beza kaya dan miskin

Assalamualaikum

Alhamdulilah kenyang perut hari ini ada orang belanja. Hari ini sangat happy apabila dapat berjumpa dengan seorang rakan yang dalam lama tak jumpa. Kami berkenalan masa acik kerja di domino pizza call center. Dia ini berbangsa cina tetapi pertuturannya yang di gunakan seperti seorang melayu. Sangat selesa denganya, tadi dia ajak acik pergi makan , dia kata dia belanja terlanjur di akan balik ke england kerana belajar di sana.

Kami pun berjumpalah dan dia tanya acik , nak makan hotel ataupun restoren biasa ? acik kata ala kita makan restoren biasa jelah. Tak payah nak habiskan duit untuk tempat mahal-mahal. Dan acik bawa dia tempat acik yang selalu makan. Chan kata "aduhh sedapmnya dah lama i tak makan masakan melayu yang sedap macam gini kat england mana ada semua nie.

Dan sedang makan tu, telefon chan berdering dan dia angkat telefon dan dia kata ayah dia nak datang nak join sekali makan. Ahh mula terkejut jugak, dan tak lama lepas tu nampaklah kelibat kereta mercedes , acik tercari- cari mana satu ayah chan. "dalam otak terfikir mesti mesti bapa dia nie pakai baju smart-smart". Tercari-cari jugak dan acik nampak seorang lelaki tua yang hanya pakai seluar pendek dan baju t shirt. Dan acik pun berkenalanlah dengan ayah chan. Rupanya ayahnya ini seorang pemilik syarikat  dan ada beberapa kedai ,itupun acik tahu selepas berbual dengan un cle tersebut.

Uncle : u lah budak melayu yang kawan baik dengan anak uncle , tocey sebab kawan baik dengan anak uncle. Dia susah dapat kawan , u kawan baik-baik dengan dia ye.
Acik : chan budak baik uncle,seronok kawan dengan dia. Uncle boleh i tanya something ?
Uncle : u mahu tanya apa ? tanyalah
Acik : sebelum tu, saya minta maaf yer kalau soalan ini agak keterlaluan, kenapa orang cina yang kaya-kaya suka pakai baju biasa tak pakai kot dan bergaya.
Uncle : haiya macam tu susah ma, kalau pakai mahal-mahal nanti orang perhatikan kita dan kita nak pergi kemana saja tak boleh, nanti bahaya lagi-lagi sekarang kes orang tembak sesuka hati. Penampilan tak menunjukkan segala-galanya.Lagi satu kita hidup mesti mahukan kesederhanaan, buat apa mahu tunjuk-tunjuk nanti bikin orang sakit hati dengan kita dan macam-macam bleh terjadi.

Kadang bila acik terfikir apa yang ayah katakan tu, orang cina sendiri faham konsep hidup dalam kesederhanaan.Walaupun hanya secebis contoh untuk di jadikan pengajaran. Orang kita ? biar papa(miskin) asalkan bergaya. Selagi boleh nak tunjukkan segala yang ada, barang kemas dan barang dengan jenama yang mahal. 

Apa yang acik faham penekanan Islam terhadap prinsip kesederhanaan (wasatiyayah ) atau pertengahan ini selari dengan watak manusia sebagai makhluk sosial yang sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi antara satu dengan lain merentasi sempadan etnik, agama serta budaya. Malah ditinjau dari aspek sosiologi Islam, penggunaan perkataan ‘annas’ (al-Baqarah:21) dan ‘al-Unas’ (Al-Isra:71) menggambarkan sifat manusia yang suka hidup bermasyarakat, berkelompok dan bersosial.

Dalam kehidupan bermasyarakat dan bersosial, pelbagai pertembungan kepentingan individu serta kelompok akan berlaku. Justeru, sikap kesederhanaan dalam bertindak amat diperlukan demi kesejahteraan masyarakat. Dari sikap pertengahan inilah akan melahirkan ciri-ciri kehidupan yang mulia seperti toleransi, persefahaman dan penerimaan. Ciri-ciri itu terkandung dalam konsep kesederhanaan yang diajarkan Islam.

Oleh kerana prinsip kesederhanaan menjadi dasar ajaran Islam maka di dalam al-Quran, umat Islam disebut sebagai ‘umatan wasatan’ (umat pertengahan) yang menjadi saksi kepada seluruh perbuatan manusia (al-Baqarah:143). Kepentingan dan implikasi daripada pengamalan prinsip wasatiyyah ini ialah ia akan mendorong tertegaknya keadilan sosial.

Bila acik tengok chan, dia pun tidak di berikan kemewahan yang ayahnya ada, ayah dia cakap dengan acik, dia biarkan chan berdikari dan mula dari bawah untuk tahu susah payah dapatkan duit dan dari situlah baru dia faham dan layak untuk mengambil alih perniagaan.  

Dari situlah acik faham sedikit tentang kehidupan ini, insyaAllah acik akan cuba amalkan konsep ini bagus untuk kita, jom kita cuba amalkan hidup dalam kesederhanaan.Besederhana ini dalam pelbagai aspek sebagai contoh soal makan dan minum, pemakaian dan sebaagainya lagi.