukan juga ustaz tapi hanyalah manusia biasa ingin kongsi ilmu.
Sebab ramai tanya macam-macam lebih dari luar kemampuan acik. Acik hanya mampu jawab yang termampu sahaja, acik ini insyaAllah satu hari nanti akan menjadi pengamal media (broadcaster). Semalam acik saje share di page acik tentang lelaki atau perempuan cepat bosan dalam perhubungan ?
Reaksi yang pelbagai dan mulalah ada luahan dan kata-kata kurang enakdi baca dan di pertuturkan serta persengketaan antara gender. Acik bertanya bukanlah mahu mencari gaduh tapi itulah lumrah dalam kerseimbangan antara lelaki dan perempuan .Si lelaki cakap si perempuan dan si perempuan cakap lelaki.
Siapa cepat bosan dalam perhubungan ?
Si perempuan kata mestilah lelaki, lelaki ini cepat bosan dengan perempuan
Si lelaki kata mestilah perempuan yang cepat bosan dengan lelaki
Sebenarnya 2 dua pihak sama saje .Yelah kalau acik pun bosan juga, dah jumpa lepas itu bergayut dekat 12 jam itu belum lagi mesej dan chatting lagi di laman sosial . Kalau bertelefon itu dekat 3-4 jam. Tak penat ke ?
Jawapannya paling tepat adalah pada individu itu tersendiri, kerana segalanya adalah ikut apa yang kamu rasa dan apa yang kamu lakukan tak kiralah sama ada lelaki atau perempuan.
Yelah orang sekarang nie "kisah cinta " mereka sangat hebat!!! couple 4-7 tahun , bila di tanya kenapa couple lama-lama ,katanya untuk kenal hati budi luar dan dalam. Dan kita dapat lihat "trend" masa kita sama anak remaja mahupun orang dewasa menukar pasangan dengan mudah ,alasan yang di berikan tak serasi.
Ada yang tanya acik , kenapa si Dia tak sama seperti mereka masa kenal dulu ?
Mane taknya , masa couple inilah habis semua cerita di beritahu kepada pasangan, kononnya nak jujur dan tak nak ada rahsia antara kita berdua. Wahh kemain lagi romantik, selepas berkahwin ? jadi macam tiang lampu diam tanpa kata yelah semua dah tahu tentang pasangan dan kadang sampai dah malas nak ambil tahu.
Kan lebih indah kalau ada pekara yang di rahsia dan hanya "surface" tentang diri kamu sahaja di beritahu. Mesti pasangan itu akan penuh dengan tanda tanya dan ingin lebih tahu tentang kamu. Bukankah lebih baik ?
Ermm satu lagi tak perlulah "couple" lama-lama, kalau mampu cepatkan dan kan lebih indah cinta lepas kawin . Rasa seperti pasangan baru bercinta, lebih fresh. Bosan dan tak bosan itu terpulang pada diri kita bagaimana nak mencorakkannya. Jangan jadi semua ini alasan, kerana manusia yang banyak alasan hidupnya akan susah.
Apa pon ,semuanya terpulang pada kamu, kalau kamu jenis yang cepat bosan dengan pasangan maka cuba ubah untuk jadi lebih indah.Apa pon jom baiki diri untuk jadi lebih baik dan baik. Wasalam.
24 ulasan:
Kalau ada perasaan setia dan disatukan dengan perasaan kasih sayang mungkin tak cepat bosan...tapi janganlah lama-lama couple jadikanlah hubungan itu halal kalau boleh
lelaki la kot cepat bosan acik...hehe
depends pada individu la , tak boleh nak salahkan satu pihak je...kalau dah setia , confirm tak pernah boring...ye dak ?
saya memang cepat b0san klu asyik selalu c0ntact.....sebab tu saya tak pernah c0uple....kawan saja dah cukup....
dlu masa couple pun mudah rasa bosan, tp sekarng Alhamdulillah dah tak couple,.:D
Assalammualaikum...achik,
memang benar, bosan atau tidak adalah terletak pada pasangan... jika kita fikir bosan..jadi bosan lah kan... apa yang penting pandai2 lah kita dalam mencorakkan sesebuah perhubungan agar berkekalan...
mselim3
pls: kalau kira bosan semua bosan kan... cuma makan aje x bosan....huhuhu...
Wah acik buat research ek?
Sebab itu jangan bercinta lama2, nanti cepat bosan. Kahwin cepat...so byk masa utk explore...hehe, lambatlah bosan.
Setiap saat itu sebenarnya penuh dengan perbezaan, nikmati dan hargailah ia...pasti tidak bosan.
tak payah nak menuding pada mana2 pihak...pokok pangkalnya hati kita sendiri dalam sesebuah perhubungan itu...
bercinta lma2 ni rasa bsan lak..
tapi insyaAllah bila bercinta lepas nikah, pasti takkan bosan sebab masa tu baru kita nak lebih kenal dirinya
Bosan la.couple je.. Khwin mmg x bosan.. Rugi x khwin awl..hehe... Buat apa pun dpt pahala..mna nk bosan..
Pokok pangkalnya, mana yang lama sangat berkapel tu, cepat-cepat la kahwin. Bila dah kahwin ni banyak benda yang perlu diselesaikan bersama. Dalam perkahwinan, istilah yang digunakan adalah 'kami' dan tiada kau-kau, aku-aku.
Keserasian pasangan belum teruji sepenuhnya jikalau kedua-duanya belum berkahwin. Dalam perhubungan, segala eksperimen adalah tidak valid selagi belum diijab kabul. Jangan jadikan diri anda K. Rajagobal dalam hubungan percintaan.
bg sy perempuan sbb 4 tahun sy setia akhir sekali sy di tinggalkan die lari dengan lelaki lain
Bercinta & berkahwin perlu disulami dengan pegangan agama serta mempercayai diantara satu dgn yg lain, in shaa Allah x bosan. Apa pun mmg benar, masing2 perlu memperbaiki diri utk hubungan yg lebih baik.. :)
hu3..xleh nk bg jwapan utk soalan cmni =) smuanya atas individu..sbb kdg2 mood kita ni brubah..
setiap orang punya perpektif yg berbeza2...x leh nk salahkan sebelah pihak je..cuma hidup nie perlu give and take baru wujud keserasian..
kalau semua nak membaling je..sapa nak menerima pulak kan..kita memerlu antara sama lain..baru x cepat boring..:)
kalau sorang jer yg usaha bosan juga cmtu..
Bercinta lepas khawin lebih indah dari berkapel bertahun ² tapi tak kemana :)
terpulang pada individu masing2.. kalo masing2 pandai jaga maka cerialah hubungan..
pada mama baik lelaki atau perempuan sama saja acik.. hihi..
Zaman bercinta mmg bosan.. rasa nk mintak putus cpt2 sbb dia suka kontrol..
paling baik bercinta lepas kahwin..
Aku pun cepat bosan dengn perempuan lagi-lagi jenis perempuan yang tak romantik tak pandai ambil hati tak pandai bermain-main..iya munkin tak semua perempuan boleh diromantikkan..tak semua perempuan pun boleh diajak menari..mungkin..haa boringnya...aku cepat boring ke atau perempuan tak romantik tak pandai melayan? Ohh aku tak nampak jalan keluar?
Catat Ulasan